Tag Archives: wanita melayu

Kamu


Ye kamu!!!

Kerana kamu

Aku mampu meredah malam

Tanpa cahaya

Aku mampu menahan sakit

Tanpa kecewa

Aku mampu menahan air mata

Dengan ketawa

Aku mampu mengukir senyum

Dalam hiba..

 

Ye kamu!!!

Punca segala..

Penyebab semua..

 

Ye kamu!!!

Kenapa dibawa

Semua milikku

Kenapa dirampas

Bahagia yang ada

Kenapa dibunuh

Cinta yang bersisa

Kenapa dibuang..

Kenangan tercipta..

Kenapa dikarang..

Cerita dusta..

 

Ye kamu!!!

Aku masih disini…

Masih mampu meredah malam tanpa cahaya..

Namun bukan aku yang dulu..

Aku masih disini..

Masih mampu menahan sakit tanpa kecewa..

Namun bukan aku yang dulu…

Masih mampu menahan air mata dengan ketawa..

Namun bukan aku yang dulu..

 

Ini bukan cerita yang tumbuh hilang berganti..

Ini bukan cerita kumbang bukan seekor..

Ini bukan cerita yang datang lebih baik dari yang hilang…

 

Ini cerita ibarat perginya manusia takkan kembali..

Tiada lagi plot-plot baru…

Yang tinggal hanya sebuah memori lalu

 

Leave a comment

Filed under -life story-

sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???


assalamualaikum n hye all…

 

owh rasa bahagianya apabila killer paper sudah selamat diselesaikan…hoho..cuma tinggal 1 lagi paper tntang sosiologi pendidikan…hoho…sekolah sebagai sebuah sistem sosial…sebagai seorang guru kita haruslah pandai bersosial…sekolah sebagai satu agen perubahan sosial…

namun kini kita semakin sering mendengar tentang keruntuhan sosial di kalangan remaja….macam-macam cerita…kena tngkap basah,buang bayi, projek haram,berdua-duaan,merempit,bosia,bohjan,anak ikan,gigolo,pelacur atau apa lg…macam-macam istilah ada dan macam-macam cerita ada….

dulu-dulu xde fb kan…skang fb mempercepatkan lagi penyebaran-penyebaran video-video malah sebenarnya fitnah juga turut sama tersebar hanya dengan 1 klik(share)…dosa itu mengalir 24 jam tanpa henti..malah saat sedang tidur pun dosa sedang mengalir masuk ibarat air sungai yg sentiasa mengalir…ermmm…

aku selalu berpesan pada diri…jgn kata pape kat orang walaupun dia salah…kalau x mampu untuk menegur kesilapan dia..cukuplah aku menidakkan dalam ati…walaupun itu selemah-lemah iman…mengatakan yg dia lakukan itu salah..ye itu salah…tapi x perlulah nak cakap bodoh punya perempuan pakai tudung tp baju ketat….pompuan sial, duk peluk2 ngn laki..xde malu ke..nih la kalau xde iman…malah pelbagai lagi kutukan n hinaan kepada si pelaku itu….berbakul-bakul sumpah seranah dari org yg merasakan dia jauh lg baik dari si pelaku itu….walaupun hakikatnya tiada beza sangat pun….si pelaku itu x menutup aurat/melakukan kesalahan….tp si pengutuk-pengutuk ini pula x lakukan kesalahan ke???itu ke caranya???

ermmm..kenapa video-video mengaibkan itu disebarkan???untuk dijadikan pengajaran??pengajaran itu boleh dilakukan…ye mmg bagus untuk dijadikan pengajaran…tetapi tidak perlu ditunjukkan rupa..tidak perlu disebut nama…tidak perlu diberitahu siapa…itulah baru dikatakan pengajaran…

sebagai contoh pengajaran sewaktu nabi muhammad s.a.w. naik ke langit waktu  israk mikrah….dia bercerita pasal manusia-manusia yg diazab di neraka…wanita digantung rambutnya,manusia yg memakan dagingnya sendiri..malah banyak lagi…namun tidak disebut siapa…siapa namanya..bagaimana dia…cuma disebut kesalahan +hukuman supaya dapat dijadikan pengajaran…..

aku selalu brpesan pada kawan…ish jgn kata kat orang..cakap je nauzubillah jauhkan kita,saudara-saudara dan sahabat kita dari semua itu andai terlihat sesuatu yg salah…andai kata terlihat video org kena tngkap basah…kita cakap nauzubillah…semoga kita terlindung dr melakukan benda-benda sebegitu…bukannya mengatakan bodoh perempuan tu,,,lelaki tu cam sial…kerana takut…tuhan nk tunjuk kat kita…tuhan uji kita camtu….

sbb itu lah…aku selalu cakap…jgn cakap kat orang..ntah2 tahun depan tuhan duga kita..kita plak yg buat….

ok now..andai kata org yg dlm video tu taubat nasuha…bagaimana korang yg mengata-ngata berapi nih nak minta maaf dengan dia???bagaimana ????tahukah korang mana alamat dia???kenalkah korang siapa nama dia???bagaimana korang ingin memohon maaf dari dia bahawa korang pernah mengata dia,mengutuk dia….

dosa ngn ALLAH S.W.T korang bleh mnta maaf dengan ALLAH S.W.T…..dosa dengan manusia korang kena minta maaf dengan manusia itu sendiri….

 

p/s:::andai apa yg aku sampaikan ini salah…aku mohon diperbetulkan…mgkin aku memahami sesuatu itu berbeza dari konsep…atau melihat sesuatu itu berbeza dari apa yg sebenarnya…

6 Comments

Filed under -coretan hati-, islamic

021110-oktober sudah berlalu


salam and hye…

menjengah penghujung semester…oktober sudah berlalu…november kian menyusul…desember bagai tidak sabar ingin ditemui…detik-detik itu terus berlalu meninggalkan aku disini..di awal sem yang lalu aku bercerita tntang aku…kebingungan kerana hati dimiliki…ntah kenapa bukan tidak pernah bercinta..malah sudah berkali aku terluka..tapi kali nih berbeza betul apa yang aku lalui…kui3x…kenapa ye???

ermmm…sbelum tu mari kita tgk  jadual exam aku…pastu korang teka aku nih kos apa erk???

081110-web design …

231110-physical chemistry

291110-coordination chemistry

011210-sociology in education…

 

gud luck to all of my frenz…n to me too…semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi kita…

tapi sem nih aku xde mood nk wat keje..xde mood nk study…aku rasa sangat penat…rasa nak rehat…rehat lama..

hoho..tapi sem nih ade benda yg sgt menggembirakan aku adlah amik subjek fotografi…siyes banyak benda aku dapat belajar..dapat belajar pasal kamera…:)…yg selama nih aku x banyak tahu….belajar psl shutter speed..aperture,iso,lighting,rule of third..komposisi…banyak lg..best…dan baru aku taw..nak amik gambar nih bukan sekadar klik n klik n klik je…:)…banyak benda lagi sebenarnya yg aku perlu belajar….kena beli kamera sendiri baru lah best…banyak benda bleh god3k2….kui3x….

arini aku betul2 xde mood…xtaw kenapa..ati aku rasa bagai dicarik2…tapi seperti biasa…walau terluka camne pun…walau sayu camne pun…walau sakit camne pun..aku masih mampu senyum..:)..senyum untuk kebahagiaan orang lain…x salah kan…even kebahagiaan dia atas kelukaan kita…mgkin esok lusa akan tiba waktu untuk kebahagiaan kita pula…siapa tahu kan..aturan tuhan adalah yg terbaik….

walau dalam hati menangis sakit..tapi sampai bila-bila pun aku akan terus tersenyum…aku sentiasa belajar walau sebesar mana salah orang kepadaku..aku akan maafkan dan mencuba untuk melupakan kesalahan dia..kerana itu adalah yang terbaik…tidak perlu berdendam kan…aku lepaskan semuanya dalam maafku…

belajar untuk memaafkan orang itu bukan mudah..ingin mendidik hati agar lupakan salah itu tidak senang….

papepun struggle 4 the final..gud luck lenni..chaiyo’2…

7 Comments

Filed under -cerita kampus skudai-, -coretan hati-, -life story-

islamik atau satu penghinaan????


salam n hye all..

ermmm sekarang fesyen muslimah semakin meningkat naik di malaysia…namun tanpa sedar sebenarnya kita ditelanjangi…kerana fesyen muslimah yg terlalu moden…sehingga akhirnya kita tidak lagi menutup aurat tp lebih kepada fesyen..owh itulah wawasan 2020…membawa malaysia terus maju dan membangun dalam segenap segi…

sehingga akhirnya kita tidak sedar kita sedang ditelanjangi…sehelai demi sehelai pakaian dibuka..namun kita masih bergelak ketawa…malah masih lagi melaung lantang …arghhh peduli apa aku..janji aku x wat…lantak lah orang yg wat salah tu..jawab la dia kat akhirat nanti…owh mungkin kita terlupa…atau sememangnya buta  x tahu…

Bencana alam juga berlaku disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali diperteguhkan dengan kemajuan sains dan teknologi.

Ia dijelaskan menerusi maksud firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

apa yang kita kejar arini??apa yang telah kita musnahkan arini??namun andai bala ALLAH itu tiba..bukan hanya si pelaku sahaja yang terkena..tetapi seluruh tempat itu..bermaksud org yg melakukan,yg melihat,yg merelakan,yg xkisah,yang melarang dan yang2 yang lain turut terkena…

ermmm tapi siapakah yg ingin menegur kesilapan ini???kitakah???diakah??merekakah???atau siapa???atau inginkan bala atau balasan dari tuhan berupa bencana yang menegur kita semua supaya kita sedar???nauzubillah hi min zalik…

 

fesyen islamik atau penghinaan???

tanpa sedar maruah dan kedaulatan islam itu sendiri dicabuli….tanpa sedar kita sedang bahagia disini..tanpa perlu mengambil tahu…cerita di luar sana….jangan terlalu amik mudah….ermm

semoga semua di antara kita berubah semakin baik…sama-sama menegur diantara kita….memperbaiki kesilapan lalu…agar suatu masa nanti malaysia akan menjadi sebuah negara islam yg gemilang…

2 Comments

Filed under -match and mix-, islamic

pms-buah hatimu inginkan EXTRA pengertian


salam n hye all..

arini 2,3 arini emosi saya sangat tidak stabil…apatah lagi ia melibatkan hubungan dengan si dia…hujung2 bulan sebegini ada saja yang tidak kena..terasa hati,merajuk dan sebagainya…agaknya pening si dia nak melayan…itupun kalau dia mengerti sebenarnya si bunga kesayangan dia ini sedang terganggu emosi…

saat2 begini sebenarnya dihadapi oleh semua wanita…xkira la diawal bulan,tengah bulan atau hujung bulan….bergantung kepada kitaran masing-masing..setiap wanita yang normal memang akan mengalami saat-saat seperti ini yang dinamakan  premenstrual syndrome (PMS).Sakit kepala,kembung perut,sakit di bahagian perut dan payudara biasanya terjadi disaat PMS. Ini kerana terdapat perubahan tindak balas antara hormon dan kimia yang dialami oleh otak.

Selain rasa sakit dan tidak enak itu,ada lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi PMS seperti:

  • stress akan menyebabkan gegala PMS semakin parah

–  seeloknya hindarkan stress saat-saat kehadiran menstruasi semakin dekat. Ini akan membuatkan anda menjadi teruk.Seeloknya kurangkan stress dengan olahraga atau memaksimumkan pengambilan sayuran hijau.

  • Kafein akan membuatkan emosi tidak stabil

-Elakkan kafein kerana kafein akan mempengaruhi perubahan emosi yang mendadak. Gantikan kafein dengan jus buah-buahan.

  • PMS membuat wanita menjadi gagap

– hormon progesteron sangat penting dalam menentukan kemampuan verbal seseorang…oleh itu saat PMS biasanya hormon progesteron menurun menyebabkan  anda agak sukar untuk berbicara seperti biasa.

  • PMS boleh menular

– Ini part yang paling penting..haha…so si jejaka sekalian silalah amik perhatian yang serius terhadap faktor yang paling utama ini….Beberapa bukti menunjukkan pada setiap bulan fluktuasi hormon testosteron, menimbulkan gejala mirip PMS pada si jejaka.

 

buat si dia yang sangat ku cintai n sayangi…setiap bulan itu akan ada waktunya kamu terpaksa melayan si bunga mu ini dengan sepenuh perhatian dan kesabaran kerana si bunga mu ini sedang berperang dengan emosinya yang seringkali berubah-rubah…dan kadangkala memeningkanmu…..ada waktunya ia ingin sendiri,ada waktunya ia ingin kamu disisi,ada waktunya ia ingin kau memahami….maaf andai ia mengada-ngada dan gedik…hahahahaha

Leave a comment

Filed under -life story-, -wanita-, cinta is ♥

jatuh cinta pada yang tidak sudi??


amaran nombor 1

-dia berterus-terang dengan kamu bahawa dia tidak sukakan kamu…tetapi kamu tetap berdegil mengatakan yang dia hanya jual mahal…kamu teruskan angan-angan ingin bersamanya…macamamana dia ingin melamar kamu,pelamin idaman dan juga anak berapa orang…aduyaii da2 la berangan oi..orang da beritahu x nak tuh..x paham bahasa ke…buka fikiran tu luas-luas….kalau x dapat dia pun..xpe masih ramai yang menunggu…

amaran nombor 2

-kamu nampak dia bersama dengan gadis lain.kamu buat anggapan itu adiknya ataupun kawan dia ataupun sepupu dia…kamu leh plak pikir dia saja nak wat kamu jealous…hello kamu tu sapa dalam hidup dia…kamu teruskan juga usaha menggoda dia…kamu kena faham kalau dia da bersama gadis lain tu maknanya dia x nak bersama dengan kamu…tapi kamu kena ingat…kalau dia x dapat jadi pakwe kamu pun…janganlah mengada-mengada nak musnahkan hubungan orang lain plak…kalau kamu tetap ngada-ngada musnahkan hubungannya bermaksud kamu mmg x layak menjadi sahabat dia…

amaran nombor 3

-kamu berdoa siang malam supaya lelaki itu putus dengan teman wanitanya dan kapel dengan kamu..hello!!! da2 la tuh…kalau arini dia x memberi apa-apa reflect kepada kamu bermaksud kamu bukan pilihan dia…lagipun ramai lagi yang masih menunggu kamu di luar sana..buka mata kamu…rasanya lebih bagus kamu memilih orang yang tergila-gilakan kamu daripada terus mengharap pada yang tidak sudi…

amaran nombor 4

-kamu berusaha untuk mengubah segala-galanya tentang diri kamu untuk menawan si dia..kamu tahu si dia suka warna biru lalu kamu telah mengajak sahabatmu untuk shopping segala bagai berwarna biru..maka jadilah kamu maskot celcom blue..berbaloi-baloi…kamu sanggup melepak di cafe kegemaran dia walaupun kamu tidak suka makanan disitu…kamu sanggup naik bas ke kolej semata-mata nak pergi kelas bersamanya…da lah tu..lupakan aja…xpayah la kamu bersusah-susah dan wat yang terbaik  untuk si dia..sedangkan dia x pandang kamu sebelah mata pun.ntah-ntah si dia x pernah perasan pun kewujudan kamu…haha..kesian kan

amaran nombor 5

-kamu mahu tahu segala-galanya tentang si dia,apa yang dia buat,makanan apa yang dia suka…sampaikan semua kawan-kawan dia pun tahu kamu suka padanya.sampaikan hari-hari kamu mesej dia bertanya.dimana ada dia disitu ada kamu.berfikirlah skit..agak-agaklah.kalau begitu sikapmu.kamu xkan membuatkan si dia jatuh cinta padamu..tetapi boleh membuatkan si dia meluat dengan sikap terhegeh-hegeh mu itu….kadang-kadang lagi bagus kalau kamu biarkan saja lelaki bertindak…

2 Comments

Filed under -wanita-