Saat menyambutmu kedunia
Si ibu tersenyum
Hilang sakit
Hilang lenguh
Yang mampu terlukis
Hanya sebuah senyuman
Saat kau mula bertatih
Si ibu tersenyum
Menghulurkan tangan
Membantumu memulakan
Langkah pertama
Saat kau mula berkata-kata
Si ibu tersenyum
Mendengar kamu memanggil
Ibu,umi,mama,mak,ma,mummy
Walau kamu tidak mengerti
Apa sebenarnya gelaran itu
Saat kau melangkah kesekolah
Si ibu tersenyum
Melihat kau bersama teman-teman
Tidak lagi mengendahkannya
Si ibu tersenyum
Melihat kamu membaca mengira
Saat kau menghadapi peperiksaan
Si ibu tersenyum
Melihat markah ujian
Walaupun kamu mendapat
Markah terendah…
Tapi si ibu tersenyum
Memberikan mu semangat
Saat kau melangkah
Kali pertama ke universiti
Si ibu tersenyum
Bangga melihat anaknya
Kemenara gading
Saat kau mula mengenali
Erti percintaan
Si ibu tersenyum
Mengajar erti kedewasaan
Mengajar erti suka duka
Saat kau sudah mula bekerja
Si ibu tersenyum
Melihat anaknya berjaya
Hasil penat lelah
Dia mendidik dan berusaha
Saat kau sudah mula melupakan ibu
Si ibu tersenyum
Kerana segala kasih sayang
Sudah dicurahkan
Segala ilmu dan amalan
Sudah diterapkan
Namun anak tersayang
Begitu mudah membuang
Bagai tidak pernah ada belas kasihan
Buat insan
Yang pernah memberikan
Sepenuh kehidupannya untuk kehidupan kamu
Bukan diharap penghargaan
Cuma…
Biarlah si ibu tersenyum dalam kegembiraan
Bukan senyuman menyimpan sebuah kedukaan..
Jangan terlewat untuk mengucapkan
Aku sayang ibu
Jangan terlambat untuk memberikan
Ciuman terima kasih buat ibu
Jangan pernah terlupa
Untuk membalas jasa ibu
Sebelum ibu pergi..
sebelum kau menyesali..
hargailah seorang ibu
mode::: miss my mum so much…
orang lelaki memerlukan paling kurang 2 ibu dalam hidupnya.
1. ibu yang melahirkannya
2. isteri dan juga ibu yang melahirkan anak-anaknya.
betul cikli :)..x lengkap hidup lelaki tanpa dua2 ibu itu 🙂
hye..jia singgah sini yup 🙂
wahhh.. mantap la toru.. bakat terpendam… caya le.. haha