june 2011


salam n hye all..

sudah menjengah setengah tahun…apa yang berlaku dan bakal berlaku…suka dan duka 2011….semuanya sudah berlalu…aku????aku sudah pun tamat pengajian setelah berhempas pulas selama 4tahun….mencari secebis ilmu dalam meneruskan sebuah kehidupan…

so now aku bergelar pekerja..ye aku harus bekerja dengan penuh semangat dan berdedikasi…kerana di masa depan lebih banyak cabaran dan halangan yang akan aku lalui…mungkin lebih hebat dari semua ini….:)..mungkin akan membawa bahagia atau membawa duka..hanya tuhan yang taw….ermmmm..

setengah tahun sudah berlalu…aku pula semakin jarang meng”update” blog kerana bajet bzz mengalahkan menteri la..hahahaha….sebenarnya aku kekeringan idea untuk bercerita kerana aku kini semakin berusaha utk mengubah diri sendiri…kawkakwkawa…cerita simpan saja utk diri sendiri…tapi sesuatu perlu juga dikongsi di dalam blog picisan ini…huhu…aku terlalu rindu untuk menulis seperti dahulu…update blog dan bercerita tentang kampus, exam, jalan-jalan dan bercuti n so on…tapi semuanya da berlalu…idup di kampung lebih tenang n relax…ibarat tiada masalah..bahaagia sepanjang masa….

anyway nanti aku akan sambung kembali cerita tentang dunia pekerjaan…kui3x….x sabar utk bekerja…

2 Comments

Filed under -life story-

Senyum sang ibu


Saat menyambutmu kedunia
Si ibu tersenyum
Hilang sakit
Hilang lenguh
Yang mampu terlukis
Hanya sebuah senyuman

Saat kau mula bertatih
Si ibu tersenyum
Menghulurkan tangan
Membantumu memulakan
Langkah pertama

Saat kau mula berkata-kata
Si ibu tersenyum
Mendengar kamu memanggil
Ibu,umi,mama,mak,ma,mummy
Walau kamu tidak mengerti
Apa sebenarnya gelaran itu

Saat kau melangkah kesekolah
Si ibu tersenyum
Melihat kau bersama teman-teman
Tidak lagi mengendahkannya
Si ibu tersenyum
Melihat kamu membaca mengira

Saat kau menghadapi peperiksaan
Si ibu tersenyum
Melihat markah ujian
Walaupun kamu mendapat
Markah terendah…
Tapi si ibu tersenyum
Memberikan mu semangat

Saat kau melangkah
Kali pertama ke universiti
Si ibu tersenyum
Bangga melihat anaknya
Kemenara gading

Saat kau mula mengenali
Erti percintaan
Si ibu tersenyum
Mengajar erti kedewasaan
Mengajar erti suka duka

Saat kau sudah mula bekerja
Si ibu tersenyum
Melihat anaknya berjaya
Hasil penat lelah
Dia mendidik dan berusaha

Saat kau sudah mula melupakan ibu
Si ibu tersenyum
Kerana segala kasih sayang
Sudah dicurahkan
Segala ilmu dan amalan
Sudah diterapkan
Namun anak tersayang
Begitu mudah membuang
Bagai tidak pernah ada belas kasihan
Buat insan
Yang pernah memberikan
Sepenuh kehidupannya untuk kehidupan kamu
Bukan diharap penghargaan
Cuma…
Biarlah si ibu tersenyum dalam kegembiraan
Bukan senyuman menyimpan sebuah kedukaan..

Jangan terlewat untuk mengucapkan
Aku sayang ibu
Jangan terlambat untuk memberikan
Ciuman terima kasih buat ibu
Jangan pernah terlupa
Untuk membalas jasa ibu

Sebelum ibu pergi..
sebelum kau menyesali..
hargailah seorang ibu 

mode::: miss my mum so much…

4 Comments

Filed under -coretan hati-

What you give you will get it back


Hoho… so familiar with this phrase.. so that’s mean.. if u give a bucket of flowers to others and then you will get the flowers too…OR if you give love so you will get love too??? It’s right?? Ermmm let we think first .what you give you will get it back BUT it don’t state that you will get it back on that time you give?? Can u understand what I want to say???

Ok.. take a look at this situation…like a couple…if the girl give full of love but finally she got hurt….why??? it’s wrong.. she could get full of love too.. like she give a lot before…but why she got hurt??? It’s call destiny J ….actually what you give you can get it back but maybe not from the person that you give OR maybe you can get it back but not the same time you give??? Maybe today you give full of love to your lover…but you get hurt….actually have someone outside there that waiting for u…to give u full of love…or in the other word…to give u back what u had gave before….

So that, if u give someone anything…don’t ever hope that you will get it back from her/him or get it back at the same time …. You just can give with sincere… and one day ALLAH S.W.T. will give you back in any way that ALLAH S.W.T. want in term of the same thing or the other thing or by the “saham akhirat”..

BUT the important thing the phrase wants to highlight is care with ur attitude and word… maybe today you hurt someone with ur word, with ur action and next time u will get it back….

IF you was hurt, if u are fail, if u r down, if u r love, if u r success… take a look.. it’s u get it back from what u give OR u get it and u must give it back J…..life is so beautiful…like an art….full of colorful, happiness, sadness, and so on…. The most important is understanding…..

IF YOU DON’T WANT OTHERS HURT U..DON’T HURT OTHERS…

IF YOU WANT OTHERS LOVE U…U MUST LOVE OTHERS…

IF YOU GIVE BUT DON’T GET IT BACK..IT’S DESTINY..

IF YOU DON’T GIVE BUT YOU GET IT….IT’S DESTINY..

 

2 Comments

Filed under -life story-

tips viva


(ni copy paste je dr komen kat page DR J)

Jamal Harun Hee hee…bagi sesiapa yg nak buat powerpoint tu..ni pandangan saya ttg apa yg perlu ada (tapi bincang dgn penyelia masing2 juga nanti sebab pandangan mereka mungkin berbeza):

Masa 20 minit, fokuskan apa yang utama jer…

bab 1… See More
Latarbelakang masalah
Pernyataan masalah
objektif/persoalan kajian
Rasional kajian

bab 2
tak payah present pun tak apa
tapi kalau nak present juga..tamak..suka hatilah.
bukannya berdosa pun…tapi mmg berpotensi utk menambahkan pressure pada jiwa examiner jer.. kalau ada yg penting; combine sikit dlm l/b masalah

bab 3
kalau buat kajian penyelidikan, yg penting ialah:

rekabentuk kajian
instrumen dan kajian rintis (kebolehpercayaan & kesahan)
sampel & populasi (kajian rintis & sebenar, why) – kaedah pensampelan
teknik analisis data

kalau kajian pembangunan yg penting ialah:

model pembangunan (not the theory but how you apply it)
rekabentuk P&P- khususnya strategi yg digunakan dalam menyampaikan bahan
kalau rekabentuk sistem pula – how and why u design the system

bab 4 dan 5
kalau kajian penyelidikan:
table mengandungi data…presentkan ikut soalan kajian
boleh terus present data..dan discussionnya terus

atau abis present data baru present discussionnya…

kalau kajian pembangunan:
Presentkan terus projek yg telah dihasilkan dan discussion yg berkaitan
pastikan menampakkan apa yg dibangunkan dengan apa yg telah dirancangkan di bab 1 dan 3

lastnya…sedikit rumusan/kesimpulan dan cadangan kajian selanjutnya.

Jamal Harun Slide jgn copy paste dari thesis makcik dan pakcik sekalian..ambil keypoint sahaja.Dan masa present jgn baca jer dari slide tu….confirm examiners baling dengan jelingan berapi puncak alam. Tips…for 20 minutes presentations..slide maksimum – 30 slides…itu pun dah banyak. Kalau dapat less than that…better…terbetters..

Leave a comment

Filed under -life story-

Tanah usang kebun cinta


Tanah itu bagai semakin kontang..

Tiada lagi gelak tawa

Riang anak-anak berlarian

Tiada lagi girang gembira

Berkejaran mengisi petang

 

Angin sepoi2 bahasa…

Menyapa rambut..

Melalui birai mata..

Lalu menitik mutiara cinta..

Sunyi dan sepi..

Bagai menghiasi

Hati tua yang kian mati..

 

Tanah usang

Di kebun cinta ini

Terpahat sejuta memori

Bersama anak-anak kecil..

Yang tidak lagi mengerti

Malah tidak kenal erti dunia realiti

Hanya tahu berbicara

Tentang impian dan mimpi

 

Tanah usang

Dikebun cinta ini

Masih kukuh terpatri

Ingatan-ingatan lalu…

Saat dunia milik kita

 

Namun..

 

Di tanah usang..

Di kebun cinta ini..

Terdengar sayup…

Alunan lagu rindu..

Memori syahdu…

Lirih hati berbicara..

Tentang segunung cinta..

Buat anugerah dr yang ESA..

 

Hari demi waktu…

Detik terus berlalu..

Tinggallah terus si tua di tanah usang kebun cinta

 

Leave a comment

Filed under -life story-

Sebutir biji benih


Dedikasi khas buat sahabatku ruhi nazif..lama sangat doh simpan cerita nih…hehe..dari tahun lepas bawa ke tahun nih..hampeh tul la…masa mencemburui aku…

Dulu aku pernah bercerita tentang big ( bina insan guru )…sebuah kem yang aku ikuti… lalu seperti biasa kem-kem seperti itu..akan ada sesi motivasi nya…mengingatkan yang lupa…menyedarkan yang alpa..memberi cerita baru…berkongsi…

Lalu diminta setiap orang itu membuat perumpaan siapakah kamu…ada yang mengatakan dirinya ibarat duit..sangat bernilai dan diperlukan…sangat berharga…malah ada yang mengatakan dirinya labah-labah…atau rama-rama..atau bunga….dan pelbagai lagi….semuanya ada cerita tersendiri….

Aku???ye aku hanya ingin menjadi seperti sebutir biji benih….yang saat kecilnya dijaga dibelai…disiram dan diberi baja…dijaga penuh perhatian….

Saat membesar dilalui dengan penuh pemerhatian dan penjagaan…disusuli dengan keikhlasan dan juga kesungguhan….lalu apabila sudah besar…boleh dijadikan tempat berteduh….

Lalu membesar lah aku menjadi sebuah pokok..yang subur…malah terus dijaga dan dijaga…

Apabila tiba matangnya…dapat membuahkan hasil……

Jih…kenapa aku ingin menjadi seperti sebutir biji benih????kerana aku tidak ingin menjadi manusia lupa diri….yang dijaga dibelai…saat kecilku….diberi perhatian…sepenuhnya…namun bila dewasa menjengah..aku ingin menjadi pelindung..menjadi peneman kepada sang ibu dan abah….

Jih…jadilah ibarat sebutir biji benih… J…yang menerima dan akhirnya memberi

3 Comments

Filed under -life story-

Cerita tentang KAWAN


Kawan..

Penghibur duka dan pencetus hiba..

Membuahkan senyum..

Kadang mengalirkan air mata..

 

Kawan..

Datang seketika..pergi entah kemana…

Sentiasa disisi..namun seakan tidak bererti…

Mencari sesuatu…

Untuk diisi agar ruang perhubungan ini..

Tidak sepi dimamah daki2 sakit hati..

Atau terus suram…

Dihakis dengki dan iri hati…

Malah terus tenggelam..

Dibawa arus pentingkan diri….

 

Kawan…

Kadang membuat aku terus terfikir..

Kelaskan kawan-kawan…

Mengikut acuan dan jalan tersendiri..

Ada kawan ketawa..

Ada kawan berduka..

Ada kawan membawa ke akhirat..

Disana syurga menghiasi…

Ada kawan membawa ke akhirat..

Menjadi penghuni neraka jahanam..

Ada kawan datang ketika senang..

Ada kawan datang ketika susah..

Ada kawan seperti tiada kawan..

Ada kawan ibarat tidak pernah jadi kawan..

Ada kawan yang bagai tidak pernah dikenali…

Ada kawan yang umpama adik dan kakak..

 

Kawan..

Ceritamu..

Ceritaku..

Haluan berbeza..

Menuju destinasi sama..

Mungkin hadirmu membawa hiba..

Mungkin hadirmu memberi bahagia..

Mungkin hadirmu mencarit luka..

Mungkin hadirmu melukis senyum tawa..

Namun setiap kamu sangat istimewa..

 

2 Comments

Filed under -life story-