Tag Archives: cinta

Cinta yang Keciciran


http://www.iLuvislam.com
oleh : Hafez Iftiqar*

Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran… Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta…DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang…Ketika meranduk sungai cinta yang palsu….

Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.

‘Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)


Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada…mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia…kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.

Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, ‘cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.’ Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur…

Marahkah dikau sahabat, andaiku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang… esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu…kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta….

* Hafez Iftiqar merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini menuntut di Monash University, Australia dalam bidang perubatan.

Leave a comment

Filed under cinta is ♥

Cinta Syawal


http://www.iluvislam.com
oleh: luckystar

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan  keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting  yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.

Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.

Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.

Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.



Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!

Leave a comment

Filed under cinta is ♥

cerita cinta aku


cinta???ada apa dengan cinta??hebatnye kuasa cinta…taj mahal terbina kerana cinta…cinta majnun pada laila..cinta romeo pada juliet…cinta pada illahi..cinta pade ibu bapa..cinta pd shbt2…cinta pd saudara…hebat betul kuasa cinta sampaikan ade yg lari kemana sj bersama yg dicinta…uhuhuhuhu…besarkah pengorbanan yg harus dilakukan hanye krn cinta???

aku cintakan kamu..sungguh..kdg2 aku keliru prasaan apakah ini..sayang,cinta @rindu???kdg2 aku terlupa adanya kamu dlm hidupku..tp betul aku cintakan kamu…aku punya ramai kawan..tp mrk hanya kawan..sukarkah utk kamo fahami erti kawan itu dlm hidupku…mrk hanya kawan…kawan yg sama2 berjuang utk meneruskan kehidupan..kawan tmpat berkongsi cerita dan pengalaman..aku bukan hanye milikmu…aku milik kwan2ku..aku milik ibubapaku..milik illahi…

aku hanya ingin berkawan,bercerita,berkongsi kerana walaupun aku ada kamu…aku juga inginkan teman..salahkah aku berkawan???aku tdk mendambakan apa yang lebih dr mereka..aku hanya ingin berkawan…kawan suka kawan duka…sukarkah utk kamu fahaminye??

kerana kita berbeza???bagimu kamu sggup berubah krn aku yg kau cinta….lalu kau juga berharap aku akn melakukan benda yg sama…tp aku bukan begitu..aku berharap kamu akan menerima aku seadanya aku..sbagaimana aku menerima kamu seadanya kamu tnpa ade skit pun prasaan ingn merubah kamu mnjadi lelaki impianku….krn kamu adalah kamu…aku x penah ingin merubah kamu mnjadi insan lain..merubah kamu mnjadi yg lain..kelebihanmu dan kekuranganmu itulah kamu….

fahamilah aku..aku hanya ingin berkawan…kerana aku suka berkawan…maafkan aku andai hubungan sbg kawan aku dgn mrk2 menyebabkan kamu sakit…sakit diperlakukan begitu…sakit krn aku tdk spt yg kamu harapkan itu…

maafkan aku..cuma satu aku ingin ucapkan disini..aku hanya ingin kamu…

1 Comment

Filed under cinta is ♥

cinta


Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun;
Cuma cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.

Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu.
Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan
seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-
tiba cinta itu memilih untuk pergi, tiada siapa yang
harus dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu
pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud
yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya
apabila masa silih berganti.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu…….

Leave a comment

Filed under cinta is ♥