Category Archives: islamic

sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???


assalamualaikum n hye all…

 

owh rasa bahagianya apabila killer paper sudah selamat diselesaikan…hoho..cuma tinggal 1 lagi paper tntang sosiologi pendidikan…hoho…sekolah sebagai sebuah sistem sosial…sebagai seorang guru kita haruslah pandai bersosial…sekolah sebagai satu agen perubahan sosial…

namun kini kita semakin sering mendengar tentang keruntuhan sosial di kalangan remaja….macam-macam cerita…kena tngkap basah,buang bayi, projek haram,berdua-duaan,merempit,bosia,bohjan,anak ikan,gigolo,pelacur atau apa lg…macam-macam istilah ada dan macam-macam cerita ada….

dulu-dulu xde fb kan…skang fb mempercepatkan lagi penyebaran-penyebaran video-video malah sebenarnya fitnah juga turut sama tersebar hanya dengan 1 klik(share)…dosa itu mengalir 24 jam tanpa henti..malah saat sedang tidur pun dosa sedang mengalir masuk ibarat air sungai yg sentiasa mengalir…ermmm…

aku selalu berpesan pada diri…jgn kata pape kat orang walaupun dia salah…kalau x mampu untuk menegur kesilapan dia..cukuplah aku menidakkan dalam ati…walaupun itu selemah-lemah iman…mengatakan yg dia lakukan itu salah..ye itu salah…tapi x perlulah nak cakap bodoh punya perempuan pakai tudung tp baju ketat….pompuan sial, duk peluk2 ngn laki..xde malu ke..nih la kalau xde iman…malah pelbagai lagi kutukan n hinaan kepada si pelaku itu….berbakul-bakul sumpah seranah dari org yg merasakan dia jauh lg baik dari si pelaku itu….walaupun hakikatnya tiada beza sangat pun….si pelaku itu x menutup aurat/melakukan kesalahan….tp si pengutuk-pengutuk ini pula x lakukan kesalahan ke???itu ke caranya???

ermmm..kenapa video-video mengaibkan itu disebarkan???untuk dijadikan pengajaran??pengajaran itu boleh dilakukan…ye mmg bagus untuk dijadikan pengajaran…tetapi tidak perlu ditunjukkan rupa..tidak perlu disebut nama…tidak perlu diberitahu siapa…itulah baru dikatakan pengajaran…

sebagai contoh pengajaran sewaktu nabi muhammad s.a.w. naik ke langit waktu  israk mikrah….dia bercerita pasal manusia-manusia yg diazab di neraka…wanita digantung rambutnya,manusia yg memakan dagingnya sendiri..malah banyak lagi…namun tidak disebut siapa…siapa namanya..bagaimana dia…cuma disebut kesalahan +hukuman supaya dapat dijadikan pengajaran…..

aku selalu brpesan pada kawan…ish jgn kata kat orang..cakap je nauzubillah jauhkan kita,saudara-saudara dan sahabat kita dari semua itu andai terlihat sesuatu yg salah…andai kata terlihat video org kena tngkap basah…kita cakap nauzubillah…semoga kita terlindung dr melakukan benda-benda sebegitu…bukannya mengatakan bodoh perempuan tu,,,lelaki tu cam sial…kerana takut…tuhan nk tunjuk kat kita…tuhan uji kita camtu….

sbb itu lah…aku selalu cakap…jgn cakap kat orang..ntah2 tahun depan tuhan duga kita..kita plak yg buat….

ok now..andai kata org yg dlm video tu taubat nasuha…bagaimana korang yg mengata-ngata berapi nih nak minta maaf dengan dia???bagaimana ????tahukah korang mana alamat dia???kenalkah korang siapa nama dia???bagaimana korang ingin memohon maaf dari dia bahawa korang pernah mengata dia,mengutuk dia….

dosa ngn ALLAH S.W.T korang bleh mnta maaf dengan ALLAH S.W.T…..dosa dengan manusia korang kena minta maaf dengan manusia itu sendiri….

 

p/s:::andai apa yg aku sampaikan ini salah…aku mohon diperbetulkan…mgkin aku memahami sesuatu itu berbeza dari konsep…atau melihat sesuatu itu berbeza dari apa yg sebenarnya…

6 Comments

Filed under -coretan hati-, islamic

wanita dan kerjaya..tuntutan impian atau syariat???


assalamualaikum n salam sejahtera buat insan yg sudi membaca entri ini…

ermm..semalam aku sedang bertelagah tentang isu bekerja,kerjaya dan juga pendidikan dengan seorang “lelaki”…apabila dia bertanya…abis blaja nnt nk minta posting kat ne??aku dengan bahagianya menjawab SABAH…n then kalau ade rezeki aku nk smbung master kat UMS…teringin nk ade Phd b4 omo 30…namun dia berkata::::eh orang pompuan nk wat pe belajar tinggi-tinggi…saya boleh tnggung sume…x payah la nk keje…duk umah jaga anak lagi bagus daripada duk keje tuh…buat penat je!!!!..

so now how????antara kerjaya???impian??cita-cita???atau tuntutan syariat???mana satu yg harus aku pilih….

lalu aku teringat nasihat dr seorang akak…erm aku sangat merindukan pengisian dari dia…betulla kalau akhir zaman ni..org-org baik sume tuhan amik awal…bukan bermaksud org yg jahat thn xamik…hoho….

Wanita bekerja di luar rumah.

Assalamualaikum warahmatullah..

Pertamanya dan terutamanya marilah sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi Rabbi kerana masih lagi mengurniakan nikmat teragung iaitu hidup dalam keimanan kepada-Nya. Tidak dilupakan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya buat insan termulia nabi Muhammad S.A.W, moga diberi syafaat oleh baginda di akhirat kelak. Begitu juga salam buat sahabat-sahabat baginda dan semua pengikutnya yang lurus.
“Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan dari hasil tangannya sendiri.” (Hadith Riwayat: Al-Bukhari).

Sesungguhnya, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya. Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga, bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam.
Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman nabi atau sahabat-sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut. (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim).

Islam membenarkan wanita bekerja tetapi semua kebenaran itu haruslah berlandaskan konsep syariat yang mutlak. Perkara ini dijelaskan oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya (Nizam Al-Usrah; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
5) Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.
Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Ummu Taufiq & Ridhwan.

bila baca apa yg akak kongsikan….aku menjadi keliru….kerjaya??tuntutan impian atau syariat???hoho….leh bagi idea x??

2 Comments

Filed under -wanita-, islamic

isu sejadah gmbr babi-sensitif atau prejudis???


salam n hye all…

ermm actually aku da lama perhati lepas satu-satu isu timbul…malah semuanya menyebabkan kita sesama islam yang berantakan…ntah la…ini dugaan atau aturan…atau ini adalah satu ujian supaya kita lebih berhati-hati….atau sebenarnya ini semua adalah sebuah perancangan…siapa kita untuk membaca hati dan minda orang..apa yang ada di dalam fikiran orang…sesiapa boleh berkata itu dan ini…tetapi yang sebetulnya hanya mereka dan tuhan yang tahu…

tetapi haruskah kita terus tertipu atau terpedaya….apa yang perlu kita lakukan…prejudis atau sensitif??bergantung pada niatkah???betul ke orang selalu kata??bagaimana org islam di malaysia ingin membela islam seandainya mereka sendiri tidak nampak seperti islam????bagaimana org bukan islam ingin memandang islam itu tinggi sekiranya org islam itu sendiri  menjatuhkan islam….

teringat waktu aku naik kereta api…duduk tepi seorang chinese dari kelate…berborak2 la ngn dia…sekali dia cerita..dia cakap first time dia masuk u,orang ingt dia melayu….sebab bdk2 cina kalau jmpa dia..cakap melayu..dia pelikla…so dia bgtau la…”hei,saya cina lah”…okieslah not bad la cite tu…sbb cina kelate mmg muka ala2 melayu…tp yg bestnye..bila si kawan cina tu cakap..”lew,ingt u melayu…skang xleh beza ma melayu ke cina..sbb dulu melayu ramai pakai tudung..skang ramai seksi ma..sama ngn kita je”…so????

dan..ada satu malam tu..aku lepak2 danga bay…pastu datang la beberapa lelaki…dorang mengedarkan buku psl islam…ye diorang bg buku tu free je..tp kalau kita nk bersedekah silakan…okies la…x perlu nk berkira sangat bab2 sedekah nih…tapi tiba2 lalu lah 2-3 orang gadis comel..pastu bila lelaki tu tanya…”assalamualaikum,awk org islam ke?”…gadis2 yg berskirt,rambut perang,baju bb t tu dengan selamba menjawab..of course la kitorang org islam…..lelaki tu pun bagi buku tuh…ermmm..

pastu..psl sape lg..artis???x payah la cite psl artis…da jemu…kat klate iklan2 dia mewajibkan semua model2 perempuan pakai tudung…maka dapat la dilihat fara fauzana,nurul, malah maya karin pun bertudung…kenapa boleh plak dorang shoot iklan pakai tudung???sbb kalau x wat cmtu xleh pasang papan iklan kat kelate????abis kenapa malaysia x wat???wat je terus utk satu malaysia???ada brani???

org malaysia mmg sensitif…sensitif sangat2…xleh nk cuit skit mula nak melatah…pong pang pong pang kuar hujah..xyah cakap bab hadis,kitab sume kuar…..kadang2 yg bercakap pasal ayt al-quran tu profile pic dlm fb pun tayang kepala togel…tapi xpelah..moga2 one day dapat hidayah…semua org nk tunggu hidayah…hidayah utk pakai tudung..utk tutup aurat…selamat menunggu…jgn smpai pergi dahulu….

mcm2 isu ada kan..xtaw isu dibuat2…sengaja???kebetulan???sensitif atau terlalu prejudis….kita kena sensitif???ye kita perlu sensitif….walaupun kadangkala kita terlalu prejudis….kalau kita x sensitif,sape lagi kita nak sensitif???

isu logo coca cola

 

isu fesyen di iff??

 

isu logo croc...

 

isu sejadah ada muka babi

 

malah byk lg isu2 lain….isu2 yg hangat seketika kemudian tenggelam…yg pong pang pong pang itu terus menjalani kehidupan biasa….tmbul isu baru…dtg balik…fuihhh berapi bercakap…tp tindakan???ada??xde…xmampu wat pape…kerana kamu sape???bukan sape2…

isu freemason rasanya bukan isu baru…tapi berapa ramai yg tahu..berapa ramai yg nak amik tahu???bukan nak kata….walaupun blaja tinggi2..smpai masuk universiti…sampai dapat degree dan Phd…tapi masih ramai yg buat tuli..tutup mata jalani hidup hari2…xde kaitan dengan dia katanya benda2 cmni..xmo amik taw….

maruah kita dipijak2…tp kita masih  bersangka baik????rkyat malaysia mmg baik2…bukan semua org bukan islam itu jahat…aku berlambak kawan bukan islam…teacher aku seorang cina..kalau pergi umah dia..dia xpernah ajak kitorang naik…duk kat tmn depan umah dia je…smpailah  satu  hari tu dia cakap..maafla ye..dlm rumah sy ada anjing..tkut nanti awk semua terkena ke…org islam x boleh kan???kalau org cina pun menjaga sensitiviti kita???kenapa kita sendiri xpernah nak sensitif???kenapa nk snsitif kan….sbb arak da jadi minuman..anjing da jadi binatang peliharaan…cium peluk da jadi mainan…disko da jadi tmpat lepak…so???

6 Comments

Filed under islamic

Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.


Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni.  Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…

by Khabbab Jamalludin on Friday, November 12, 2010 at 12:24am

From: muhammad sabiq esfahancity82@yahoo.co.uk

pesanan untuk diriku sendiri…

Leave a comment

Filed under cinta is ♥, islamic

jangan buka aib…


Asalnya umat islam disuruh menutup aib diri sendiri dan dilarang menghebahkannya kpd org ramai. Ini kerana Islam mengajar umatnya untuk menjaga maruah diri. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:

كل أمتي معافاة إلا المجاهرين. وإن من الإجهار أن يعمل العبد بالليل عملا، ثم يصبح قد ستره ربه، فيقول : يا فلان ! قد عملت البارحة كذا وكذا. وقد بات يستره ربه. فيبيت يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه

Maksudnya: “Setiap umatku adalah diberi keampunan oleh Allah s.w.t. melainkan orang-orang yang Mujahirah. Yang dikatakan orang-orang yang mujahirah itu, dia melakukan satu amalan (yang aib) pad amalam harinya, kemudian pada waktu paginya dlm keadaan Allah telah menutup aibannya. sebaliknya dia berkata: “Wahai fulan, aku telah lakukan malam tadi perbuatan itu dan ini.” Sedangkan Alah telah menutup aibnya pada malam hari, sebaliknynnya apabila pagi dia menghebahkan perkara yg allah telah tutupkan untuknya.”

Oleh itu… Umat Islam disuruh berusaha menjaga maruah dengan menutup aibnya sendiri. Jika dia ingin memberi pengajaran, berusahalah untuk memberi contoh secara umum tanpa disebut sesiapa yang melakukannya termasuk dirinya sendiri.

Walah a’lam
Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Leave a comment

Filed under islamic

islamik atau satu penghinaan????


salam n hye all..

ermmm sekarang fesyen muslimah semakin meningkat naik di malaysia…namun tanpa sedar sebenarnya kita ditelanjangi…kerana fesyen muslimah yg terlalu moden…sehingga akhirnya kita tidak lagi menutup aurat tp lebih kepada fesyen..owh itulah wawasan 2020…membawa malaysia terus maju dan membangun dalam segenap segi…

sehingga akhirnya kita tidak sedar kita sedang ditelanjangi…sehelai demi sehelai pakaian dibuka..namun kita masih bergelak ketawa…malah masih lagi melaung lantang …arghhh peduli apa aku..janji aku x wat…lantak lah orang yg wat salah tu..jawab la dia kat akhirat nanti…owh mungkin kita terlupa…atau sememangnya buta  x tahu…

Bencana alam juga berlaku disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali diperteguhkan dengan kemajuan sains dan teknologi.

Ia dijelaskan menerusi maksud firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

apa yang kita kejar arini??apa yang telah kita musnahkan arini??namun andai bala ALLAH itu tiba..bukan hanya si pelaku sahaja yang terkena..tetapi seluruh tempat itu..bermaksud org yg melakukan,yg melihat,yg merelakan,yg xkisah,yang melarang dan yang2 yang lain turut terkena…

ermmm tapi siapakah yg ingin menegur kesilapan ini???kitakah???diakah??merekakah???atau siapa???atau inginkan bala atau balasan dari tuhan berupa bencana yang menegur kita semua supaya kita sedar???nauzubillah hi min zalik…

 

fesyen islamik atau penghinaan???

tanpa sedar maruah dan kedaulatan islam itu sendiri dicabuli….tanpa sedar kita sedang bahagia disini..tanpa perlu mengambil tahu…cerita di luar sana….jangan terlalu amik mudah….ermm

semoga semua di antara kita berubah semakin baik…sama-sama menegur diantara kita….memperbaiki kesilapan lalu…agar suatu masa nanti malaysia akan menjadi sebuah negara islam yg gemilang…

2 Comments

Filed under -match and mix-, islamic

iklan aidilfitri menghina islam-kebetulan atau perancangan??


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik- nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah
pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah
kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu -Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination)- Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung -Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar- Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama- sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE – Ketua AgamaKristian

3.Pelawaan Menaiki Beca- Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar.

(Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki DanBudak PerempuanMelayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak(Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra- Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 – Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.


1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau – Singapore lah.
Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan(Bukit-bukau) – tempattinggal Jin

2.Masjid Kecil -Agama Islam yang lemah

Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri -Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk- tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Perlakuan Biadab

taken from Yusrizan jUsop


kita 1malaysia tapi bukan 1agama….kita bangsa malaysia tetapi agamamu agamamu..agamaku agamaku…aku bukan racist..aku bukan racist..aku bukan terorist..tapi aku adalah orang yang akan bersama disini memperjuangkan agamaku..islam…

wahai umah islam di malaysia sedarlah..bangkitlah..kita sedang ditindas dalam diam..agama kita sedang dipijak2 dalam tidak sedar…jgn biarkan kita terus sesat tnpa disedari….nauzubillah…



2 Comments

Filed under islamic