Tag Archives: sempurna

021110-oktober sudah berlalu


salam and hye…

menjengah penghujung semester…oktober sudah berlalu…november kian menyusul…desember bagai tidak sabar ingin ditemui…detik-detik itu terus berlalu meninggalkan aku disini..di awal sem yang lalu aku bercerita tntang aku…kebingungan kerana hati dimiliki…ntah kenapa bukan tidak pernah bercinta..malah sudah berkali aku terluka..tapi kali nih berbeza betul apa yang aku lalui…kui3x…kenapa ye???

ermmm…sbelum tu mari kita tgk  jadual exam aku…pastu korang teka aku nih kos apa erk???

081110-web design …

231110-physical chemistry

291110-coordination chemistry

011210-sociology in education…

 

gud luck to all of my frenz…n to me too…semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi kita…

tapi sem nih aku xde mood nk wat keje..xde mood nk study…aku rasa sangat penat…rasa nak rehat…rehat lama..

hoho..tapi sem nih ade benda yg sgt menggembirakan aku adlah amik subjek fotografi…siyes banyak benda aku dapat belajar..dapat belajar pasal kamera…:)…yg selama nih aku x banyak tahu….belajar psl shutter speed..aperture,iso,lighting,rule of third..komposisi…banyak lg..best…dan baru aku taw..nak amik gambar nih bukan sekadar klik n klik n klik je…:)…banyak benda lagi sebenarnya yg aku perlu belajar….kena beli kamera sendiri baru lah best…banyak benda bleh god3k2….kui3x….

arini aku betul2 xde mood…xtaw kenapa..ati aku rasa bagai dicarik2…tapi seperti biasa…walau terluka camne pun…walau sayu camne pun…walau sakit camne pun..aku masih mampu senyum..:)..senyum untuk kebahagiaan orang lain…x salah kan…even kebahagiaan dia atas kelukaan kita…mgkin esok lusa akan tiba waktu untuk kebahagiaan kita pula…siapa tahu kan..aturan tuhan adalah yg terbaik….

walau dalam hati menangis sakit..tapi sampai bila-bila pun aku akan terus tersenyum…aku sentiasa belajar walau sebesar mana salah orang kepadaku..aku akan maafkan dan mencuba untuk melupakan kesalahan dia..kerana itu adalah yang terbaik…tidak perlu berdendam kan…aku lepaskan semuanya dalam maafku…

belajar untuk memaafkan orang itu bukan mudah..ingin mendidik hati agar lupakan salah itu tidak senang….

papepun struggle 4 the final..gud luck lenni..chaiyo’2…

Advertisements

7 Comments

Filed under -cerita kampus skudai-, -coretan hati-, -life story-

merah putih the red warrior


jom layan gambar sekitar perlawanan semalam..thanks to my frenz  jaki dan kimi atas gmbr2 ini….check it out…tahniah the red warrior…

 

kelantan fa

penyerahan tiket...

 

gomo kelate gomo

on the way ke sbj

merah putih menyerang...

cat muka dulu cuu ngn lemey...

semangat sek kito...

penyokong trw

kimi n pokya..semangat2

meriah molek..

pahlawan merah putih menyerang..haha

ada dikir barat nah sek kito....

merah putih memenuhi stadium

wow wow wow

semangat pokya ngn kimi..

semangat

sama tema ngn bomba...

ramainyo....

 

detik2 kegemilangan...

akhirnya,,tahniah

Leave a comment

Filed under -match and mix-

islamik atau satu penghinaan????


salam n hye all..

ermmm sekarang fesyen muslimah semakin meningkat naik di malaysia…namun tanpa sedar sebenarnya kita ditelanjangi…kerana fesyen muslimah yg terlalu moden…sehingga akhirnya kita tidak lagi menutup aurat tp lebih kepada fesyen..owh itulah wawasan 2020…membawa malaysia terus maju dan membangun dalam segenap segi…

sehingga akhirnya kita tidak sedar kita sedang ditelanjangi…sehelai demi sehelai pakaian dibuka..namun kita masih bergelak ketawa…malah masih lagi melaung lantang …arghhh peduli apa aku..janji aku x wat…lantak lah orang yg wat salah tu..jawab la dia kat akhirat nanti…owh mungkin kita terlupa…atau sememangnya buta  x tahu…

Bencana alam juga berlaku disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali diperteguhkan dengan kemajuan sains dan teknologi.

Ia dijelaskan menerusi maksud firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

apa yang kita kejar arini??apa yang telah kita musnahkan arini??namun andai bala ALLAH itu tiba..bukan hanya si pelaku sahaja yang terkena..tetapi seluruh tempat itu..bermaksud org yg melakukan,yg melihat,yg merelakan,yg xkisah,yang melarang dan yang2 yang lain turut terkena…

ermmm tapi siapakah yg ingin menegur kesilapan ini???kitakah???diakah??merekakah???atau siapa???atau inginkan bala atau balasan dari tuhan berupa bencana yang menegur kita semua supaya kita sedar???nauzubillah hi min zalik…

 

fesyen islamik atau penghinaan???

tanpa sedar maruah dan kedaulatan islam itu sendiri dicabuli….tanpa sedar kita sedang bahagia disini..tanpa perlu mengambil tahu…cerita di luar sana….jangan terlalu amik mudah….ermm

semoga semua di antara kita berubah semakin baik…sama-sama menegur diantara kita….memperbaiki kesilapan lalu…agar suatu masa nanti malaysia akan menjadi sebuah negara islam yg gemilang…

2 Comments

Filed under -match and mix-, islamic

03@29-itulah kami anak kelantan


 

kelantan bumi bertuah

 

dulu aku hanya budak hingusan..

tidak ingin bicara ttg politik

tidak ingin bicara tentang org dewasa

tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..

ttg prasarana dan juga kemajuan..

hari ini aku sudah terdidik

sudah menjadi minda kelas pertama

bukan lg golongan bawahan

yang hanya mengikut kata

mendengar cerita dusta dr kaca tv

membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media…

dari dulu aku sering mendengarkan..

persoalan demi persoalan..

hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka

kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri

bumi sendiri yang terlalu mundur

kerajaan kelantan yang jauh terkebelakang..

atau kerajaan kelantan yang miskin

minda ini seakan sudah teracun

dengan berita-berita dari media

begitu hebat media mencanang berita

sehingga mampu membuatkan

kelantan terus hina

dimata masyarakat malaysia

mencari ilmu dinegeri orang

dikata negeri sendiri tiada universiti

mencari rezeki di negeri orang

dikata negeri sendiri mundur

malah aku berbangga dimana-mana

ada saja org dari negeriku..

dimana-mana ipta

penuh terisi rakyat kelantan

di syarikat-syarikat terisi juga

rakyat kelantan…

arghhh begitu ramaikah kami???

sehingga media menindas kami sebegini??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana mengisi setiap inci

ruang stadium??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana sentiasa bersemangat menyokong??

kami kah negeri mundur??

yang seringkali direbut saat pilihanraya??

kami kah rakyat pemikiran kelas ke-3??

kerana memilih pemerintahan islam??

kami kah negeri yang bersifat kenegerian??

hanya kerana kami bersatu??

 

 

kelantan

 

apa yang ingin dimaksudkan dengan 1malaysia??

bukankah inginkan bersatu padu??

tidak malukah melaungkan 1malaysia??

andai tidak mampu menyatukan rakyat??

media jalanan..

mengatur wacana berita santapan rakyat

namun kini semakin meracuni

dengan fitnah duniawi

kerana untung atau korapsi

hingga hilang nilai-nilai

manusia itu sendiri…

inikah revolusi??

pengubah paradigma arus duniawi??

pencetus kebencian dalam diri??

atau sebuah diskriminasi??

atau sebuah suara majoriti??

kami tetap kami..

anak-anak kelantan yg teguh berdiri!!!!

kami akan tetap pertahankan..

bumi kelantan pendokong pemerintahan islam..

walau kami dibenci dan dicaci

xkan kami berganjak walau seinci!!!!

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

lelaki idaman


http://www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran

Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya…

Masih adakah lelaki idaman itu??


photo by DK11EL

Leave a comment

Filed under cinta is ♥