Tag Archives: dengki

hati hancur dimamah cinta


aduii sakitnye perasaan ini…aku tidak ingin merasai perasaan ini lagi namun inilah yg terjadi…mgkin ini lain dr yang sebelum ini..aku sayang padamu..namun aku sudah tidak mampu meneruskan perjalanan ini sygku…sebagaimana hancurnya hatiku sygku…saat keluargamu menuduh ku sebegitu..tahukah mereka betapa selama ini aku selalu bersamamu..menolongmu…malah sebelum nih aku tidak pernah sesekali pun membezakan antara aku dan kamu…malah aku tidak pernah meminta2 untuk sesuatu yang tidak mampu…

sygku…andai aku terus bersamamu perasaan ini akan sentiasa bersamaku…hancur hatiku utk terus bersamamu walau aku tahu ini bukan silapmu…namun jika hbgn ini diterskan ke suatu tahap yang lebih serius…mgkin aku akan sakit selamanya…smpai bila?smpai mati…

walaupun kini aku terlalu sakit untuk melepaskan kau pergi namun mgkin ini adalah yang terbaik..berbanding aku akan derita selamanya kerana perasaan yg pernah disakiti..mana mgkin aku bisa hidup di sana….bersama mereka yang pernah menyakiti aku sebegitu…pernahkah mereka memohon secebis kemaafan drku…sygku..

bukan mudah untuk melepaskan kau pergi..kerana yang ada terlalu sebati dlm diri…namun aku terpaksa…aku juga menderita…aku sudah penat memujuk diriku sendiri…penat…maafkan aku sygku..izinkan ku pergi..

2 Comments

Filed under cinta is ♥