Category Archives: -coretan hati-

welcome back 2013


salam n hye to all

sekian lama tidak menulis blog..sebabnya hanya 1…kerana tidak sudi lagi ingin berkongsi cerita,pandangan,pendapat,emosi dengan pembaca…jadi memilih untuk tidak lagi menulis dan update blog rasanya sudah hampir 2 tahun meninggalkan dunia blogging … namun kala semuanya aku luahkan melalui kata-kata dan bukan tulisan. Bagaikan ramai yang tidak mahu mendengar.. Mereka lebih memilih untuk berkata-kata dari mendengar mungkin. Mereka lebih memilih untuk memberikan pendapat dari mendengar pendapat. Mereka tidak meraikan perbezaan pendapat yang ada. Mungkin aku harus menjadi manusia yang bisu.

Mungkin aku perlu mengajar pelajar-pelajar menggunakan bahasa isyarat. Seringkali orang bertanya ” tidak penatkah asyik bercakap?”… aku menjadi seorang guru yang kadang mengajar sehari 5masa…satu masa bersamaan 40 minit.. bermaksud 200minit.. 3jam 20minit…siapa yang mampu bercakap 3jam 20 minit tanpa henti?? jika bukan guru?? yang perlu menerangkan fakta, mengajar, memberi nasihat, malah kadang memarahi anak-anak….jika aku merasakan letih untuk bercakap bagaimana aku ingin mengajar mereka sehari-hari…berbulan-bulan malah bertahun-tahun… Jika aku menjadi manusia yang hanya suka mendengar dari bercakap…

Seringkali hati aku terguris saat ade yang menegur.. Kenapa banyak cakap?? mungkin orang di sekeliling aku sudah BENCI untuk mendengar aku bercakap. Malah mungkin sudah MUAK…atau juga mereka barangkali tidak lagi ingin mendengar suara aku ni berbunyi… hehe…emosi seketika…anak-anak pun sering bertanya.. cikgu? tidak penat kah asyik bercakap je… cikgu penat sayang…sangat penat..apatah lagi mau diulang-ulang kala kamu mengatakan “cikgu, saya tak paham.”…tapi tanggungjawab itu melebihi kepenatan yang ada..

Seringkali juga aku ingin meraikan perbezaan pendapat…kerana kita manusia mempunyai perbezaan pendapat dan mempunyai cara berfikir yang tidak sama….kerana kita berbeza :) ..kerana kita unik…

andai ari ini bumi tuhan basah ditimpa hujan.. hati aku juga basah ditimpa kata-kata. Kenapa begitu sensitif? Kerana yang sangat rapat juga sudah bosan mendengar kata-kata aku… sungguh aku rindukan zaman belajar..zaman kita meluahkan pendapat ..meraikan perbezaan diantara kita…kerana kau dan aku berbeza…sangat merindui….

seringkali kata-kata…”hargai saat ada itu lebih baik daripada merasa menyesal setelah semuanya hilang”…barangkali aku juga perlu mengingatkan diri sendiri….aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan…

biar ruang bisu ni berbicara jika suara itu sendiri tiada nilainya… raikan perbezaan pendapat antara kita…kerana kita adalah berbeza…

Advertisements

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

Senyum sang ibu


Saat menyambutmu kedunia
Si ibu tersenyum
Hilang sakit
Hilang lenguh
Yang mampu terlukis
Hanya sebuah senyuman

Saat kau mula bertatih
Si ibu tersenyum
Menghulurkan tangan
Membantumu memulakan
Langkah pertama

Saat kau mula berkata-kata
Si ibu tersenyum
Mendengar kamu memanggil
Ibu,umi,mama,mak,ma,mummy
Walau kamu tidak mengerti
Apa sebenarnya gelaran itu

Saat kau melangkah kesekolah
Si ibu tersenyum
Melihat kau bersama teman-teman
Tidak lagi mengendahkannya
Si ibu tersenyum
Melihat kamu membaca mengira

Saat kau menghadapi peperiksaan
Si ibu tersenyum
Melihat markah ujian
Walaupun kamu mendapat
Markah terendah…
Tapi si ibu tersenyum
Memberikan mu semangat

Saat kau melangkah
Kali pertama ke universiti
Si ibu tersenyum
Bangga melihat anaknya
Kemenara gading

Saat kau mula mengenali
Erti percintaan
Si ibu tersenyum
Mengajar erti kedewasaan
Mengajar erti suka duka

Saat kau sudah mula bekerja
Si ibu tersenyum
Melihat anaknya berjaya
Hasil penat lelah
Dia mendidik dan berusaha

Saat kau sudah mula melupakan ibu
Si ibu tersenyum
Kerana segala kasih sayang
Sudah dicurahkan
Segala ilmu dan amalan
Sudah diterapkan
Namun anak tersayang
Begitu mudah membuang
Bagai tidak pernah ada belas kasihan
Buat insan
Yang pernah memberikan
Sepenuh kehidupannya untuk kehidupan kamu
Bukan diharap penghargaan
Cuma…
Biarlah si ibu tersenyum dalam kegembiraan
Bukan senyuman menyimpan sebuah kedukaan..

Jangan terlewat untuk mengucapkan
Aku sayang ibu
Jangan terlambat untuk memberikan
Ciuman terima kasih buat ibu
Jangan pernah terlupa
Untuk membalas jasa ibu

Sebelum ibu pergi..
sebelum kau menyesali..
hargailah seorang ibu 

mode::: miss my mum so much…

4 Comments

Filed under -coretan hati-

degilnya seorang aku


assalamualaikum…dan salam sejahtera!!!…

hye sume…ermmm tiba-tiba aku terfikir..berdesup menusuk kalbu apabila ada seorang kawan berkata…ko nih mmg keras kepala..degil…hoho…kenapa dia berkata begitu??degilkah aku??keras kepala kah aku???ermm…

ye aku mmg degil..jika saya katakan begitu..saya mmg bermaksudkan begitu…..

1-kalau saya kata..saya xkan gnggu awk lg..sampai mati sy xkan hubungi awk lg walau hati sy begitu ingin mendengar khabar awk..

2-kalau saya kata..hubungan kita stakat ini sahaja…saya xkan pernah menyambung kembali hubungan ini walaupun saya masih mencintai awak…

3-kalau awk kata jgn ganggu saya lagi…sampai bila2 pun sy xkan ganggu awk…dan kalau awk call,msg saya pun..saya xkan pernah balas…

4-kalau saya katakan saya ingin lakukan itu..saya sanggup bersusah payah untuk melakukannya….

5-kalau saya katakan saya tak ingin melakukan itu..bermaksud saya xkan melakukannya walaupun saya perlu….

6-kalau berkali-kali saya meminta dan kamu mempermainkannya….saya tidak akan pernah menerima nya walau kamu memberi seikhlas hati…

 

dan saya juga percaya dalam hidup saya xde istilah peluang kedua…kerana saya hanya akan mempercayai awk utk pertama kali dan selama-lamanya..jika sekali awk melukakan sy…sy tidak akan pernah mempercayai awak lagi…….namun tidak untuk sahabat saya…kerana saya akan sentiasa bersamanya walau sebesar mana luka dia berikan kepada saya…

saya tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan org..yang bilamana keluarganya tidak dapat menerima saya….saya bukanlah org yg begitu baik untuk mengambil hati mereka…dan bersabar sehingga mereka menerima saya…kerana saya tidak merasakan saya perlu menerima kelukaan dan kesakitan itu hanya kerana cinta….

saya tidak akan sesekali berkompromi dengan lelaki yg begitu berkira dengan saya…yang begitu merasakan hanya mereka hebat…dan wanita itu lemah..sehingga mereka memandang kita begitu rendah…sedangkan mereka terlupa…yang mereka disusukan,dijaga dan dibesarkan oleh insan bergelar wanita….

kawan…kenapa aku tidak mampu memberikan mu jalan penyelesaian….kerana kau dan aku berbeza…aku lebih rela derita dan tidak memiliki…daripada derita kerana memiliki…..aku lebih rela sengsara kerana kehilangan daripada kecewa kerana sebuah pengharapan….

kawan…aku tidak reti memberikanmu kata-kata semangat kerana aku sendiri sudah hilang kekuatan….aku tidak reti bercakap tentang harapan dan kebahagiaan..sedangkan aku sendiri masih lagi terkapai-kapai kelemasan….

kawan..maafkan aku…bukan tidak ingin berkongsi dukamu, bukan tidak ingin mendengar ceritamu, tetapi aku sendiri juga terluka dan punya cerita yg tiada siapa sudi mendengarnya….

2 Comments

Filed under -coretan hati-

happy besday mama


salam n hye all..

ermm happy besday mama…miss u so much..luv u so much..hope mama sihat-sihat sentiasa..sentiasa bahagia dan sentiasa happy…

begitu cepat masa berlalu..terasa bagai semalam aku masih lg anak manja mama yang mama sikat rambut…yang mama bermain bersama aku…anak mama yang mama ajar main basikal..anak mama yang sama-sama petik tomato…anak mama yang sama-sama tanam bunga..sama-sama mandi sungai…. 🙂

anak mama yang mama ajar a,b,c..alif,ba,ta….anak mama yang mama teman untuk belajar…anak mama yang mama anta gi hostel..anak mama yang suka merajuk..anak mama yang degil…anak mama yang keras kepala…anak mama yang nakal…

skang waktu terus meninggalkan kita..anak mama skang da besar panjang…masih lagi berusaha mencapai cita-cita demi melihat impian mama tercapai..demi melihat mama tersenyum girang…kadang-kadang anak mama terlupa..kadang-kadang buat mama terluka…kadang-kadang anak mama dilupa….

mama..aku terlalu sayang kan mama…sangat sayangkan mama…happy besday mama..thanks 4 everything u had done 4 me mama…care bout me…thanks  a lot mama..x mampu n terdaya aku membalas setiap pengorbanan dan kudratmu mama…kerana kamu begitu berharga mama..xsanggup rasanya ingin melihat kamu disakiti mama…x ingin rasanya melihat kamu menanges sedih mama…

 

luv u so much mom…

2 Comments

Filed under -coretan hati-, -wanita-

hujan


saat awan tidak lagi mampu

membendung wap-wap air

debu-debu menjadi medium..

lalu terkondensasi..

titis-titis hujan mencurah ke bumi

turun membawa seribu rahmat

kebaikan dan keburukan

 

sejuk dan sepi

aku masih lg disini

selajunya hujan di hatiku..

 

awan berarak kelabu

suram dan sepi

sesunyi hatiku ..

 

panas pergi..

matahari menyembunyikan diri..

tiada lagi terasa kehangatan

yang tinggal hanya..

sejuring warna pelangi..

 

aku…

aku masih disini..

terus memerhati..

sambil merawat luka di hati..

walau tiada yang mengerti..

aku..

aku tetap aku..

senyum yang terukir..

menutup duka yg tersisa..

 

kerana hidup harus diteruskan..

masih panjang laluan perjalanan..

masih banyak harapan harus ditunaikan..

masih ramai lagi yang sayang..

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

nilai seketul darah-hati


 

salam all..

 

ermmm segala persiapan n persediaan utk pergi bercuti mmg da ready…sume da beres..ok2 saje..tp tiba2 mood utk bercuti hilang…hilang sekelip mata…tiba2 rasa xmo pergi..xmo pergi mana2..nk duk diam2 je kat bumi skudai….susah untuk kita fahamkan orang keadaan kita..berbanding nk paham keadaan orang…ermmm..

sungguh aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati aku…walaupun berjuta kali disakiti atau dilukai…aku tetap ingin luka itu bagai terus sembuh…sembuh dan tidak meninggalkan parut…biar di wajah tercalit parut2 tidak mengapa..tetapi tidak ingin di hati tercalit parut kesan luka…bimbang hati ini tidak mampu bertahan lama untuk terus disakiti dan dilukai….bimbang juga andai ati yg terluka ini akan hilang halusnya..akan hilang nilainya..akan hilang  pertimbangan…walau aku tahu aku mampu bertahan tapi sampai bila ya???

ingin cuba menggembirakan hati tapi tidak tahu  bagaimana…ingin cuba untuk tidak menangis..ingin cuba utk tidak terus sakit..ingin cuba untuk terus melupakan setiap kali disakiti..ingin cuba untuk tidak pernah menyimpan apa sahaja yg pernah menusuk masuk kedalam hati….

 

ada satu tulisan dari siapa ya…aku terlupa…tentang sekeping hati…tertarik aku dgn cerita ini…lalu ingin dikongsi kan bersama..

 

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata k ita ,” nasihat

seorang ibu kepada anaknya.

 

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu

kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

 

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu

lagi.

 

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya

langsai, bu.”

 

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat

buruk ini?

 

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud

ibu nanti.”

 

Tanpa membantah anak itu setuju.

 

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah

paku ke dinding ini. Kemu dian , setelah kamu meminta maaf, kamu cabut

semula paku yang kamu ketuk itu!”

 

“Baik, ibu.”

 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

 

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,

tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

 

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah

kamu…?”

 

“Maksud ibu?”

 

“ Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan

‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah

dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka.

Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

 

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi

seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

 

::::Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar k ita

tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada

menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.

 

ye ramai orang memikirkan xpe nnti boleh minta maaf…dan andai salah itu tidak mampu dimaafkan lalu kita berkata nabi pun ampunkan ummatnya….ALLAH pun ampunkan hamba-Nya…sedikit pun tidak sebenarnya menyesali silap kita cuma mengharapkan kemaafan dari org yg kita sakiti…kita terlupa bahawasanya maaf bukan satu-satunya tanda org itu sudah melupakan semua silap kita…maaf dan melupakan adalah suatu benda yg berbeza..ye mgkin sudah memaafkan tapi untuk melupakan itu seumur hidup diperlukan……

aku bukan manusia yg begitu baik…yang begitu mudah memaafkan andai diri disakiti..aku tidak sebaik itu….tidak sesempurna itu….walau seringkali aku menyedapkan hati sendiri walaupun hati sendiri disakiti lagi dan lagi..kerana aku hanya yakin kepada suatu perkara…apa yg berlaku ada hikmahnya..mgkin kesakitan hari ini akan membuahkan kegembiraan suatu masa nanti….kerana tuhan itu maha adil…

belajarlah memaafkan semua salah manusia…belajarlah memaafkan walau ianya sangat sakit….jangan pernah memohon maaf dan mengharapkan kemaafan dari orang lain..andai kita sendiri tidak mampu memaafkan…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???


assalamualaikum n hye all…

 

owh rasa bahagianya apabila killer paper sudah selamat diselesaikan…hoho..cuma tinggal 1 lagi paper tntang sosiologi pendidikan…hoho…sekolah sebagai sebuah sistem sosial…sebagai seorang guru kita haruslah pandai bersosial…sekolah sebagai satu agen perubahan sosial…

namun kini kita semakin sering mendengar tentang keruntuhan sosial di kalangan remaja….macam-macam cerita…kena tngkap basah,buang bayi, projek haram,berdua-duaan,merempit,bosia,bohjan,anak ikan,gigolo,pelacur atau apa lg…macam-macam istilah ada dan macam-macam cerita ada….

dulu-dulu xde fb kan…skang fb mempercepatkan lagi penyebaran-penyebaran video-video malah sebenarnya fitnah juga turut sama tersebar hanya dengan 1 klik(share)…dosa itu mengalir 24 jam tanpa henti..malah saat sedang tidur pun dosa sedang mengalir masuk ibarat air sungai yg sentiasa mengalir…ermmm…

aku selalu berpesan pada diri…jgn kata pape kat orang walaupun dia salah…kalau x mampu untuk menegur kesilapan dia..cukuplah aku menidakkan dalam ati…walaupun itu selemah-lemah iman…mengatakan yg dia lakukan itu salah..ye itu salah…tapi x perlulah nak cakap bodoh punya perempuan pakai tudung tp baju ketat….pompuan sial, duk peluk2 ngn laki..xde malu ke..nih la kalau xde iman…malah pelbagai lagi kutukan n hinaan kepada si pelaku itu….berbakul-bakul sumpah seranah dari org yg merasakan dia jauh lg baik dari si pelaku itu….walaupun hakikatnya tiada beza sangat pun….si pelaku itu x menutup aurat/melakukan kesalahan….tp si pengutuk-pengutuk ini pula x lakukan kesalahan ke???itu ke caranya???

ermmm..kenapa video-video mengaibkan itu disebarkan???untuk dijadikan pengajaran??pengajaran itu boleh dilakukan…ye mmg bagus untuk dijadikan pengajaran…tetapi tidak perlu ditunjukkan rupa..tidak perlu disebut nama…tidak perlu diberitahu siapa…itulah baru dikatakan pengajaran…

sebagai contoh pengajaran sewaktu nabi muhammad s.a.w. naik ke langit waktu  israk mikrah….dia bercerita pasal manusia-manusia yg diazab di neraka…wanita digantung rambutnya,manusia yg memakan dagingnya sendiri..malah banyak lagi…namun tidak disebut siapa…siapa namanya..bagaimana dia…cuma disebut kesalahan +hukuman supaya dapat dijadikan pengajaran…..

aku selalu brpesan pada kawan…ish jgn kata kat orang..cakap je nauzubillah jauhkan kita,saudara-saudara dan sahabat kita dari semua itu andai terlihat sesuatu yg salah…andai kata terlihat video org kena tngkap basah…kita cakap nauzubillah…semoga kita terlindung dr melakukan benda-benda sebegitu…bukannya mengatakan bodoh perempuan tu,,,lelaki tu cam sial…kerana takut…tuhan nk tunjuk kat kita…tuhan uji kita camtu….

sbb itu lah…aku selalu cakap…jgn cakap kat orang..ntah2 tahun depan tuhan duga kita..kita plak yg buat….

ok now..andai kata org yg dlm video tu taubat nasuha…bagaimana korang yg mengata-ngata berapi nih nak minta maaf dengan dia???bagaimana ????tahukah korang mana alamat dia???kenalkah korang siapa nama dia???bagaimana korang ingin memohon maaf dari dia bahawa korang pernah mengata dia,mengutuk dia….

dosa ngn ALLAH S.W.T korang bleh mnta maaf dengan ALLAH S.W.T…..dosa dengan manusia korang kena minta maaf dengan manusia itu sendiri….

 

p/s:::andai apa yg aku sampaikan ini salah…aku mohon diperbetulkan…mgkin aku memahami sesuatu itu berbeza dari konsep…atau melihat sesuatu itu berbeza dari apa yg sebenarnya…

6 Comments

Filed under -coretan hati-, islamic