sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???


assalamualaikum n hye all…

 

owh rasa bahagianya apabila killer paper sudah selamat diselesaikan…hoho..cuma tinggal 1 lagi paper tntang sosiologi pendidikan…hoho…sekolah sebagai sebuah sistem sosial…sebagai seorang guru kita haruslah pandai bersosial…sekolah sebagai satu agen perubahan sosial…

namun kini kita semakin sering mendengar tentang keruntuhan sosial di kalangan remaja….macam-macam cerita…kena tngkap basah,buang bayi, projek haram,berdua-duaan,merempit,bosia,bohjan,anak ikan,gigolo,pelacur atau apa lg…macam-macam istilah ada dan macam-macam cerita ada….

dulu-dulu xde fb kan…skang fb mempercepatkan lagi penyebaran-penyebaran video-video malah sebenarnya fitnah juga turut sama tersebar hanya dengan 1 klik(share)…dosa itu mengalir 24 jam tanpa henti..malah saat sedang tidur pun dosa sedang mengalir masuk ibarat air sungai yg sentiasa mengalir…ermmm…

aku selalu berpesan pada diri…jgn kata pape kat orang walaupun dia salah…kalau x mampu untuk menegur kesilapan dia..cukuplah aku menidakkan dalam ati…walaupun itu selemah-lemah iman…mengatakan yg dia lakukan itu salah..ye itu salah…tapi x perlulah nak cakap bodoh punya perempuan pakai tudung tp baju ketat….pompuan sial, duk peluk2 ngn laki..xde malu ke..nih la kalau xde iman…malah pelbagai lagi kutukan n hinaan kepada si pelaku itu….berbakul-bakul sumpah seranah dari org yg merasakan dia jauh lg baik dari si pelaku itu….walaupun hakikatnya tiada beza sangat pun….si pelaku itu x menutup aurat/melakukan kesalahan….tp si pengutuk-pengutuk ini pula x lakukan kesalahan ke???itu ke caranya???

ermmm..kenapa video-video mengaibkan itu disebarkan???untuk dijadikan pengajaran??pengajaran itu boleh dilakukan…ye mmg bagus untuk dijadikan pengajaran…tetapi tidak perlu ditunjukkan rupa..tidak perlu disebut nama…tidak perlu diberitahu siapa…itulah baru dikatakan pengajaran…

sebagai contoh pengajaran sewaktu nabi muhammad s.a.w. naik ke langit waktu  israk mikrah….dia bercerita pasal manusia-manusia yg diazab di neraka…wanita digantung rambutnya,manusia yg memakan dagingnya sendiri..malah banyak lagi…namun tidak disebut siapa…siapa namanya..bagaimana dia…cuma disebut kesalahan +hukuman supaya dapat dijadikan pengajaran…..

aku selalu brpesan pada kawan…ish jgn kata kat orang..cakap je nauzubillah jauhkan kita,saudara-saudara dan sahabat kita dari semua itu andai terlihat sesuatu yg salah…andai kata terlihat video org kena tngkap basah…kita cakap nauzubillah…semoga kita terlindung dr melakukan benda-benda sebegitu…bukannya mengatakan bodoh perempuan tu,,,lelaki tu cam sial…kerana takut…tuhan nk tunjuk kat kita…tuhan uji kita camtu….

sbb itu lah…aku selalu cakap…jgn cakap kat orang..ntah2 tahun depan tuhan duga kita..kita plak yg buat….

ok now..andai kata org yg dlm video tu taubat nasuha…bagaimana korang yg mengata-ngata berapi nih nak minta maaf dengan dia???bagaimana ????tahukah korang mana alamat dia???kenalkah korang siapa nama dia???bagaimana korang ingin memohon maaf dari dia bahawa korang pernah mengata dia,mengutuk dia….

dosa ngn ALLAH S.W.T korang bleh mnta maaf dengan ALLAH S.W.T…..dosa dengan manusia korang kena minta maaf dengan manusia itu sendiri….

 

p/s:::andai apa yg aku sampaikan ini salah…aku mohon diperbetulkan…mgkin aku memahami sesuatu itu berbeza dari konsep…atau melihat sesuatu itu berbeza dari apa yg sebenarnya…

6 Comments

Filed under -coretan hati-, islamic

6 responses to “sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???

  1. izza

    betul tu ….kalau yg kita kutuk maki hamun tu taubat nasuha..skrg2nya byk pahala dia dpt ..insyallah dosa diampunkan.. yg lain konon x lakukan tp dosa yg lps masih x bertaubat… ni dikatakan dosa yg sedar atau tidak sedar..

  2. manusia mmg sentiasa melihat silap orang…dan memandang baik sndiri…ermmm..

    manusia sentiasa alpa..dan sentiasa wat silap….

  3. whiteknight

    salam ziarah toru,
    selemah2 iman bisik pada hati supaya mengingti diri kita perkara yang serupa yang kita lihat. Tidak perlu, mengeluarkan kata yang menghina. Sebaik2nya jika mahu diambil sebagai pengajaran tidak perlu menyebut nama tapi cukup sekadar membuat contoh menggunakan simbol seperti huruf cth A,B etc.

    chaiyok ye toru^^

  4. wslam cikgu..kui3x….

    kalau semua org berfikiran begitu…

  5. whiteknight

    xpyh la pggil cikgu2 kat sini..pggil je whiteknight. hahaha!!

  6. wah..entri untuk renungan bersma…huhu..yg penting saling ingat mengingati kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s