♥diet♥

page nih sume aku nak kongsi ngn korang pasal diet k……credit for dzul kerana memperkenalkan kepada kita tentang diet ini…ini melihat kesan terhebat diet dr atkins..sila klik disini saya nak kurus

kalo xleh makan nasik nak makan apa???berjaya ke orang try diet nih????perut melayu leh tahan ke x makan nasik????buktinya disini… myoliza-xmakan nasi..kalau anda xingin mencuba…xkan saya nak paksa kan….nak kurus ???nak sihat??berkorban la sket….

Dr. Atkins dah pn perkenalkan diet ni dari taon 70an agi,tp x dpt sambutan sebb ketike itu ramai menggunekan diet Low Fat…bile mengamalkan low fat,kite akan berase lebih lapa dan susa untuk kite maintainkan berat badan…plus,walaupun kite menggunekan low fat,tapi kite stil mengambil karbohidrat yg tnggi,jadi,lemak tak akan bertambah dan tak akan berkurang…so,camne nk kurus weh??

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini…x wat induction,sori,gemuk la smpai bebile…huhu…

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar drpd menggunekan karbohidrat sebagai tenage kpd menggunekan lemak..tyme nih biase kalo korang rase lapa coz ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang wat…tp pecaye ckp aku,korang xkn rase lapa da pastuh coz dalam diet atkins nih,calory x dikire…jadi,makanlah seekor ayam pn kalo suke dan banyak duet…huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..

Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame…

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. (wow,sedapnye roti jala…huhu)

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan siket…siket je….x termasok buah dadu..)

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soklan exam….

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..so,minum!!! Banyak!! Air kosong k…

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

5 responses to “♥diet♥

  1. delima

    well..nmpak cam best jer..2 weeks akak test tgk cmne..slmt tggal lemak2 ku(bleh caya ker ni perut melayu x mkn nasi)hahahahaaa

  2. try la dulu…hehehehe…kalo kesannye bagus…x salah kan x makan nasi..janji sihat….hehehehehhe

  3. weh…narak copy sbutir2…semangat napok..hihi

  4. copy untuk saing2….pastu ai letok doh blog en dzul kite tuh untuk bukti…hehe….nk kongsi la benda molek da…nk suruh sume kurus….hehe..sume sihat…..

  5. diet utk naik bdn ade x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s