welcome back 2013


salam n hye to all

sekian lama tidak menulis blog..sebabnya hanya 1…kerana tidak sudi lagi ingin berkongsi cerita,pandangan,pendapat,emosi dengan pembaca…jadi memilih untuk tidak lagi menulis dan update blog rasanya sudah hampir 2 tahun meninggalkan dunia blogging … namun kala semuanya aku luahkan melalui kata-kata dan bukan tulisan. Bagaikan ramai yang tidak mahu mendengar.. Mereka lebih memilih untuk berkata-kata dari mendengar mungkin. Mereka lebih memilih untuk memberikan pendapat dari mendengar pendapat. Mereka tidak meraikan perbezaan pendapat yang ada. Mungkin aku harus menjadi manusia yang bisu.

Mungkin aku perlu mengajar pelajar-pelajar menggunakan bahasa isyarat. Seringkali orang bertanya ” tidak penatkah asyik bercakap?”… aku menjadi seorang guru yang kadang mengajar sehari 5masa…satu masa bersamaan 40 minit.. bermaksud 200minit.. 3jam 20minit…siapa yang mampu bercakap 3jam 20 minit tanpa henti?? jika bukan guru?? yang perlu menerangkan fakta, mengajar, memberi nasihat, malah kadang memarahi anak-anak….jika aku merasakan letih untuk bercakap bagaimana aku ingin mengajar mereka sehari-hari…berbulan-bulan malah bertahun-tahun… Jika aku menjadi manusia yang hanya suka mendengar dari bercakap…

Seringkali hati aku terguris saat ade yang menegur.. Kenapa banyak cakap?? mungkin orang di sekeliling aku sudah BENCI untuk mendengar aku bercakap. Malah mungkin sudah MUAK…atau juga mereka barangkali tidak lagi ingin mendengar suara aku ni berbunyi… hehe…emosi seketika…anak-anak pun sering bertanya.. cikgu? tidak penat kah asyik bercakap je… cikgu penat sayang…sangat penat..apatah lagi mau diulang-ulang kala kamu mengatakan “cikgu, saya tak paham.”…tapi tanggungjawab itu melebihi kepenatan yang ada..

Seringkali juga aku ingin meraikan perbezaan pendapat…kerana kita manusia mempunyai perbezaan pendapat dan mempunyai cara berfikir yang tidak sama….kerana kita berbeza :) ..kerana kita unik…

andai ari ini bumi tuhan basah ditimpa hujan.. hati aku juga basah ditimpa kata-kata. Kenapa begitu sensitif? Kerana yang sangat rapat juga sudah bosan mendengar kata-kata aku… sungguh aku rindukan zaman belajar..zaman kita meluahkan pendapat ..meraikan perbezaan diantara kita…kerana kau dan aku berbeza…sangat merindui….

seringkali kata-kata…”hargai saat ada itu lebih baik daripada merasa menyesal setelah semuanya hilang”…barangkali aku juga perlu mengingatkan diri sendiri….aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan…

biar ruang bisu ni berbicara jika suara itu sendiri tiada nilainya… raikan perbezaan pendapat antara kita…kerana kita adalah berbeza…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

kenapa dengan hati ini?


wahai hati kenapa dengan kamu

kenapa terasa sakit 

sedangkan tidak pernah disakiti

wahai hati tidak kuatkah kamu

untuk menampung sakit itu

jangan biarkan air mata ini

mengalir dan terus mengalir

kerana sesungguhnya aku sangat letih

letih untuk terus menangis

atau sesuatu yang tersakiti

sedangkan hakikatnya

semua tidak pernah

terjadi walau apa-apa pun

wahai hati berhentilah menangis

kerana mata ini tidak mampu 

lagi mengalirkan air mata 

kerana lukanya kamu….

Leave a comment

Filed under -life story-

Anaqi’s craft product


salam all..

arini toru nak promot sikit perniagaan toru iaitu keronsang-keronsang dari kain felt :)..

siapa-siapa yang berminat bleh contact toru 🙂 at toru.anaqi@yahoo.com / 0176211282..

toru bagi harga borong…

brooch rose simple

 

 

brooch rose 2 tone 🙂

brooch riben 🙂

ready cut daisy

kindly contact me jika berminat 🙂

Leave a comment

Filed under -life story-

fellina..inch loss yang terhangat di pasaran.


jom dapatkan  fellina…

 

jom dapatkan fellina..kurangkan inci :D…

Leave a comment

Filed under -life story-

Ismp kecewa


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all…

Sudah lama rasanya aku x menulis sesuatu di dalam blog picisan ini…Terlalu banyak benda yang nak kena settle..tambahan plak keje…kurang waktu nak menulis sesuatu…lebih kepada memberi respons kepada tulisan orang je..pelbagai respons aku dapat dan juga pelbagai respons juga telah aku berikan….ramai yang menyokong malah ade yang mengkritik..tidak kurang juga yang menghentam :)…

ismp tuntut hak posting

Terima kasih….semuanya bermula daripada kenyataan tpm dalam tv3  30 november lalu yang mula mencetuskan aura kemarahan dan  kerisauan dalam setiap pelajar ismp apabila tpm katakan pelajar bukan tajaan tidak dijamin posting…mungkin tpm terlupa bahawasanya…kenyataan beliau sangat2 mengguris perasaan graduan ismp dan juga mengganggu tumpuan mahasiswa ismp…tidak lupa kepada ibu bapa yang turut sama menonton  respons itu…sangat2 mengecewakan kami graduan ismp…

Sejak isu ini timbul..jarang sekali saya melihat graduan ismp meluahkan pandangan dan pendapat melalui blog-blog mereka kerana terlalu banyak mengharapkan “miracle” terjadi…malah ade yang masih lagi berfikiran positif dan bersabar..malah ramai juga yang menghentam mahasiswa upsi yang memberi kenyataan ketika rapat umum diadakan di upsi..pelbagai kritikan dilemparkan…ye mungkin mereka memberi pandangan dari sudut mereka…di keadaan mereka…mereka tidak berada di tempat kita….saat ade graduan2 lain yang bersuara..maaf saya katakan disini…apabila ade di kalangan kpli mula bersuara memberi pendapat tentang ismp…sebenarnya kamu tidak pernah memahami keadaan kami :)….

Disini, aku ingin bercerita malah memberitahu banyak benda kepada semua orang….kekeliruan, malah kecelaruan dan juga percanggahan maklumat semakin banyak berlaku tentang graduan ismp…apatah lagi dihangatkan oleh media2 yang ingin melariskan kertas bercetak mereka…maaf sudah sekian lama aku tdk pernah memberi sebarang media cetak :)..

Awal oktober, ade wakil kami yang mengaturkan pertemuan dengan ppim..bukan untuk mendesak penempatan tapi untuk mendapatkan kepastian kenapa kelewatan penempatan berlaku….Namun jawapannya terlalu kabur…menunggu dan bersabar…itu bukan jawapan yang kami mahu….

Wakil kami ke tv3 tapi sayang tv3 hanyalah boneka arahan org atasan :)….xleh siarkan berita kerana tiada kelulusan…x apa lah :)…kami sedar kami hanya ismp…

Kemudian dunia penantian dan kesabaran kami digoncang dengan kenyataan tpm…kemudian tindak balas kami dihentam oleh pelbagai pihak…bagaikan tiada 1 pihak pun yang ingin memahami kami ataupun menyokong perjuangan kami…Hanya kami yang bersama-sama berjuang sendirian…Dimana pihak terlibat..Kenapa kami tidak dibela tapi dicerca????apakah satu dosa kami mempunyai ismp???

Saat gstt perjuangkan isu mereka..mereka disokong pelbagai pihak..tapi saat kami perjuangkan isu kami…semua orang menghentam kami dari pelbagai sudut….Kalau xingin bersama kami…Jangan halang kami..Disaat kami sudah mula reda dengan keadaan…muncul pula Wee Ka Siong menyuruh kami bersabar…Akan diuruskan…tapi bila???masih lagi dengan harapan palsu…Kami sudah penat berharap pada benda x pasti :)…

sabarlah bakal guru

Semalam, saat ku buka mata mengharapkan sinar baru…aduhhhh jantung rasa bagai berhenti berdegup membaca berita di BH yg ditag oleh kawan di fb….kenyataan apa pula ni DR Puad…..Harapan apa lagi ni????Putar belit apa yang sedang dibicarakan ini???

bila menteri berkata2

‎”Untuk IPG, sebelum masuk mereka akan disaring dan kita (Kementerian Pelajaran) akan panggil untuk ditemuduga. Yang ditemuduga itu pun belum tentu semua dapat, sebaliknya yang terpilih sahaja akan masuk IPG.

“Tetapi yang masuk universiti ini, dia mohon masuk bidang pendidikan, kemudian bila nak mohon jadi guru baru ditemuduga oleh SPP,” katanya.

aishhh xkan jadi timbalan menteri pelajaran pun xtaw yang graduan ismp ni menjalani ujian medsi dan ditemuduga sebelum masuk ke universiti….kesian dato’…benda sesimple ini pun dato’ xtaw ke……kemudian…bagi graduan yg mendapat tawaran biasiswa kpm perlu menjalani sekali lagi ujian insak dan intrview….da 2 kali ujian dan interview…kemudian dato’ nk cakap kami xsama cam ipg ke????dato’ pun x sedar agaknya sedang cakap apa….

3894 org graduan sudah di interview….apabila kami tanya di antara kami, tiada seorang pun sudah diinterview…itu adalah untuk DPLI….bukannya kami…apa dato’ xreti beza ke DPLI ngn ISMP….ermmmm kecewa kami baca paper ni…mengharapkan ada sinar baru tapi sayang….harapan palsu yang disajikan kepada kami….

Berduyun-duyun ucapan tahniah diterima akan ditempatkan januari 2012….abis kami interview 31 december n then posting 1 jan ke???logik la sikit…..borang pun xde…intrview x nampak rupa..tiba2 posting…wah hebat graduan ismp ni…..

untunglah kan jadi menteri…cakap something cam wat keje..pastu diam…tpm lagilah bzz pru13 agaknya sampai da terlupa dia wat kuar kenyataan tv3 aritu….tpm taw x kami ni da bleh mengundi taw pru13 nanti…hehehhehee…(tersirat)!!!!!!

Kami bukan tidak sabar menanti…Kami bukan sudah lelah menunggu…Kami cuma inginkan hak kami…Jangan beri kami harapan palsu….Jangan gantung kami x bertali….Jangan aniaya kami begini….Kami juga rakyat malaysia yang inginkan secebis kasihan dari menteri2….

Kepada pengkritik2 tegar di luar sana…Fahamkah kalian dengan keadaan kami hari ini???atau kalian merasakan kami semua sedang melakukan kesalahan mendesak kpm memberi kami kerja???Kami bukan tidak pandai berdikari…Bukan juga tidak mahu susahkan diri..cuma mahukan HAK kami….

Andai kalian tidak ingin bersama dalam perjuangan kami…Jangan halang kami…Jangan jatuhkan semangat kami!!!!!!..

Benar kata pepatah:::: berat mata memandang..berat lagi bahu memikul….

8 Comments

Filed under -life story-

diari konvo


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

26/09/2011 aritu merupakan tarikh keramat yang xberapa nak keramat buat me…kerana ari itu aku menerima ijazah pertama aku di universiti yang aku belajar…hehehe..best kan…ye memang best..bukan sebab dapat naik pentas pakai baju lawa2…bukan sebab dapat amik gmbr ngn tan sri…dan juga bukan sebab dapat pakai jubah mahal nak mampus tu…anyway best sebab aku tgk mama n abah senyum sepanjang hari..anyway x lenguh ke pipi tu mama…ahaksss…

Ye senyuman itu semestinya kegembiraan atas penat lelah membesarkan aku…opss mmg besar pun…memberikan sejuta perhatian, kasih syg yg x berbelah bagi…sokongan dan juga semangat yang x mampu aku bayar walau dikumpul seluruh isi dunia…thanks a lot mama…thanks a lot abah….jasa korang akan ku kenang sampai mati..nak balas x mampu..huhu

Perjalanan konvo yang sangat penat sebenarnya…from Kb to Jb..xde lah jauh…tapi sememangnya sangattttt jauh la…huhu..tambahan plak lalu kl-melaka….kerana abah nk gi Melaka kan…time ni la nk pusing Malaysia erk abah..hahaha…Aku pun rasa pelik apabila aku bimbangkan mama n abah…bukan mama n abah bimbangkan aku..haha…actually aku nk g sndiri jb n then mama n abah menyusul…tapi rasa cam bimbang abah nk drive sorang2….so aku menggunakan khidmat aku utk drive the whole way..pergi n balik…alhamdulillah walaupun aku x pernah bawa kereta sejauh itu…nasib baik x sesat nak pergi Melaka tu…terima kasih JKR kerana menyediakan sign board yang sangat membantu aku sepanjang perjalanan…nak beli GPS x mampu..haha

Di pagi konvo tu, aduyaiii kul 5 da bangun mama n abah ni..semangat gilerr….aku plak yang malas nk bangun…al-maklumlah kul 6.30 da start daftar kan…tambahan plak hujan rahmat membasahi bumi johor pagi itu…setelah berejam duk dlm dewan tu..maka terdengarlah lagu congratulation…congratulation…

Owh..hehe…seringkali aku terfikirkan ini sebagai lucu…atau sebenarnya ia kisah sedih..aku x taw…anyway seumur hidup aku xpernah dapat bunga dari mana2 manusia…so aku berharap sangat untuk majlis ini aku dapat bunga…memandangkan aku anak pertama so 4sure la xde abang2 atau kakak2 yg nak bagi aku bunga..harapan penuh pada abah n mama…tapi abah n mama siap tanya lagi..nak buat apa orang beli bunga2 tu…aku jawab la nak amik gambar..nampak cam xde harapan je ni…ahakss…after kuar dewan…suyah datang n she give me rose..ahakss..thanks k..orang pertama yang bagi aku bunga dalam hidup…alahai kesian sungguh aku ni…abah macam wat2 xtaw je ni..nk minta xsmpai ati plak..tgh sibuk2 amik gmbar..bzz giler ni mengalahkan artis…sibuk ngn family..sibuk ngn kawan2…nk amik gmbr…fuihh kamera xyah cakap..penuh ngn gmbar aku je…tiba2….tiba2…aku tgk abah datang bawa bunga…n then give me…wahh terharu nye…abah cam tahu2 je along bukan peminat bunga ros..so u choose the right…bunga kekwa yg kuning dan cantik itu…thanks abah..u r the first man who give me flower…special..sampai mati pun along akan ingat…bila org tanya siapa lelaki pertama bagi sy bunga…dengan bangga n bahagia I will answer that my beloved father…

fakulti pendidikan...

 

my family

Thanks to you abah n mama 4 everything…utk cikgu2 dr tadika sampai ke sem terakhir di universiti..untuk kawan2 dr kecik sampai skang..yang pastinya untuk yang maha essa..terima kasih ya ALLAH…

1 Comment

Filed under -life story-

menipu untuk hidup


salam n hye all..

semalam aku menghabiskan waktu-waktu malam yg ada dengan menonton kembali cite korea my girl..kerana aku bagiku ceritaku sangat membuat aku sedih…sedih apabila kita perlu menipu untuk hidup…kerana kita berbeza..ada orang yang mampu menceritakan dan meluahkan segalanya kepada orang lain..Namun ada orang yg lebih bahagia menyimpan segalanya di dalam hati…menyimpan duka, kecewa dan segalanya hanya di dalam hati….ada orang pandai merealisasikan perasaannya dengan memek muka..sedih, bahagia dan sebagainya…ada orang masih mampu tersenyum saat hati hancur…

berpura-pura itu senang je…

andai sakit katakan tidak sakit..
andai suka katakan tidak suka..
andai kecewa katakan tidak kecewa…

sentiasa positif kerana idup ini terlalu bermakna dan terlalu singkat untuk berduka..derita itu hanya tuhan saja yang tahu :)….tidak perlu dicerita dan diluahkan…niat hati ingin berkongsi namun orang berkata ingin memancing simpati…hanya tuhan yg tahu..

hari ini aku berharap lagi…berharap bahawa ada keajaiban berlaku..namun realitinya ia sememangnya begitu…argghhhhh aku hanya manusia biasa yang mampu menerima kesakitan ini sebagai satu takdir dengan akal namun jauh disudut hati aku terasa sangat perit :)…lantas kesyukuran harus dipanjatkan agar kelukaan itu berlalu pergi….andai aku terluka secebis ini..masih ramai di luar sana yang menderita lebih hebat dari ini….

belajar untuk berkata cukup dan bersyukur…alhamdulillah….dont feel hurt toru…u must strong :)…

1 Comment

Filed under -life story-

june 2011


salam n hye all..

sudah menjengah setengah tahun…apa yang berlaku dan bakal berlaku…suka dan duka 2011….semuanya sudah berlalu…aku????aku sudah pun tamat pengajian setelah berhempas pulas selama 4tahun….mencari secebis ilmu dalam meneruskan sebuah kehidupan…

so now aku bergelar pekerja..ye aku harus bekerja dengan penuh semangat dan berdedikasi…kerana di masa depan lebih banyak cabaran dan halangan yang akan aku lalui…mungkin lebih hebat dari semua ini….:)..mungkin akan membawa bahagia atau membawa duka..hanya tuhan yang taw….ermmmm..

setengah tahun sudah berlalu…aku pula semakin jarang meng”update” blog kerana bajet bzz mengalahkan menteri la..hahahaha….sebenarnya aku kekeringan idea untuk bercerita kerana aku kini semakin berusaha utk mengubah diri sendiri…kawkakwkawa…cerita simpan saja utk diri sendiri…tapi sesuatu perlu juga dikongsi di dalam blog picisan ini…huhu…aku terlalu rindu untuk menulis seperti dahulu…update blog dan bercerita tentang kampus, exam, jalan-jalan dan bercuti n so on…tapi semuanya da berlalu…idup di kampung lebih tenang n relax…ibarat tiada masalah..bahaagia sepanjang masa….

anyway nanti aku akan sambung kembali cerita tentang dunia pekerjaan…kui3x….x sabar utk bekerja…

2 Comments

Filed under -life story-

Senyum sang ibu


Saat menyambutmu kedunia
Si ibu tersenyum
Hilang sakit
Hilang lenguh
Yang mampu terlukis
Hanya sebuah senyuman

Saat kau mula bertatih
Si ibu tersenyum
Menghulurkan tangan
Membantumu memulakan
Langkah pertama

Saat kau mula berkata-kata
Si ibu tersenyum
Mendengar kamu memanggil
Ibu,umi,mama,mak,ma,mummy
Walau kamu tidak mengerti
Apa sebenarnya gelaran itu

Saat kau melangkah kesekolah
Si ibu tersenyum
Melihat kau bersama teman-teman
Tidak lagi mengendahkannya
Si ibu tersenyum
Melihat kamu membaca mengira

Saat kau menghadapi peperiksaan
Si ibu tersenyum
Melihat markah ujian
Walaupun kamu mendapat
Markah terendah…
Tapi si ibu tersenyum
Memberikan mu semangat

Saat kau melangkah
Kali pertama ke universiti
Si ibu tersenyum
Bangga melihat anaknya
Kemenara gading

Saat kau mula mengenali
Erti percintaan
Si ibu tersenyum
Mengajar erti kedewasaan
Mengajar erti suka duka

Saat kau sudah mula bekerja
Si ibu tersenyum
Melihat anaknya berjaya
Hasil penat lelah
Dia mendidik dan berusaha

Saat kau sudah mula melupakan ibu
Si ibu tersenyum
Kerana segala kasih sayang
Sudah dicurahkan
Segala ilmu dan amalan
Sudah diterapkan
Namun anak tersayang
Begitu mudah membuang
Bagai tidak pernah ada belas kasihan
Buat insan
Yang pernah memberikan
Sepenuh kehidupannya untuk kehidupan kamu
Bukan diharap penghargaan
Cuma…
Biarlah si ibu tersenyum dalam kegembiraan
Bukan senyuman menyimpan sebuah kedukaan..

Jangan terlewat untuk mengucapkan
Aku sayang ibu
Jangan terlambat untuk memberikan
Ciuman terima kasih buat ibu
Jangan pernah terlupa
Untuk membalas jasa ibu

Sebelum ibu pergi..
sebelum kau menyesali..
hargailah seorang ibu 

mode::: miss my mum so much…

4 Comments

Filed under -coretan hati-

What you give you will get it back


Hoho… so familiar with this phrase.. so that’s mean.. if u give a bucket of flowers to others and then you will get the flowers too…OR if you give love so you will get love too??? It’s right?? Ermmm let we think first .what you give you will get it back BUT it don’t state that you will get it back on that time you give?? Can u understand what I want to say???

Ok.. take a look at this situation…like a couple…if the girl give full of love but finally she got hurt….why??? it’s wrong.. she could get full of love too.. like she give a lot before…but why she got hurt??? It’s call destiny J ….actually what you give you can get it back but maybe not from the person that you give OR maybe you can get it back but not the same time you give??? Maybe today you give full of love to your lover…but you get hurt….actually have someone outside there that waiting for u…to give u full of love…or in the other word…to give u back what u had gave before….

So that, if u give someone anything…don’t ever hope that you will get it back from her/him or get it back at the same time …. You just can give with sincere… and one day ALLAH S.W.T. will give you back in any way that ALLAH S.W.T. want in term of the same thing or the other thing or by the “saham akhirat”..

BUT the important thing the phrase wants to highlight is care with ur attitude and word… maybe today you hurt someone with ur word, with ur action and next time u will get it back….

IF you was hurt, if u are fail, if u r down, if u r love, if u r success… take a look.. it’s u get it back from what u give OR u get it and u must give it back J…..life is so beautiful…like an art….full of colorful, happiness, sadness, and so on…. The most important is understanding…..

IF YOU DON’T WANT OTHERS HURT U..DON’T HURT OTHERS…

IF YOU WANT OTHERS LOVE U…U MUST LOVE OTHERS…

IF YOU GIVE BUT DON’T GET IT BACK..IT’S DESTINY..

IF YOU DON’T GIVE BUT YOU GET IT….IT’S DESTINY..

 

2 Comments

Filed under -life story-