Category Archives: kesihatan

minggu lalu dan aku…


salam n hye all..

minggu lepas rasanya aku agak sibuk dengan tugasan yang memerlukan penglibatan yang optimum dari kami…sebagai seorang bakal guru kami perlu mengambil subjek sosiologi pendidikan. Dimana kami perlu menjalankan pembelajaran sosial dimana membuat satu program yang dapat membantu masyarakat dengan perkhidmatan sosial dan mendapatkan keuntungan kepada kami dari segi kewangan dan juga perkhidmatan..

so mnggu lepas kitorang wat program derma darah…kamilah pengarah program…kamilah bendahari..kamilah setiausaha..haha…bermula dari menampal poster..mengedar flyers dan semuanya…

poster kami dlm english sbb utk international students skali..

ajk perlaksana

thanks to petugas kpj..

peserta terawal..

 

check darah..sy jenis AB+

check blood pressure

menderma...

thanks kepada penderma..

international students

gift for donater...

penderma terlewat...haha

 

thanks kepada semua yang terlibat….dari ajk,petugas,penderma dan semua-semua yang terlibat…yang sudi menjayakan program social service learning kitorang….time to finish the report..

7 Comments

Filed under -cerita kampus skudai-, -match and mix-, kesihatan

gula punca penyakit…


sambil berjalan-jalan menjelajah dunia blog..aku terjumpa satu fakta ttg gula..katanya dengan membaca buku ttg gula..wah x sangka betul gula nih sgt hebat ye…sehingga boleh membunuh dalam diam..sehingga boleh menyebabkan yg sihat semakin sakit…bagus gula nih..so jom minum gula ramai2……minum air manis2…air coke,pepsi,air buah,teh tarik,bagi orang kelantan plak lg best kan…lg hebat makanan manis2….malas la nak sebut nanti penat sebab terlampau byk makanan/kuih muih yg sgt2 manis di bumi klate nih…tau nak makan sedap je..air kurang manis skit da bising…ish kedekut gula ke wat air kurang manis nih..okies bg mereka yg suka manis2 tu meh sini baca jap..

gula pembunuh

kesan-kesan pengambilan gula berlebihan:::::

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos

kek buah-buahan

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

tercabut biji mata nak baca 78 kesan/effect pengambilan gula berlebihan..itupun masih lg masa gula kena sorok aritu..siap2 mogok2 masuk paper…masuk tv erk…aku x heran pun gula ade ke x de ker….xmemberi kesan kepadaku…hoho…

bagi penggemar2 minuman manis..jom usyar brape banyak gula yg diletakkan dlm minuman/makanan korang?

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh (teh tarik sedapnyer,teh ais apatah lagi)…

susu pekat manis f&n

hoho..nasi lemak+teh tarik pagi2 mmg syok untuk dimakan kan…tgh hari plak air sirap+nasi dengan gulai masak lemak cili api(santan)…malam plak nasi+ikan goreng+air kopi…hebat betul makanan…mmg sangat sedap…namun memberi kesan hebat yg sgt2 hebat kepada kesihatan yer….

aku nih gemuk…selalu kena kata kat org..tp korang percaya x kalau aku nih kena penyakit darah rendah???sbb x ckup gula dlm darah???ermm…dulu aku  x pernah makan kek..tp sejak 2 mnjak nih aku bleh mkn kek tp tanpa krim/icing..aku x pernah minum air bergas seumo hidup aku…aku mnum milo ais,teh o ais…tp kalau makan di kedai..kalau kat umah/bilik aku x pernah buat air manis…aku hanya minum air kosong saja…

mari kita kurangkan gula dlm kehidupan..kenapa pesakit yg kena kencing manis x leh makan nasi???nasi kan karbohidrat…bukan gula…pelik la…sedarkah korang karbohidrat dalam nasi  itu apabila diuraikan oleh enzim dalam badan akan menghasilkan gula…mari kita kurangkan memakan manis2,punca gula dan sebagainya..

3 Comments

Filed under kesihatan

kisah suka duka seorang gadis bersaiz xxl


ini kisah benar ttg cik xxl…tapi tidak melibatkan yang hidup atau yang mati yer..kalau ada sedikit sebanyak persamaan maafkan toru…xde nak mengaitkan sape-sape…..

ermm penatnya malam nih rasa longgar segala sendi-sendi tulang temulang aku nih setelah 10jam menjadi pekerja di kantin…hoho…arini aku nak citer pasal cik xxl..cik xxl nih orangnye gemuk tapi comel.dia pun hidup macam orang lain jugak.cuma bezanya die bersaiz xxl..pergerakan pun sukar,nak bergaya cam orang lain pun susah.nak wat aktiviti-aktiviti lasak pun x boleh.nak aktif-aktif kan cepat penat.semuanya menjadi sukar kerana dia bersaiz xxl.

ada suatu hari tu,cik xxl menaiki bas nak ke ibukota.dalam perjalanan dia duduk di tepi sorang pmpuan yang kecik molek.cik xxl berborak-borak ngn dia dan that girl akak da kawen ke?dia cakap lum…dan that girl cakap erm da tua pun x kawen lg…cik xxl pun kate:::eh sy baru omo 23…la 23 ke ingatkan da 30lebih..nampak muka cam da berumur…kalau korang pernah terjatuh gelas kaca ke lantai n then pecah..camtu la perasaan cik xxl…hancur berderai hatinya..dan dia tanya that girl,awak omo berapa…that girl cakap omo 28…erm jauh bezanya cik xxl yang berumo 23 nampak sangat tua kerana dia bersaiz xxl..sedangkan that girl yang kecik molek tu berumo 28thun tp nampak cam budak baru lepas spm hanya kerana dia bersaiz s….tapi cik xxl masih dengan gaya hidup dia camtu…makan x pantang,x diet,x pernah nak mengurangkan berat badannya..die enjoy dengan life die..mgkin benda tu x cukup untuk membuatkan cik xxl nekad…

 

cik xxl

di hari yang lain…cik xxl berjalan-jalan window shopping di mall bersama kawan-kawan bersaiz s dan m…hanya cik xxl je bersaiz xxl…dan diwaktu berjalan-jalan dengan penuh suka suki…mereka sama-sama makan mc donald,sama-sama belasah sushi king,sama-sama makan cool blog,sama-sama beli beg,sama-sama beli selipar….dan tiba waktunya mereka ke bahagian baju-baju….kwn2 cik xxl sibuk melihat baju-baju..cantik..mcm2 fesyen…sibuk duk pilih baju…tapi bila cik xxl belek2 susunan baju tuh…semuanya x muat untuk disarung ke tubuh cik xxl yang xxl tuh…tapi cik xxl pilih fesyen lain yang bunga-bunga ala blaus….xleh nak pakai yg  berpatern skit sebab xde saiz…cik xxl nak beli seluar pun sama..cik xxl mencari seluar di bhgian pompuan..tp xde saiz xxl..hanya ada saiz seadanya…m dan s…lalu cik xxl terpaksa la membeli seluar di bhgian lelaki…tshirt pun sama terpaksa membeli di bahagian lelaki..tapi cik xxl x  rasa pape lagi..cik xxl x nekad lagi…

cik xxl mula merasakan die ingin aktif..lalu die dengan penuh yakinnya cik xxl join satu program jati diri..dia dengan penuh semangat pack barang dan join bersama kawan-kawan..namun sekali lagi cik xxl menjadi bodoh kerana tidak dapat menyertai program-program lasak kerana cik xxl melebihi berat ….cik xxl juga banyak berehat kerana buat kerja skit da penat…joging skit da penat…lalu cik xxl mula merasakan yang dia perlu mengurangkan berat badannya…

di hari lebaran yang penuh mulia,cik xxl sekali lagi merasa rimas kerana baju raya yang berfesyen itu kelihatan sendat di tubuh cik xxl..semuanya gara-gara tukang jahit kata x cukup kain nak wat besar-besar…ermmm dah la makanan di hari raya sedap-sedap…cik xxl pun makan dengan bestnyer…hoho..tanpa menghiraukan berat badannya….

sehinggalah sampai suatu masa…rasanya saat itu betul2 membuatkan cik xxl tersedar dari dunia sebenar die….apabila dia disahkan menghidap diabetes dan obesiti…cik xxl mula sedar tentang gaya hidup dia yang salah..tapi semua sudah terlambat..cik xxl sudah menderita kencing manis…cik xxl da x bleh makan itu dan ini..cik xxl kena suntik insulin..cik xxl hidup dengan ubat..cik xxl  cepat penat kerana badannya yang bersaiz xxl.

 

u r what u eat

kenapa nak diet???inilah jawapannya::::

1-kerana nak sihat..

2-kerana nak kurus supaya senang nak melakukan aktiviti outdoor..

3-xnak bagi nampak tua(lelaki omo 25 pun pnggil kita kak sbb ingt kita omo 28)..

4-nak suruh badan rasa ringan dan x cepat penat wat kerja…

5-sebab gemuk itu hodoh…

6-sebab gemuk ini boleh menyebabkan terkena pelbagai masalah kesihatan…..

jom kita diet sama-sama..supaya peluang untuk kita kena penyakit kurang…amalkan gaya hidup sihat…

6 Comments

Filed under kesihatan

musnah diet kerana makan buah


arini baru je sampai kampung…wah penat x ilang lagi menghabiskan masa lebih kurang 13jam di atas kereta api perjalanan dr kempas baru ke tanah merah klate…tuhan je taw..aku nih da mcm2 posisi tido dlm ketapi…sakit abis belakang2,leher aku nih….sampai2 je umah….mama cakap tu ade nasi kerabu…uikss…kecur air liur ku ini…::memandang sedih nasi kerabu di atas meja sambil memikirkan diet tanpa karbohidrat ku ini…lalu ku capai ayam bakar…dan menolak ketepi nasi..ahaks…sadis tul…

~nasi kerabu~

wakwkakwakwka..pastu pergi dapur tengok ade mempelam plak..uikss..kalo tgkkan menu diet atkins..buah kena kurangkan..bukan xleh makan..ahaks..aku pun dgn lajunya memakan sebiji mangga…best wooooo…ahakss…petang plak aku balun makan buah mangga ngn nenas plak..aduii mengapakah sebegini..aku mmg hantu buah..nk wat camne kan..ahaksss

~mempelam~

dan aku masih lagi dengan dietku tanpa karbohidrat…ramai org tanya…x lapar ke???xpe ke x makan nasi..hehehehe..set ur mind…kalo x makan nasi xkan lapar…ahakss….so arini aku cuma makan pg dengan seketul kepak ayam+mempelam sebiji…tgh hari aku makan ikan kembung msk stim sekor+sup cendawan….ptg plak makan ikan kembung stim sekor…ahakss…cukup ke???camtu je lah cukup x cukup pun kan…wohooooo…..

so skang nak citer pasal buah….gula dalam buah x sama dengan gula yg kita makan letak dalam air kopi tuh…korang taw x????gula yang korang tambah dlm air kopi tuh sangat bahaya???gula tuh..kenal x gula..gula pasir tuh…sebab badan kita xleh nak tukar gula tuh kepada bentuk tenaga…lalu gula yang kita kumpul tu akan ditukar kepada lemak yang boleh mengakibatkan kita gemuk dan leh jugak dapat penyakit diabetes serta sakit jantung…aikss bahaya tul la kan…tp korang nak taw x???toru mmg jenis jarang minum minuman manis2 nih…sbg contoh..gula kat bilik toru..kat hostel tuh…toru beli aritu sekilo…sampai arini x abes2 lagi…ahaks..mgkin sbb toru minum milo pun  xletak gula,minum anlene pun x letak gula…minum nescafe pun x letak gula…ahaks…

kalo betul minum manis pun sbb teh o ais…ahaks…itu ada gula…okies now kita fokus pada gula dalam buah k…gula dalam buah nih tergolong dalam golongan fruktosa….gula pasir tuh sucrosa ye..okies now fokus pada gula bernama fruktosa erk…okies korang…fruktosa yg terdapat dlm buah ini jauh berbeza dengan fruktosa yg da diekstrak kedalam minuman seperti kordial mangga,anggur atau sebagainya….dan juga fruktosa untuk buah yg dah ditinkan..gulanya tinggi sebab da ditinkan bersama ngn air gula..ahakss..berbeza dgn buah2 segar….jgn salah faham plak ye…..

okies..kalo fruktosa yg diekstrak menjadi kordial dan sebagainya yang merupakan molekul tunggal akan meningkatkan gula dalam darah secara mendadak…ini akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja lebih keras untuk menghasilkan insulin bagi mengimbangi kadar gula dalam darah…so now conclusionnya..jangan takut makan buah sebab fruktosa semulajadi dalam buah sangat berbeza dengan fruktosa molekul tunggal yang terdapat dlm pengestrakan makanan k….hope kita sume x salah paham..amalkan diet seimbang….

korang nak taw sesuatu x???huhu..toru x pernah minum air bergas selama toru idup nih…sbb dari kecik toru mmg x suka..rasa die x sedap langsung..dan toru x suka kordial…toru x suka air manis2..buah manis2..benda manis2…walaupun toru org klate sejati….dan yg paling sedih kalo toru wat air tea ke atau air limau…pasti org kata toru kedekut gula..sedih…tapi itulah…selalu mmg camtu..kalo kawan toru wat air…n then toru minum pasti ouchhh manisnye…toru x brape suka kuih2 klate yg manis2 seperti jala emas..woo best tuh..tp x suka la..ahakss..org klate mmg suka makan manis2 kan….sebab tu la org klate nih manis2..huwaaaaaaaaa

~jala emas(makanan klate)~

Leave a comment

Filed under kesihatan

kurus tetapi tinggi kolesterol


setelah pagi ini aku berperang dengan paper enviromental chemistry…so petang nih aku nk berkongsi tntang kolesterol plak…hehehehhe..smalam kite cite psl kaitan diet n karbohidrat kan..hehe..

tapi…mari arini kita tengok pasal kolesterol plak erk….sebab kenapa kita sume nak diet???Sebab nk kurus …nak sihat kan…tapi bermakna x diet kita kalo kita kurus tapi kita sakit…hehe….

apakah kesan kolesterol kepada badan??apa itu kolesterol???jom kita kenal2 skit….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Jenis-jenis lemak

Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak Tepu

  • Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.

  • Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.

  • Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu

  • Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk

  • Kebiasaanya daripada tumbuhan

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :

  • Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa

  • Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.

Nama lain bagi lemak – trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling, cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat ( lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
2. Kurangkan pengambilan lemak
3. Tingkatkan pengambilan serat

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

  • Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).

  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.

  • Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan

  • Udang , sotong, ketam dan juga kerang – kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .

  • Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik.

2. Kurangkan Pengambilan Lemak

  • Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.

  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.

  • Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.

  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.

  • Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia

3. Tingkatkan Pengambilan Serat

  • Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .

  • Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

kawan-kawanku…termasuklah ingatan untuk diriku sekali…..jom la kita amalkan diet sihat tanpa karbohidrat dan kolesterol…hehehe..jgn pk nak kurus je yer……sbb kesihatan pun kena jaga…kolesterol tinggi dalam darah boleh kena sakit jantung lew….mari sama2 menjaga kesihatan di samping diet yang seimbang……


…………………………………………………………………………………………………………………………….

Jadual Kandungan Kolesterol Dalam Makanan

Kandungan kolesterol dalam beberapa jenis makanan

Jenis Makanan (100 g)

Kandungan Kolesterol.

(mg)

Jenis Makanan (100 g)

Kandungan Kolesterol.

(mg)

Organ haiwan

Susu dan Hasil tenusu

Otak – khinzir

800

Mentega (‘Butter’)

120

Ginjal – kambing

375

Krim – Pekat

133

Hati – biri-biri

300

Krim – cair

113

Hati – khinzir

180

Whipped Topping

85

Jantung

150

Krim masam

66

Daging,ayam,itiks

Keju

90

Ayam belanda – daging hitam

101

Keju Cottage – krim

19

Ayam belanda – daging putih

77

Keju Cottage – tanpa krim

7

Ayam

85

Keju berkrim

111

Biri-biri

70

Sapuan Keju

64

Khinzir – dengan lemak

63

Susu cair

31

Khinzir – tanpa lemak

50

Susu tepung penuh krim

105

Kambing

55

Susu skim ( tanpa lemak )

22

Lembu

45

Lemak

Ikan dan Makanan Laut

Lemak babi

95

Ikan bilis dengan kepala

383

Mayones

70

Ikan bilis tanpa kepala

58

Lain-lain

Udang – kering

353

Rendang hati

215

Udang – segar

130

Mee goreng mamak

160

Sotong

120

Tosei dengan telur

85

Ketam

100

Sambal udang

79

Tiram

50

Kuew Teow Goreng kerang

64

Kerang

45

Lup Heong

56

Telur ikan

300

Satay

55

Sardin dalam minyak (dalam tin)

140

Nasi Goreng

48

Ikan kembung

35

Kari kambing

47

Ikan Kurau

4

Pau- tai paw

56

Ikan Tenggiri

3

Pau – char siew

13

Telur

Nasi Ayam

14

Telur ayam ( kuning )

1480

Nasi Beriyani

11

Telur ayam ( putih sahaja)

0

Nasi Char Siew

11

Telur Itik

850

Laksa kari

7

Telur puyuh

415

1 Comment

Filed under kesihatan

kenapa karbohidrat menjadi pemusnah bagi diet


uikss apa plak karbohidrat vs diet nih…apa kebenda nih..xpaham la..ahahahha…okies mari kita sama2 memahami..apa itu kaitan karbohidrat dan diet ye kawan2…hehehehhe….

sape dak bio nih pasti terer gile la kut psl benda2 nih kan….papepun kami budak kimia ini turut sama belajar karbohidrat,kolestrol,lipid dan sebagainya dalam biomolecule…hehehhe…so mari kita melihat..

sebelum tu….untuk pengetahuan anda ye…

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:
1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida

apakah itu monosakarida,oligosakarida dan polisakarida…..

  • Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

  • Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida.(cam penah dengar je oligo kan..hehehe…oligococo…sape penah minum oligococo..adakah itu tergolong dlm karbohidrat)..

  • Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida…

okies so skang da kenal kan apa itu karbohidrat…da berkenalan tuh..nama da taw..jenis2 da taw..so skang kite kenal dengan lebih dekat lagi…..

Peranan Karbohidrat dalam Pemakanan yang Baik

Perkataan ‘karbohidrat’ bermakna ‘karbon campur air.” Tumbuhan menggunakan cahaya matahari (fotosintesis) untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada karbohidrat dan oksigen.

Fungsi Utama

  • Apabila badan anda memerlukan tenaga, ia akan mencari karbohidrat terlebih dahulu.

  • Sekiranya anda tidak mengambil karbohidrat dengan mencukupi, badan anda akan mencari sumber-sumber tenaga yang lain, seperti protein yang terdapat dalam tisu otot. Walau bagaimananpun, protein bukanlah sumber tenaga yang berkesan untuk badan anda.

  • Karbohidrat juga melindungi otot dan membantu mengawal jumlah gula yang beredar dalam darah supaya semua sel akan mendapat tenaga yang diperlukan.

Sumber Makanan

Karbohidrat terdapat dalam dua bentuk: mudah dan kompleks. Kedua-duanya terdiri daripada unit-unit gula. Perbezaannya adalah jumlah unit gula yang dikandungi, dan bagaimana mereka terikat bersama.

  • Karbohidrat mudah adalah gula yang memberi anda tenaga secara segera dan lazimnya tidak mempunyai apa-apa zat pemakanan. Ini termasuk gula-gula, kandi dan air berkarbonat.

  • Karbohidrat kompleks mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan dan selalu mengandungi serat. Bentuk karbohidrat yang lebih “sihat” ini termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, bijirin dan kekacang.

Penggunaan

Karbohidrat lazimnya terdiri daripada 45 – 60% pengambilan kalori anda keseluruhannya.

  • Penyelidikan mengesyorkan supaya individu dewasa mengambil sekurang-kurangya 120 – 125 gram karbohidrat setiap hari untuk memenuhi keperluan asas.

Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian karbohidrat yang disyorkan.

Bukti Keselamatan

Sekiranya anda mengambil karbohidrat yang berlebihan dan terlibat dengan hanya sedikit aktiviti fizikal atau tiada langsung, karbohidrat yang berlebihan ini akan ditukar dan disimpan di dalam badan sebagai lemak — yang akan mengakibatkan bertambahnya berat badan dan risiko kesihatan yang lain.

okies kawan-kawan so anda da jelas???apa kaitan karbohidrat dan diet???maka marilah kita sama2 berdiet..kui3x…bukan untuk cantik/comel/hensem tapi untuk sihat….

4 Comments

Filed under kesihatan

aku dan diet atkins



arini ngah pening2 study tadi tiba2 kawan sekelas tanya…wei ko nak diet x???ko nak kurus x??aikss tiba2..hahahaha…dan juga sehari dua ini beliau cik ada sudah menjalani proses diet atkin yg diperkenalkan oleh seorang sahabat ini…

so..mari sama2 sape nak diet tu..sila klik  saya nak kurus

thanks a lot to ada kerana memperkenalkan aku diet jenis ini..sebab aku memang x leh x makan..lapor..hahahha

disini toru senaraikan 9 benda yg perlu dielakkan kalo nk kurus….ahaks..

sume nih adalah sumber karbohidrat….

1-nasi,mee,bihun,kuew teow,spageti n segala adik bradik die lah erk..(nasi nih aku ssh skit 😦  )

2-roti segala jenis roti,roti kacang,roti gardenia,roti sedap ke x sedap ke..(aku mmg jenis kureng roti2 nih)

3-benda berasaskan tepung seperti kek,biskut,kuih..(sy sgt jarang makan bnda nih so x heran)

4-buah-buahan kalo leh elakkan ye….

5-semua jenis kekacang…xkisah la kacang gajus ke kacang kuda ke…kacang panjang tu sayur ye…haha

6-xleh minum air manis2….jus buah n pepsi cola,segala lah (sy x heran dr kecik x penah mnum air karbonat)..

7-xleh makan gula…xkisah la gula halus,kasar,melaka,batu..segalanya ..

8-saya da x ingat la apa lagi xleh makan…hahahahaha…so kalo nk taw lebih lanjut sila2lah menjengah blog itu ye…

papepun toru nk kurus bkn sebab toru nk comel atau cantiik….tp sbb toru nk ringan je..nk elakkan diri dari terkena penyakit 3 serangkai..iaitu kecing manis,sakit jantung dan darah tinggi…apatah lagi penyakit darah tinggi nih da jadi penyakit keturunan….so kena jaga dari sekarang la kan…..

jom kawan-kawan2..kita try sama2..nak x???ehehehehe

6 Comments

Filed under kesihatan