Tag Archives: lelaki idaman

seperti yang dulu


Ungu – Seperti Yang Dulu

 

Tiada guna kau KEMBALI
Mengisi ruang HATI ini
Semuanya telah berlalu
Bersama lukaku

 

Tiada guna kau BERJANJI
Untuk SETIA menemani
Hatiku yang tlah TERLUKA
Karna DUSTAMU

Semuanya telah berakhir
Antara hatiku dan hatimu
Takkan ada CINTA
Seperti yang dulu

Semuanya telah berakhir
Antara diriku dan dirimu
Takkan ada RINDU
Seperti yang dulu

Semuanya telah berakhir
Semuanya telah BERAKHIR


 


Advertisements

Leave a comment

Filed under -lirik lagu pilihan-

pms-buah hatimu inginkan EXTRA pengertian


salam n hye all..

arini 2,3 arini emosi saya sangat tidak stabil…apatah lagi ia melibatkan hubungan dengan si dia…hujung2 bulan sebegini ada saja yang tidak kena..terasa hati,merajuk dan sebagainya…agaknya pening si dia nak melayan…itupun kalau dia mengerti sebenarnya si bunga kesayangan dia ini sedang terganggu emosi…

saat2 begini sebenarnya dihadapi oleh semua wanita…xkira la diawal bulan,tengah bulan atau hujung bulan….bergantung kepada kitaran masing-masing..setiap wanita yang normal memang akan mengalami saat-saat seperti ini yang dinamakan  premenstrual syndrome (PMS).Sakit kepala,kembung perut,sakit di bahagian perut dan payudara biasanya terjadi disaat PMS. Ini kerana terdapat perubahan tindak balas antara hormon dan kimia yang dialami oleh otak.

Selain rasa sakit dan tidak enak itu,ada lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi PMS seperti:

  • stress akan menyebabkan gegala PMS semakin parah

–  seeloknya hindarkan stress saat-saat kehadiran menstruasi semakin dekat. Ini akan membuatkan anda menjadi teruk.Seeloknya kurangkan stress dengan olahraga atau memaksimumkan pengambilan sayuran hijau.

  • Kafein akan membuatkan emosi tidak stabil

-Elakkan kafein kerana kafein akan mempengaruhi perubahan emosi yang mendadak. Gantikan kafein dengan jus buah-buahan.

  • PMS membuat wanita menjadi gagap

– hormon progesteron sangat penting dalam menentukan kemampuan verbal seseorang…oleh itu saat PMS biasanya hormon progesteron menurun menyebabkan  anda agak sukar untuk berbicara seperti biasa.

  • PMS boleh menular

– Ini part yang paling penting..haha…so si jejaka sekalian silalah amik perhatian yang serius terhadap faktor yang paling utama ini….Beberapa bukti menunjukkan pada setiap bulan fluktuasi hormon testosteron, menimbulkan gejala mirip PMS pada si jejaka.

 

buat si dia yang sangat ku cintai n sayangi…setiap bulan itu akan ada waktunya kamu terpaksa melayan si bunga mu ini dengan sepenuh perhatian dan kesabaran kerana si bunga mu ini sedang berperang dengan emosinya yang seringkali berubah-rubah…dan kadangkala memeningkanmu…..ada waktunya ia ingin sendiri,ada waktunya ia ingin kamu disisi,ada waktunya ia ingin kau memahami….maaf andai ia mengada-ngada dan gedik…hahahahaha

Leave a comment

Filed under -life story-, -wanita-, cinta is ♥

lelaki idaman


http://www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran

Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya…

Masih adakah lelaki idaman itu??


photo by DK11EL

Leave a comment

Filed under cinta is ♥