Category Archives: -cerita bumi klate-

03@29-itulah kami anak kelantan


 

kelantan bumi bertuah

 

dulu aku hanya budak hingusan..

tidak ingin bicara ttg politik

tidak ingin bicara tentang org dewasa

tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..

ttg prasarana dan juga kemajuan..

hari ini aku sudah terdidik

sudah menjadi minda kelas pertama

bukan lg golongan bawahan

yang hanya mengikut kata

mendengar cerita dusta dr kaca tv

membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media…

dari dulu aku sering mendengarkan..

persoalan demi persoalan..

hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka

kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri

bumi sendiri yang terlalu mundur

kerajaan kelantan yang jauh terkebelakang..

atau kerajaan kelantan yang miskin

minda ini seakan sudah teracun

dengan berita-berita dari media

begitu hebat media mencanang berita

sehingga mampu membuatkan

kelantan terus hina

dimata masyarakat malaysia

mencari ilmu dinegeri orang

dikata negeri sendiri tiada universiti

mencari rezeki di negeri orang

dikata negeri sendiri mundur

malah aku berbangga dimana-mana

ada saja org dari negeriku..

dimana-mana ipta

penuh terisi rakyat kelantan

di syarikat-syarikat terisi juga

rakyat kelantan…

arghhh begitu ramaikah kami???

sehingga media menindas kami sebegini??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana mengisi setiap inci

ruang stadium??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana sentiasa bersemangat menyokong??

kami kah negeri mundur??

yang seringkali direbut saat pilihanraya??

kami kah rakyat pemikiran kelas ke-3??

kerana memilih pemerintahan islam??

kami kah negeri yang bersifat kenegerian??

hanya kerana kami bersatu??

 

 

kelantan

 

apa yang ingin dimaksudkan dengan 1malaysia??

bukankah inginkan bersatu padu??

tidak malukah melaungkan 1malaysia??

andai tidak mampu menyatukan rakyat??

media jalanan..

mengatur wacana berita santapan rakyat

namun kini semakin meracuni

dengan fitnah duniawi

kerana untung atau korapsi

hingga hilang nilai-nilai

manusia itu sendiri…

inikah revolusi??

pengubah paradigma arus duniawi??

pencetus kebencian dalam diri??

atau sebuah diskriminasi??

atau sebuah suara majoriti??

kami tetap kami..

anak-anak kelantan yg teguh berdiri!!!!

kami akan tetap pertahankan..

bumi kelantan pendokong pemerintahan islam..

walau kami dibenci dan dicaci

xkan kami berganjak walau seinci!!!!

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

MEDIA hentikan DISKRIMINASI kepada KELANTAN


salam n hye all..

semalam berlalu sudah seharian aku berada di selatan tanah air menghadiri sebuah majlis perkahwinan….dipagi yang hening dan penuh bersemangat…kami menjamu selera di sebuah rumah milik seorang saudara temanku…sedang aku asyik menikmati karipap..makcik itu bertanya..semua ini asal mana???lalu aku dengan penuh bersemangat jawab saya asal klate…dengan penuh bangganya…namun aku sangat terpukul apabila makcik itu berkata…

“org klate main bola je selalu gaduh2…tiap2 tahun…tiada semangat kesukanan…semangat kenegerian dorang kuat”

aku pun berkata a’a org klate mmg semangat kenegerian kuat..smbil menelan karipap yg rasanya sudah tidak sesedap tadi…air teh juga rasanya sudah seakan tawar…ermmm..bagi aku tiada hak untuk makcik itu menghina negeri aku…didepan aku…adakah dia sudah terlalu sempurna…atau negeri dia sudah terlalu bagus????adakah negeri yang sebegitu bersemangat sukan sehingga tidak pergi ke stadium tapi hanya berada di rumah..dan hanya membaca keputusan esok hari di dalam akhbar???itukah yang dinamakan semangat kesukanan yg ada???

adakah kerana kami orang kelantan memenuhi stadium untuk menyokong pasukan kami lalu kami dituduh kenegerian???wahai media pencetus sentimen kenegerian pada kelantan…kami sendiri tidak pasti…apakah dosa kami pada media sehingga didiskriminasi sehebat ini???adakah kerana kelantan bukan penyokong kerajaan???atau kerana bumi kelantan ini terlalu hebat sehingga perlu dijatuhkan sedemikian rupa….

aku disini..diselatan tanah air ini…rasanya sudah lali mendengar pelbagai cemuhan tentang bumi kelahiran aku…kadang-kadang hati ini seakan terluka…apa dosa kami menjadi anak kelantan sehingga perlu dibenci,dikutuk,dicaci kerana sikap kenegerian kami???apa dosa kami sehingga media hanya tahu mencanang berita negatif tentang kelantan???apa tiada positifkah tentang kelantan???Sehinggakan perlantikan raja kami pun dikaitkan dengan politik….semua yang berlaku di kelantan di kaitkan dengan politik…inikah yang dikatakan 1 malaysia???

media 1 malaysia pendokong kerajaan mendahulukan rakyat???dan kami rakyat kelantan seringkali didahulukan dengan berita-berita negatif…hanya kerana politik???apa sukan juga sudah dipolitikkan???media sudah dipolitikkan???media semakin hari semakin hipokrit menyebar cerita..bias kepada beberapa pihak???Seringkali tertanya dalam hati….media ini milik siapakah????sehingga begitu bias kepada kami pembangkang ini….begitu bias menyampaikan berita tentang kami???

apabila penyokong perlis membaling batu malam tadi…media berkata..itu hanya gurauan ..itu bukan budaya mereka…sungguh manis media menyampaikan berita walaupun berita yang ingin disampaikan itu buruk tapi nampak baiknya apabila media pandai menyusun ayat…tapi seandainya penyokong kelantan yg berbuat sedemikian…media dgn lantang bersuara…keghairahan penyokong kelantan menyebabkan keganasan sehinggakan keselamatan penyokong lawan terancam…berpuluh mercun dibaling sehingga mencederakan penonton…pergaduhan dimulakan oleh penyokong kelantan yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan mereka….beberapa penyokong pihak lawan dipukul oleh penyokong kelantan sehingga meyebabkan kecederaan…wah begitu panjang lebar ulasan dari media…sampaikan 3-4 page cerita pasal itu je…hebat betul..benda yang x ada pun jadi ada….

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

politikus vs media pencetus aura kenegatifan pada KELANTAN..


salam all..

adakah patut aku menyuarakan suara hati yang sekian lama terbuku…mendengar suara2 anak muda berbisik-bisik sesama mereka…atau sesekali mendengar cerita-cerita pengisi ruang kosong tatkala bertemu mata…bercerita tentang kisah kita…tentang bumi kita…bagaikan sering dipijak-pijak golongan mereka yang tidak pernah jemu menabur fitnah….mencanang cerita negatif…hanya kerana sebuah perbezaan pendapat dan sokongan…adakah kerana kami menyokong pembangkang???maka kami dianak-tirikan???maka semudah itu maruah kami bagai dilelong??..maka semudah itu negeri kami bagai dipandang sepi…ibarat tiada yang elok untuk diceritakan..

.jarang sekali melihat media menceritakan imej kelantan dari sudut yang positif….smpaikan isu dinar emas dan perak turut terpalit imej negatif….sampaikan hukum hudud yang mana hukum dari ALLAH S.W.T. menjadi sesuatu yang sngatlah salah hanya kerana ia dari kelantan….sedangkan islam hadhari yang tidak tahu dimana baiknya itu boleh pula diaplikasikan sehingga kami masih terawang-awang apakah sebenarnya islam hadhari…apakah sebenarnya implikasi dari perlaksanaan islam hadhari dalam pertakbiran malaysia???

bimbang ingin meluahkan pendapat kami golongan bawahan ini…bimbang disalaherti oleh pihak-pihak yang hebat…lalu diambil tindakan atas sebab-sebab yang kadangkala tidak dilakukan…semuanya hanya untuk membutakan mata,memekakkan telinga…membisukan mulut lembu2 yang sudah dicucuk hidung….yang hanya tahu menurut kata,atau mengikut kemana arah tuju saat ditarik tuannya…bodohkah mereka???atau sudah terlalu bijak sehingga kami seringkali dipandang serong…seseolah pandangan dan pendapat kami seringkali salah dan tiada betul….

wahai media…berhentilah memanipulasikan cerita dan berita…untuk apa ditipu kami??kami tidak buta…kami ada saat cerita itu berlangsung…tapi dengan mudah kami ditipu sebegitu????untuk apa???sedarkah korang betapa besarnya tugas yang diberikan sebagai penyebar berita???bukan pencaca fitnah merata???kami bukan golongan yang tidak bersekolah walaupun negeri kelantan ini mundur ( bab kata kerajaan barisan nasional)…..kami msh berdiri di sini…ank2 kelantan yg tidak maju ini penuh mengisi ipta-ipta di segenap negara….apa setiap prasana pendidikan di malaysia ini dibina oleh kerajaan negeri itu sndiri????sehingga kelantan dikutuk tdk mampu membina universiti di negeri ini???

wahai kementerian…kuasa itu di tangan kamu???tidak malukah diantara kamu melaung2kan suara anak-anak muda kelantan mencari rezeki di luar..malah setiap kali perayaan rasanya isu itu timbul…apatah lagi setiap kali pilihanraya…jelik rasanya ingin mendengar….tapi saat kami warga kelantan ingin memohon pertukaran…ada-ada saja alasan….arghhhh…jelik rasanya…

tunggu kebangkitan anak muda kelantan…tidak berdiam diri membiarkan kami terus dipijak..membiarkan terus maruah kami dicanang media…atau menjadi isu lapuk setiap kali pilihanraya…negeri termiskin…hahahahha..lawak apa yang sedang dibuat….atau wayang apa yang sedang ditayang????kami tidak akan pernah tertipu dengan lakonan pentomin kamu semua ….

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

kerana bola imej KELANTAN bagai dipijak-pijak


Salam all…

setiap kali ada je perlawanan bola kat stadium…setiap kali tu la ada kes gaduh….sampaikan orang dah x amik tahu…sampaikan polis malas nak amik taw..lantak ko lah…..patutlah masa aritu kat kampung aku…ada polis trafik xcident langgar divider…org kampung tgk je…malas nk layan..lantak ko lah polis oi…tapi bukan semua polis camtu..ada juga polis baik kan???sama cam orang kelantan jugak la..yang pergi stadium je yg gaduh…yg duk umah tu xgaduh pun..tp terpalit sama keganasan yang berlaku…turut sama terlibat dengan imej negatif yang dilemparkan….so???

 

 

pak polisi berkata...

 

bak kata polis…kawan tu meninggal kerana  sesak nafas..ye mungkin sudah tiba waktunya dia pergi…saat menjadi penonton bola sepak…sebenarnya aku menunggu berita apa yang ingin keluar tentang pergaduhan sehingga mati itu…bagaimana berita itu keluar,kenyataan apa yang bakal keluar,plot cerita itu bagaimana….

KEGANASAN ORANG KELANTAN atau apa yang berkaitan dengan kelantan yang memberikan imej yg cukup negatif berbanding negeri lain…rasanya tersangatlah popular….rasanya imej buruk kelantan sudah cukup terpatri kukuh diminda rakyat malaysia…keganasan seringkali dikaitkan….kerana apa???kerana mereka adalah orang kelantan…..

kerana apa perlawanan bola melibatkan kelantan je kita dengar ada gaduh2…kenapa kalau negeri lain xde gaduh2????siapa kata xde…cuma media tidak mengembar gemburkan cerita itu…cerita itu ibarat tiada apa-apa yang berlaku…tidak sehangat perlawanan yang melibatkan kelantan….pergaduhan yang berlaku tidak perlu dihebohkan satu malaysia….kerana tiada motif…tapi andai perlawanan antara kelantan,perlu dihebohkan supaya 1malaysia tahu kelantan ini GANAS,TERUK,BERFIKIRAN SEMPIT….atau apa lagi????

lalu terdengar lagi suara-suara lantang picisan dari orang pertengahan sibuk melaungkan inikah ank-ank kelantan di bawah pimpinan tuk guru Nik Aziz..inikah warga-warga kelantan yang pemimpinnya ingin melaksanakan hudud….inikah anak-anak muda kelantan yang terdidik dengan pemimpinan mengikut islam….malas sejuta lagi kenyataan2 picisan keluar mengaitkan…..arghhhhhh tidak usah membuat cerita dongeng seperti itu..kami warga kelantan sudah kalis dengan provokasi murahan seperti itu….kami adalah kami…media tidak perlu melaung2kan statement2 murahan dari mereka2 yang hanya tahu mengambil kesempatan….kami tidak buta…kami tidak mudah percaya pada media yang hanya tahu menyebarkan berita2 tntang kami untuk melariskan jualan…kami sudah lali..kami sudah kalis…

 

 

pengakuan ikhlas dari rakyat selangor...1malaysia

 

tidak sangka begitu ikhlas pengakuan dr warga kajang ini….keluar dr pintu selangor kena pukul smpai camtu ke???meh lawan kat klate la bro…pastu kuar tgk…dpt balik ke x???dan apa yang tertarik disini..polis hanya melihat sahaja…owh polis ditugaskan untuk melihat sahaja…atau polis malas nak layan????kalau polis malas nak layan???bagus lah…bagus mari kita sama-sama bekerja untuk dapat duit atau gaji…bukan membuat kerja…nanti ada orang yang akan berkata…polis da malas nak layan..org kelantan mmg suka gaduh….padan muka…bagus la…bagus kalau berfikiran sebegitu…nanti akan ada guru yang berkata..saya malas nak amik taw da pelajar tu belajar ke x…die sendiri xnak belajar…ermmm…

 

rasanya aku sudah lali dengan benda-benda camni…setakat orang kata…xsuka org kelantan berpuak-puak…suka hati kau lah…ada org kelantan mintak sedekah umah kau ke nak wat makan nasi…aku bangga jadi anak kelantan….bukan nak berlagak…bukan nak menyombong..cukuplah kalau tgk raya…semua org balik ke negeri masing2…sape ada kat kl???bangla ada lah….bangkitlah warga kelantan mari kita sama-sama membangunkan kelantan..balik kerja kat negeri kita sndiri…..bukan memajukan negeri orang….pe cite bro???

 

2 Comments

Filed under -cerita bumi klate-