Monthly Archives: May 2013

welcome back 2013


salam n hye to all

sekian lama tidak menulis blog..sebabnya hanya 1…kerana tidak sudi lagi ingin berkongsi cerita,pandangan,pendapat,emosi dengan pembaca…jadi memilih untuk tidak lagi menulis dan update blog rasanya sudah hampir 2 tahun meninggalkan dunia blogging … namun kala semuanya aku luahkan melalui kata-kata dan bukan tulisan. Bagaikan ramai yang tidak mahu mendengar.. Mereka lebih memilih untuk berkata-kata dari mendengar mungkin. Mereka lebih memilih untuk memberikan pendapat dari mendengar pendapat. Mereka tidak meraikan perbezaan pendapat yang ada. Mungkin aku harus menjadi manusia yang bisu.

Mungkin aku perlu mengajar pelajar-pelajar menggunakan bahasa isyarat. Seringkali orang bertanya ” tidak penatkah asyik bercakap?”… aku menjadi seorang guru yang kadang mengajar sehari 5masa…satu masa bersamaan 40 minit.. bermaksud 200minit.. 3jam 20minit…siapa yang mampu bercakap 3jam 20 minit tanpa henti?? jika bukan guru?? yang perlu menerangkan fakta, mengajar, memberi nasihat, malah kadang memarahi anak-anak….jika aku merasakan letih untuk bercakap bagaimana aku ingin mengajar mereka sehari-hari…berbulan-bulan malah bertahun-tahun… Jika aku menjadi manusia yang hanya suka mendengar dari bercakap…

Seringkali hati aku terguris saat ade yang menegur.. Kenapa banyak cakap?? mungkin orang di sekeliling aku sudah BENCI untuk mendengar aku bercakap. Malah mungkin sudah MUAK…atau juga mereka barangkali tidak lagi ingin mendengar suara aku ni berbunyi… hehe…emosi seketika…anak-anak pun sering bertanya.. cikgu? tidak penat kah asyik bercakap je… cikgu penat sayang…sangat penat..apatah lagi mau diulang-ulang kala kamu mengatakan “cikgu, saya tak paham.”…tapi tanggungjawab itu melebihi kepenatan yang ada..

Seringkali juga aku ingin meraikan perbezaan pendapat…kerana kita manusia mempunyai perbezaan pendapat dan mempunyai cara berfikir yang tidak sama….kerana kita berbeza :) ..kerana kita unik…

andai ari ini bumi tuhan basah ditimpa hujan.. hati aku juga basah ditimpa kata-kata. Kenapa begitu sensitif? Kerana yang sangat rapat juga sudah bosan mendengar kata-kata aku… sungguh aku rindukan zaman belajar..zaman kita meluahkan pendapat ..meraikan perbezaan diantara kita…kerana kau dan aku berbeza…sangat merindui….

seringkali kata-kata…”hargai saat ada itu lebih baik daripada merasa menyesal setelah semuanya hilang”…barangkali aku juga perlu mengingatkan diri sendiri….aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan…

biar ruang bisu ni berbicara jika suara itu sendiri tiada nilainya… raikan perbezaan pendapat antara kita…kerana kita adalah berbeza…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-