Tag Archives: sharing is caring

Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.


Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni.  Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…

by Khabbab Jamalludin on Friday, November 12, 2010 at 12:24am

From: muhammad sabiq esfahancity82@yahoo.co.uk

pesanan untuk diriku sendiri…

Leave a comment

Filed under cinta is ♥, islamic

jenis makanan yang akan korang pilih…


salam n hye all..

x sedar sebenarnya da hampir 2.30 pagi tapi mata masih lg x mengantuk…so mengarang sesuatu la dulu..ahaksss.

arini aku nk citer pasal jenis makanan yang akan korang pilih kalau korang kuar hang out…

korang suka pilih makan kfc???cpt,kenyang n mudah…..

 

"kfc" from syarkycrunchy.blogspot.com

atau lebih suka makan mc’d je…ahakss kalau bagi aku plak..ayam mc’d la yg paling best nk compare ngn kfc…more spicy…ahakss

mc' d

ayam goreng kegemaran saya

atau korang adalah penggemar pizza???

 

 

atau…korang adalah penggemar kek???makan secret recipe adalah pilihan korang??

 

chocolate banana

atau…korang adalah peminat marry brown…ayam dia pun best jugak…atau leh makan nasi lemak…

nasi lemak marry brown

ayam goreng marry brown

atau…korang lebih suka western food lalu singgap menjamu selera di mama chops papa grill…

 

 

atau…korang nih jenis orang yang memang suka masakan melayu…seperti tomyam,ikan siakap masak 3 rasa,udang celup tepung bersama nasi putih…best juga tuh….hehe

 

thailand taste

 

atau…korang jenis simple je…makan masakan panas kat kedai-kedai mamak atau melayu…haha

 

nasi goreng berapi...

 

atau….kalau kat bumi skudai nih ayam penyet begitu popular di kalangan mahasiswa2 bumi skudai…ahakss..bleh  jugak makan ayam penyet kan….ahaksss

 

ayam penyet pica from wanmus.com

 

atau…korang penggemar sea food..maka steamboat menjadi pilihan…best juga nih..panas-panas..fuihhh…

 

steamboat

 

atau…….

 

korang tentukan sendiri la korang suka makan apa kan kalau kuar hang out dengan pakwe,awek,kawan-kawan,family…hehehe

12 Comments

Filed under -match and mix-

islamik atau satu penghinaan????


salam n hye all..

ermmm sekarang fesyen muslimah semakin meningkat naik di malaysia…namun tanpa sedar sebenarnya kita ditelanjangi…kerana fesyen muslimah yg terlalu moden…sehingga akhirnya kita tidak lagi menutup aurat tp lebih kepada fesyen..owh itulah wawasan 2020…membawa malaysia terus maju dan membangun dalam segenap segi…

sehingga akhirnya kita tidak sedar kita sedang ditelanjangi…sehelai demi sehelai pakaian dibuka..namun kita masih bergelak ketawa…malah masih lagi melaung lantang …arghhh peduli apa aku..janji aku x wat…lantak lah orang yg wat salah tu..jawab la dia kat akhirat nanti…owh mungkin kita terlupa…atau sememangnya buta  x tahu…

Bencana alam juga berlaku disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali diperteguhkan dengan kemajuan sains dan teknologi.

Ia dijelaskan menerusi maksud firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

apa yang kita kejar arini??apa yang telah kita musnahkan arini??namun andai bala ALLAH itu tiba..bukan hanya si pelaku sahaja yang terkena..tetapi seluruh tempat itu..bermaksud org yg melakukan,yg melihat,yg merelakan,yg xkisah,yang melarang dan yang2 yang lain turut terkena…

ermmm tapi siapakah yg ingin menegur kesilapan ini???kitakah???diakah??merekakah???atau siapa???atau inginkan bala atau balasan dari tuhan berupa bencana yang menegur kita semua supaya kita sedar???nauzubillah hi min zalik…

 

fesyen islamik atau penghinaan???

tanpa sedar maruah dan kedaulatan islam itu sendiri dicabuli….tanpa sedar kita sedang bahagia disini..tanpa perlu mengambil tahu…cerita di luar sana….jangan terlalu amik mudah….ermm

semoga semua di antara kita berubah semakin baik…sama-sama menegur diantara kita….memperbaiki kesilapan lalu…agar suatu masa nanti malaysia akan menjadi sebuah negara islam yg gemilang…

2 Comments

Filed under -match and mix-, islamic

pms-buah hatimu inginkan EXTRA pengertian


salam n hye all..

arini 2,3 arini emosi saya sangat tidak stabil…apatah lagi ia melibatkan hubungan dengan si dia…hujung2 bulan sebegini ada saja yang tidak kena..terasa hati,merajuk dan sebagainya…agaknya pening si dia nak melayan…itupun kalau dia mengerti sebenarnya si bunga kesayangan dia ini sedang terganggu emosi…

saat2 begini sebenarnya dihadapi oleh semua wanita…xkira la diawal bulan,tengah bulan atau hujung bulan….bergantung kepada kitaran masing-masing..setiap wanita yang normal memang akan mengalami saat-saat seperti ini yang dinamakan  premenstrual syndrome (PMS).Sakit kepala,kembung perut,sakit di bahagian perut dan payudara biasanya terjadi disaat PMS. Ini kerana terdapat perubahan tindak balas antara hormon dan kimia yang dialami oleh otak.

Selain rasa sakit dan tidak enak itu,ada lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi PMS seperti:

  • stress akan menyebabkan gegala PMS semakin parah

–  seeloknya hindarkan stress saat-saat kehadiran menstruasi semakin dekat. Ini akan membuatkan anda menjadi teruk.Seeloknya kurangkan stress dengan olahraga atau memaksimumkan pengambilan sayuran hijau.

  • Kafein akan membuatkan emosi tidak stabil

-Elakkan kafein kerana kafein akan mempengaruhi perubahan emosi yang mendadak. Gantikan kafein dengan jus buah-buahan.

  • PMS membuat wanita menjadi gagap

– hormon progesteron sangat penting dalam menentukan kemampuan verbal seseorang…oleh itu saat PMS biasanya hormon progesteron menurun menyebabkan  anda agak sukar untuk berbicara seperti biasa.

  • PMS boleh menular

– Ini part yang paling penting..haha…so si jejaka sekalian silalah amik perhatian yang serius terhadap faktor yang paling utama ini….Beberapa bukti menunjukkan pada setiap bulan fluktuasi hormon testosteron, menimbulkan gejala mirip PMS pada si jejaka.

 

buat si dia yang sangat ku cintai n sayangi…setiap bulan itu akan ada waktunya kamu terpaksa melayan si bunga mu ini dengan sepenuh perhatian dan kesabaran kerana si bunga mu ini sedang berperang dengan emosinya yang seringkali berubah-rubah…dan kadangkala memeningkanmu…..ada waktunya ia ingin sendiri,ada waktunya ia ingin kamu disisi,ada waktunya ia ingin kau memahami….maaf andai ia mengada-ngada dan gedik…hahahahaha

Leave a comment

Filed under -life story-, -wanita-, cinta is ♥

tips nak cari kerja part time musim cuti semester


haha…excited rasanya esok aku nak start keje part time aku…tapi problem betul apabila bekerja di tempat yang ramai lelaki…kemudian tempat yang boleh menggoda aku untuk menghancuskan diet yang sedia ada ini..aihh geram betul la aku camni…

tips-tips untuk korang cari kerja part time:::::

1-kalo die tanya nak keje tetap ke??jawab dengan penuh yakin..ye saya ingin keje tetap walaupun sebenarnya nak keje kejap je..xpe tipu sunat..itu lah yang selalu aku lakukan so now susah aku nk cari keje kat tempat aku nih sbb org da kenal kan..hampeh la…

2-korang cari keje jangan nak memilih…ingat ko ada degree ke nak pilih???alahai kerja kejap je pun…walaupun keje cuci pinggan mangguk kat kantin sekolah ok what…dapat gak duit masyuk kan…lepas la nak wat shopping n enjoy dengan kawan-kawan…

3-korang cuba cari di merata tempat…terutama supermarket atau mall biasanya mmg banyak keje kosong..ye lah mana tahu ade si kaki penipu cam korang…kata nak keje tetap tapi 2 bulan da cabut…kawawkakwakwkakwa..so koranglah penggantinya k..

4-tetapkan matlamat dalam kerja..chewahhh keje kejap siap da matlamat bagai..sebagai contoh keje kat kedai topup…jgn tergoda dengan si pembeli topup…xyah nak tngkap cintan cintun plak…

5-cuba cari keje yang korang leh go on la…kalo korang tu jenis x suka cakap ngn orang xyah ngada-ngada gi keje kedai makan…4sure kena cakap ngn customer xkan ko nak amik order guna bahasa isyarat..okies???

6-survey gaji…walaupun kita nih hanya pekerja sementara yang mengisi masa lapang tapi agak-agakla…survey gak gaji..kalau ko keje dr  10 pagi smpai 10malam tp gaji 300 je..x berbaloi..tp kalau kerjanya menarik why not…rembat je lah janji masyuk….

7-contact kawan-kawan sekampung-cuba korang call kawan-kawan korang yg menetap di kampung kut2 dorang tahu ada keje kosong kat kmpung korang..almaklumlah pasti dorang lagi up to date maklumat dan isu semasa kampung compare ngn korang yg jarang-jarang balik kampung tu erk….

dah la xyah tips bebanyak sebab aku punx pernah pakai tips banyak2 waktu cari keje part time….selamat bekerja buat aku…semoga aku tidak jatuh cinta sewaktu bekerja..kakwakwakwkakwkakwa…semoga dilindungi aku dari jatuh cinta ye…

4 Comments

Filed under -match and mix-