Tag Archives: iluvislam

isu sejadah gmbr babi-sensitif atau prejudis???


salam n hye all…

ermm actually aku da lama perhati lepas satu-satu isu timbul…malah semuanya menyebabkan kita sesama islam yang berantakan…ntah la…ini dugaan atau aturan…atau ini adalah satu ujian supaya kita lebih berhati-hati….atau sebenarnya ini semua adalah sebuah perancangan…siapa kita untuk membaca hati dan minda orang..apa yang ada di dalam fikiran orang…sesiapa boleh berkata itu dan ini…tetapi yang sebetulnya hanya mereka dan tuhan yang tahu…

tetapi haruskah kita terus tertipu atau terpedaya….apa yang perlu kita lakukan…prejudis atau sensitif??bergantung pada niatkah???betul ke orang selalu kata??bagaimana org islam di malaysia ingin membela islam seandainya mereka sendiri tidak nampak seperti islam????bagaimana org bukan islam ingin memandang islam itu tinggi sekiranya org islam itu sendiri  menjatuhkan islam….

teringat waktu aku naik kereta api…duduk tepi seorang chinese dari kelate…berborak2 la ngn dia…sekali dia cerita..dia cakap first time dia masuk u,orang ingt dia melayu….sebab bdk2 cina kalau jmpa dia..cakap melayu..dia pelikla…so dia bgtau la…”hei,saya cina lah”…okieslah not bad la cite tu…sbb cina kelate mmg muka ala2 melayu…tp yg bestnye..bila si kawan cina tu cakap..”lew,ingt u melayu…skang xleh beza ma melayu ke cina..sbb dulu melayu ramai pakai tudung..skang ramai seksi ma..sama ngn kita je”…so????

dan..ada satu malam tu..aku lepak2 danga bay…pastu datang la beberapa lelaki…dorang mengedarkan buku psl islam…ye diorang bg buku tu free je..tp kalau kita nk bersedekah silakan…okies la…x perlu nk berkira sangat bab2 sedekah nih…tapi tiba2 lalu lah 2-3 orang gadis comel..pastu bila lelaki tu tanya…”assalamualaikum,awk org islam ke?”…gadis2 yg berskirt,rambut perang,baju bb t tu dengan selamba menjawab..of course la kitorang org islam…..lelaki tu pun bagi buku tuh…ermmm..

pastu..psl sape lg..artis???x payah la cite psl artis…da jemu…kat klate iklan2 dia mewajibkan semua model2 perempuan pakai tudung…maka dapat la dilihat fara fauzana,nurul, malah maya karin pun bertudung…kenapa boleh plak dorang shoot iklan pakai tudung???sbb kalau x wat cmtu xleh pasang papan iklan kat kelate????abis kenapa malaysia x wat???wat je terus utk satu malaysia???ada brani???

org malaysia mmg sensitif…sensitif sangat2…xleh nk cuit skit mula nak melatah…pong pang pong pang kuar hujah..xyah cakap bab hadis,kitab sume kuar…..kadang2 yg bercakap pasal ayt al-quran tu profile pic dlm fb pun tayang kepala togel…tapi xpelah..moga2 one day dapat hidayah…semua org nk tunggu hidayah…hidayah utk pakai tudung..utk tutup aurat…selamat menunggu…jgn smpai pergi dahulu….

mcm2 isu ada kan..xtaw isu dibuat2…sengaja???kebetulan???sensitif atau terlalu prejudis….kita kena sensitif???ye kita perlu sensitif….walaupun kadangkala kita terlalu prejudis….kalau kita x sensitif,sape lagi kita nak sensitif???

isu logo coca cola

 

isu fesyen di iff??

 

isu logo croc...

 

isu sejadah ada muka babi

 

malah byk lg isu2 lain….isu2 yg hangat seketika kemudian tenggelam…yg pong pang pong pang itu terus menjalani kehidupan biasa….tmbul isu baru…dtg balik…fuihhh berapi bercakap…tp tindakan???ada??xde…xmampu wat pape…kerana kamu sape???bukan sape2…

isu freemason rasanya bukan isu baru…tapi berapa ramai yg tahu..berapa ramai yg nak amik tahu???bukan nak kata….walaupun blaja tinggi2..smpai masuk universiti…sampai dapat degree dan Phd…tapi masih ramai yg buat tuli..tutup mata jalani hidup hari2…xde kaitan dengan dia katanya benda2 cmni..xmo amik taw….

maruah kita dipijak2…tp kita masih  bersangka baik????rkyat malaysia mmg baik2…bukan semua org bukan islam itu jahat…aku berlambak kawan bukan islam…teacher aku seorang cina..kalau pergi umah dia..dia xpernah ajak kitorang naik…duk kat tmn depan umah dia je…smpailah  satu  hari tu dia cakap..maafla ye..dlm rumah sy ada anjing..tkut nanti awk semua terkena ke…org islam x boleh kan???kalau org cina pun menjaga sensitiviti kita???kenapa kita sendiri xpernah nak sensitif???kenapa nk snsitif kan….sbb arak da jadi minuman..anjing da jadi binatang peliharaan…cium peluk da jadi mainan…disko da jadi tmpat lepak…so???

Advertisements

6 Comments

Filed under islamic

Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.


Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni.  Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…

by Khabbab Jamalludin on Friday, November 12, 2010 at 12:24am

From: muhammad sabiq esfahancity82@yahoo.co.uk

pesanan untuk diriku sendiri…

Leave a comment

Filed under cinta is ♥, islamic

islamik atau satu penghinaan????


salam n hye all..

ermmm sekarang fesyen muslimah semakin meningkat naik di malaysia…namun tanpa sedar sebenarnya kita ditelanjangi…kerana fesyen muslimah yg terlalu moden…sehingga akhirnya kita tidak lagi menutup aurat tp lebih kepada fesyen..owh itulah wawasan 2020…membawa malaysia terus maju dan membangun dalam segenap segi…

sehingga akhirnya kita tidak sedar kita sedang ditelanjangi…sehelai demi sehelai pakaian dibuka..namun kita masih bergelak ketawa…malah masih lagi melaung lantang …arghhh peduli apa aku..janji aku x wat…lantak lah orang yg wat salah tu..jawab la dia kat akhirat nanti…owh mungkin kita terlupa…atau sememangnya buta  x tahu…

Bencana alam juga berlaku disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali diperteguhkan dengan kemajuan sains dan teknologi.

Ia dijelaskan menerusi maksud firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

apa yang kita kejar arini??apa yang telah kita musnahkan arini??namun andai bala ALLAH itu tiba..bukan hanya si pelaku sahaja yang terkena..tetapi seluruh tempat itu..bermaksud org yg melakukan,yg melihat,yg merelakan,yg xkisah,yang melarang dan yang2 yang lain turut terkena…

ermmm tapi siapakah yg ingin menegur kesilapan ini???kitakah???diakah??merekakah???atau siapa???atau inginkan bala atau balasan dari tuhan berupa bencana yang menegur kita semua supaya kita sedar???nauzubillah hi min zalik…

 

fesyen islamik atau penghinaan???

tanpa sedar maruah dan kedaulatan islam itu sendiri dicabuli….tanpa sedar kita sedang bahagia disini..tanpa perlu mengambil tahu…cerita di luar sana….jangan terlalu amik mudah….ermm

semoga semua di antara kita berubah semakin baik…sama-sama menegur diantara kita….memperbaiki kesilapan lalu…agar suatu masa nanti malaysia akan menjadi sebuah negara islam yg gemilang…

2 Comments

Filed under -match and mix-, islamic

Kerana Dia Manusia Biasa


diedit oleh : everjihad


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

“Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. “Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh…, dia malah ketawa geli hati.

“Buka aja.”

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. “Teruknya dia ni.”

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu……..

************ ********* *******

Kepada …… Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu’alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu’alaikum Wr Wb
************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

“Kenapa kamu memilih dia…..?”

“Kerana dia manusia biasa…….” Dia menjawab mantap.

“Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..”

“Maksudnya?”

“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. “

Ssttt…..”Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

“Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.”

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

“Gik…..?” “Tidur…..Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan ‘nama’. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu ‘alam.

1 Comment

Filed under cinta is ♥

Cinta yang Keciciran


http://www.iLuvislam.com
oleh : Hafez Iftiqar*

Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran… Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta…DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang…Ketika meranduk sungai cinta yang palsu….

Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.

‘Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)


Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada…mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia…kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.

Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, ‘cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.’ Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur…

Marahkah dikau sahabat, andaiku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang… esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu…kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta….

* Hafez Iftiqar merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini menuntut di Monash University, Australia dalam bidang perubatan.

Leave a comment

Filed under cinta is ♥