Tag Archives: sedih

Kamu


Ye kamu!!!

Kerana kamu

Aku mampu meredah malam

Tanpa cahaya

Aku mampu menahan sakit

Tanpa kecewa

Aku mampu menahan air mata

Dengan ketawa

Aku mampu mengukir senyum

Dalam hiba..

 

Ye kamu!!!

Punca segala..

Penyebab semua..

 

Ye kamu!!!

Kenapa dibawa

Semua milikku

Kenapa dirampas

Bahagia yang ada

Kenapa dibunuh

Cinta yang bersisa

Kenapa dibuang..

Kenangan tercipta..

Kenapa dikarang..

Cerita dusta..

 

Ye kamu!!!

Aku masih disini…

Masih mampu meredah malam tanpa cahaya..

Namun bukan aku yang dulu..

Aku masih disini..

Masih mampu menahan sakit tanpa kecewa..

Namun bukan aku yang dulu…

Masih mampu menahan air mata dengan ketawa..

Namun bukan aku yang dulu..

 

Ini bukan cerita yang tumbuh hilang berganti..

Ini bukan cerita kumbang bukan seekor..

Ini bukan cerita yang datang lebih baik dari yang hilang…

 

Ini cerita ibarat perginya manusia takkan kembali..

Tiada lagi plot-plot baru…

Yang tinggal hanya sebuah memori lalu

 

Leave a comment

Filed under -life story-

021110-oktober sudah berlalu


salam and hye…

menjengah penghujung semester…oktober sudah berlalu…november kian menyusul…desember bagai tidak sabar ingin ditemui…detik-detik itu terus berlalu meninggalkan aku disini..di awal sem yang lalu aku bercerita tntang aku…kebingungan kerana hati dimiliki…ntah kenapa bukan tidak pernah bercinta..malah sudah berkali aku terluka..tapi kali nih berbeza betul apa yang aku lalui…kui3x…kenapa ye???

ermmm…sbelum tu mari kita tgk  jadual exam aku…pastu korang teka aku nih kos apa erk???

081110-web design …

231110-physical chemistry

291110-coordination chemistry

011210-sociology in education…

 

gud luck to all of my frenz…n to me too…semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi kita…

tapi sem nih aku xde mood nk wat keje..xde mood nk study…aku rasa sangat penat…rasa nak rehat…rehat lama..

hoho..tapi sem nih ade benda yg sgt menggembirakan aku adlah amik subjek fotografi…siyes banyak benda aku dapat belajar..dapat belajar pasal kamera…:)…yg selama nih aku x banyak tahu….belajar psl shutter speed..aperture,iso,lighting,rule of third..komposisi…banyak lg..best…dan baru aku taw..nak amik gambar nih bukan sekadar klik n klik n klik je…:)…banyak benda lagi sebenarnya yg aku perlu belajar….kena beli kamera sendiri baru lah best…banyak benda bleh god3k2….kui3x….

arini aku betul2 xde mood…xtaw kenapa..ati aku rasa bagai dicarik2…tapi seperti biasa…walau terluka camne pun…walau sayu camne pun…walau sakit camne pun..aku masih mampu senyum..:)..senyum untuk kebahagiaan orang lain…x salah kan…even kebahagiaan dia atas kelukaan kita…mgkin esok lusa akan tiba waktu untuk kebahagiaan kita pula…siapa tahu kan..aturan tuhan adalah yg terbaik….

walau dalam hati menangis sakit..tapi sampai bila-bila pun aku akan terus tersenyum…aku sentiasa belajar walau sebesar mana salah orang kepadaku..aku akan maafkan dan mencuba untuk melupakan kesalahan dia..kerana itu adalah yang terbaik…tidak perlu berdendam kan…aku lepaskan semuanya dalam maafku…

belajar untuk memaafkan orang itu bukan mudah..ingin mendidik hati agar lupakan salah itu tidak senang….

papepun struggle 4 the final..gud luck lenni..chaiyo’2…

7 Comments

Filed under -cerita kampus skudai-, -coretan hati-, -life story-

wahai FAM..




hijaukuning vs merahputih

 

tahniah TRW..
olek olek olek olek
sumbat gol sumbat gol..
bergemerlapan sorakan
beribu sokongan
TRW akhirnya melangkah ke final

walau didenda berpuluh ribu
walau jurulatih digantung berbulan
walau dicaci berapi
walau dihina dan dikeji..
TRW teguh berdiri..

wahai FAM..
laungan 1malaysia..
rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan..
namun lupakan kamu..
siapa PEMBUNUH??
siapa PEMUSNAH??
siapa MUSUH utama??
kemaraan bola sepak malaysia…
siapa penyebab??
rakyat malaysia sendiri..
merendah2kan nilai bola sepak malaysia….

wahai MEDIA..(shbt baik FAM)
berita tulus dan tepat..
ATAU berita berat sebelah dan prejudis..
berita positif penyumbang semangat…
ATAU berita fitnah yang menyekat..

wahai FAM..
sedarlah…
bangkitlah..
bangun dan buka mata hatimu..
jangan kerana wang..
jangan kerana kuasa..
jangan kerana politik..
bukan demi anak-anak kelantan yang kau keji..
bukan demi penyokong kelantan yang kau benci..
bukan demi pemain TRW yang diuji..
namun..
demi sebuah kemajuan..
dalam arena bola sepak negara..

wahai FAM..
pejamkan mata..
tenang seketika..
bukakan minda..
jangan terlalu tipikal..
jgn menjadi hamba…
kepada kuasa dunia..
sehingga kau akhirnya buta..
menilai yang terbaik buat malaysia..

kami penyokong TRW..
sudah melakukan yg terbaik buat TRW..
mengubah yg termampu..
moga-moga sukan ini terus maju..
namun kami kini seakan bisu..
malah kadang2 terharu…
melihat sikap FAM yang haru biru..

wahai FAM..
jgn kerana final tahun lalu..
hingga kini jadikan TRW sebagai isu..
sehingga kami dihukum selalu..

wahai FAM..
kami penyokong kelantan..
tidak ingin pembelaan..
bukan ingin pujian..
kadang2 terguris kerana hinaan..
cuma inginkan keadilan..
diskriminasi tolong hentikan..
jgn ‘double standard’ dalam layanan..
fitnah mesti kurangkan..

GOmo KElate GOmo…

olek olek olek olek
sumbat gol
sumbat gol..

GOOD LUCK FOR THE RED WARRIORS!!!!!!

 

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

seperti yang dulu


Ungu – Seperti Yang Dulu

 

Tiada guna kau KEMBALI
Mengisi ruang HATI ini
Semuanya telah berlalu
Bersama lukaku

 

Tiada guna kau BERJANJI
Untuk SETIA menemani
Hatiku yang tlah TERLUKA
Karna DUSTAMU

Semuanya telah berakhir
Antara hatiku dan hatimu
Takkan ada CINTA
Seperti yang dulu

Semuanya telah berakhir
Antara diriku dan dirimu
Takkan ada RINDU
Seperti yang dulu

Semuanya telah berakhir
Semuanya telah BERAKHIR


 


Leave a comment

Filed under -lirik lagu pilihan-

cerita dan kenangan persahabatan kita di bumi utm


rasanya baru semalam aku mengenali kamu.hari pertama aku di utm.time tu nerd lagi.hari pendaftaran di kolej rahman putra,kita berjumpa dan berkenalan buat kali pertama.owh rupa-rupanya kita satu course.tapi ye lah kali pertama berjumpa.masih belum rapat dan macam tak serasi je.berdetik dalam jiwa aku sombongnye die nih.hahahaha..tapi waktu berjalan begitu pantas merobek jurang diantara kita sehinggakan kita menjadi dekat dan semakin rapat.segala suka duka telah terpatri indah di bumi utm..segalanya menjadi saksi.

balai cerap utm

semalam aku tidak begitu rapat dengannya,walaupun kami jiran sebelah bilik dan satu kelas tapi kami jarang bertegur sapa..kadang-kadang takdir itu lebih dahulu datang berbanding perancangan.kerana ada sesuatu di antara waktu yang tak terjangka oleh fikiran.bila dan mengapa ianya terjadi.lalu kerana takdir jualah kita rapat dan terus akrab menjadi sahabat seperjuangan di bumi bertuah ini..lalui segala dugaan dengan ketabahan yang ada.segalanya terungkai disini.segala kenangan tersemat disini.moga dapat diceritakan suatu ketika nanti..andai dapat dinovelkan kisah kita disini.semoga segala kenangan ini tak akan dilupakan sampai bila-bila.walaupun aku tahu aku hanya kisah cerita sementara di bumi skudai.

semua orang inginkan yang terbaik dan mahu lakukan yang terbaik namun ada sesuatu yang membuatkan kita bertindak di luar jangkaan atau tanpa sengaja melukakan orang yang dikatakan kawan.namun masih ada sisa kemaafan yang diberi untuk meneruskan nilai persahabatan ini.walaupun aku terluka namun aku tahu aku juga tidak sempurna..biar saja waktu berjalan mengikut pusingannya.kadang-kadang kita terhanyut di arus dunia.kadang-kadang kita tersadur langkah di akar pancaroba namun langkah yang ada harus diteruskan.

masa mengajar kita erti persahabatan.kerana masa kita semakin jauh..kerana terbiasa kita sudah tidak lagi seperti dulu..kerana ego memaksa kita terus tidak lagi bersama…jauh di sudut hati aku inginkan semuanya seperti dulu.namun aku sudah lelah untuk mengalah.menjadi yang pertama memulakan..aku juga lelah apabila dilukakan sebegitu..malah rasanya masih terpatri di hati ini…luka itu masih berdarah..ku gagahi jua untuk senyum…kalau sibuk menjadi alasan,kalau belajar menjadi penyebab kepada kita menjadi renggang ..maafkan aku…maafkan aku kerana tidak pernah menjadi yang terbaik.

aku menunggu sesuatu dari ucapan bibirmu…sungguh aku tunggu ungkapan maaf atas keterlupaanmu namun sampai kini rasanya belum ada tanda-tanda kemaafan itu..tak apalah benda lama…cuma aku yang sangat terluka sehingga meninggalkan kesan yang mendalam..ingat x kita pernah joging naik balai cerap sama-sama..ingat x hari pertama puasa tahun 2007 kita berbuka puasa di gerai bibik dan sama-sama berterawih di msi..rasanya semua itu masih utuh di fikiran aku sebagai kenangan terindah..walaupun semua itu terlalu jauh untuk digapai ari ini…rasanya terlalu rindu kenangan dan saat itu….

semoga bumi utm terus menyimpan kenangan itu…semoga kenangan ini terus terpatri kukuh dalam sanubari setiap di antara kita..terima kasih kerana sudi menjadi teman..peneman di kala mencari ilmu….

Leave a comment

Filed under ~♥persahabatan♥~