Tag Archives: kelantan

wahai FAM..




hijaukuning vs merahputih

 

tahniah TRW..
olek olek olek olek
sumbat gol sumbat gol..
bergemerlapan sorakan
beribu sokongan
TRW akhirnya melangkah ke final

walau didenda berpuluh ribu
walau jurulatih digantung berbulan
walau dicaci berapi
walau dihina dan dikeji..
TRW teguh berdiri..

wahai FAM..
laungan 1malaysia..
rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan..
namun lupakan kamu..
siapa PEMBUNUH??
siapa PEMUSNAH??
siapa MUSUH utama??
kemaraan bola sepak malaysia…
siapa penyebab??
rakyat malaysia sendiri..
merendah2kan nilai bola sepak malaysia….

wahai MEDIA..(shbt baik FAM)
berita tulus dan tepat..
ATAU berita berat sebelah dan prejudis..
berita positif penyumbang semangat…
ATAU berita fitnah yang menyekat..

wahai FAM..
sedarlah…
bangkitlah..
bangun dan buka mata hatimu..
jangan kerana wang..
jangan kerana kuasa..
jangan kerana politik..
bukan demi anak-anak kelantan yang kau keji..
bukan demi penyokong kelantan yang kau benci..
bukan demi pemain TRW yang diuji..
namun..
demi sebuah kemajuan..
dalam arena bola sepak negara..

wahai FAM..
pejamkan mata..
tenang seketika..
bukakan minda..
jangan terlalu tipikal..
jgn menjadi hamba…
kepada kuasa dunia..
sehingga kau akhirnya buta..
menilai yang terbaik buat malaysia..

kami penyokong TRW..
sudah melakukan yg terbaik buat TRW..
mengubah yg termampu..
moga-moga sukan ini terus maju..
namun kami kini seakan bisu..
malah kadang2 terharu…
melihat sikap FAM yang haru biru..

wahai FAM..
jgn kerana final tahun lalu..
hingga kini jadikan TRW sebagai isu..
sehingga kami dihukum selalu..

wahai FAM..
kami penyokong kelantan..
tidak ingin pembelaan..
bukan ingin pujian..
kadang2 terguris kerana hinaan..
cuma inginkan keadilan..
diskriminasi tolong hentikan..
jgn ‘double standard’ dalam layanan..
fitnah mesti kurangkan..

GOmo KElate GOmo…

olek olek olek olek
sumbat gol
sumbat gol..

GOOD LUCK FOR THE RED WARRIORS!!!!!!

 

Advertisements

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

03@29-itulah kami anak kelantan


 

kelantan bumi bertuah

 

dulu aku hanya budak hingusan..

tidak ingin bicara ttg politik

tidak ingin bicara tentang org dewasa

tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..

ttg prasarana dan juga kemajuan..

hari ini aku sudah terdidik

sudah menjadi minda kelas pertama

bukan lg golongan bawahan

yang hanya mengikut kata

mendengar cerita dusta dr kaca tv

membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media…

dari dulu aku sering mendengarkan..

persoalan demi persoalan..

hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka

kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri

bumi sendiri yang terlalu mundur

kerajaan kelantan yang jauh terkebelakang..

atau kerajaan kelantan yang miskin

minda ini seakan sudah teracun

dengan berita-berita dari media

begitu hebat media mencanang berita

sehingga mampu membuatkan

kelantan terus hina

dimata masyarakat malaysia

mencari ilmu dinegeri orang

dikata negeri sendiri tiada universiti

mencari rezeki di negeri orang

dikata negeri sendiri mundur

malah aku berbangga dimana-mana

ada saja org dari negeriku..

dimana-mana ipta

penuh terisi rakyat kelantan

di syarikat-syarikat terisi juga

rakyat kelantan…

arghhh begitu ramaikah kami???

sehingga media menindas kami sebegini??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana mengisi setiap inci

ruang stadium??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana sentiasa bersemangat menyokong??

kami kah negeri mundur??

yang seringkali direbut saat pilihanraya??

kami kah rakyat pemikiran kelas ke-3??

kerana memilih pemerintahan islam??

kami kah negeri yang bersifat kenegerian??

hanya kerana kami bersatu??

 

 

kelantan

 

apa yang ingin dimaksudkan dengan 1malaysia??

bukankah inginkan bersatu padu??

tidak malukah melaungkan 1malaysia??

andai tidak mampu menyatukan rakyat??

media jalanan..

mengatur wacana berita santapan rakyat

namun kini semakin meracuni

dengan fitnah duniawi

kerana untung atau korapsi

hingga hilang nilai-nilai

manusia itu sendiri…

inikah revolusi??

pengubah paradigma arus duniawi??

pencetus kebencian dalam diri??

atau sebuah diskriminasi??

atau sebuah suara majoriti??

kami tetap kami..

anak-anak kelantan yg teguh berdiri!!!!

kami akan tetap pertahankan..

bumi kelantan pendokong pemerintahan islam..

walau kami dibenci dan dicaci

xkan kami berganjak walau seinci!!!!

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-