Category Archives: ~♥persahabatan♥~

dari maya ke realiti…


laptop dan mereka

wah inilah namanya dunia chatting da sebati dengan diri apabila kuar makan pun still bawak laptop…aduiiyaa…hahahhaha..ngah blaja boot orang dlm ym ke???

all together

25.06.10 baru-baru ini…bertempat di sri nipah chalet telah diadakan gathering room kelantan 2 dan 3 dalam yahoo mesenger…actually sume kat sini mmg kenal bermula dari dunia maya …dari dunia chat…hingga akhirnya bawa ke realiti…kalau dalam paper mcm2 kan kita baca…mcm2 cerita n berita ada..dirogol dan ditipu kenalan internet…tapi insyaallah kami akan menjadi sahabat di realiti setelah menjadi sahabt maya….

lepak-lepak kat pantai irama

kenangan bersamamu..

Advertisements

Leave a comment

Filed under -life story-, -match and mix-, ~♥persahabatan♥~

sesuatu disebalik kenangan


29 mei lalu,merangkap ari sbtu lepas..aku dan kawan-kawan zaman skolah dulu menghabiskan masa kat pantai melawi,bachok…wah best giler la..biasalah bile da lama x jmpa..n then sesekali berjumpa n bertemu kembali…mcm2 kenangan zaman persekolahan kembali berputar..hahaha..maklumlah zaman skolah sumenye nakal2…especially aku yg mmg hantu ponteng nih..uwaaaaaaaaaaa…

tp mmg meriah abis la….x smpat nk snap gmbr makanan2 yg dibawa kerana excited sgt..sampai2 je membelasah makanan..ahahha…ayam bakar yg sgt best…kerana diperap menggunakan resipi istimewa…cheh x istimewa mane pun….

hope everyyear kita akan ade reunion camni erk kawan2….thun lepas kite gi jeram linang..this year pantai melawi..next year cam ramai da keje..so apakata kite gi pulau plak…cheh…hahahahaha…

geng viva sebelum gerak..

geng avanza..

geng wira...tp driver avanza ade kat sane...

riang ria remaja..remaja ke???

gaya gedik

sume tmpang amik gmbr bajet bbq..

harap persahabatan kite akan kekal sampai bile2..sayang korang sume..muah3x

Leave a comment

Filed under -life story-, ~♥persahabatan♥~

10 benda saya suka tentang kawan…


  1. tong sampah bergerak-hoho…dia boleh menjadi kaunter pertanyaan dan juga tempat meluahkan segala isi hati serta tak puas hati ke apa ke..hoho…saat dapat pakwe baru..die orang pertama diberitahu dan saat putus cinta dialah orang yang akan mendengar segala bagai kesedihan dan kedukaan.

  2. musang-tetap segar megar mendengar celoteh kita walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi…masih banyak cerita yang nak dikongsi..malah siap wat lawak bagai sampai nak keluar isi perut…hampeh…ketawa tak ingat bagaikan hanya kita berdua di dunia ini…

  3. diari bergerak-dia kan menjadi tempat luahan isi hati termasuk ketidakpuasan hati…mengumpat mengata orang pun dia terpaksa dengar kan…so dia ibarat diari tempat mencurahkan isi hati..dan mulutnya akan sentiasa terkunci…malah kalau ada orang lain yang ingin tahu tentang kamu dialah tempat rujukannya..almaklumlah dia tahu serba serbi pasal kamu…

  4. tukang kepoh-saat harijadi kamu dialah yang bersusah payah merancang kejutan harijadi…kalau saat kamu dapat keputusan gempak dialah orang yang akan ucapkan tahniah dan tolong menyebarkan kejayaan kamu kepada semua…jangan risau x sampai sejam…satu kolej da tahu berita gembira itu..

  5. peneman setia-kalau saat kamu putus cinta…dialah peneman kesedihan kamu…dan seperti biasa bila da putus cinta nih..kita pasti da xde teman nak gi tgk wayang,jalan-jalan,window shopping dan macam2 lagi kan..so???dialah yang menjadi mangsa menemani kita…

  6. pelukan hangat-dia tak lokek memberikan pelukan terhangatnya saat kamu sedih…

  7. pengkritik terhebat-huh..mengalahkan adlin aman ramli masa judge budak-budak af..begitulah sahabat kita..penjadi pengkritik yang paling dekat tentang style,imej,perangai dan sebagainya tentang kita kan..

  8. jadi diri sendiri-biasanya apabila kita berada bersamanya kita x perlu jadi orang lain sebab sahabat kita tu memang da kenal siapa sahabatnya ini…so…bestkan dapat jadi diri sendiri..boleh ketawa kuat-kuat,boleh makan comot-comot,boleh bangun lambat sebab ada orang yang memahami…x perlu nak pura-pura baik…hahahaha…

4 Comments

Filed under -life story-, ~♥persahabatan♥~

cerita dan kenangan persahabatan kita di bumi utm


rasanya baru semalam aku mengenali kamu.hari pertama aku di utm.time tu nerd lagi.hari pendaftaran di kolej rahman putra,kita berjumpa dan berkenalan buat kali pertama.owh rupa-rupanya kita satu course.tapi ye lah kali pertama berjumpa.masih belum rapat dan macam tak serasi je.berdetik dalam jiwa aku sombongnye die nih.hahahaha..tapi waktu berjalan begitu pantas merobek jurang diantara kita sehinggakan kita menjadi dekat dan semakin rapat.segala suka duka telah terpatri indah di bumi utm..segalanya menjadi saksi.

balai cerap utm

semalam aku tidak begitu rapat dengannya,walaupun kami jiran sebelah bilik dan satu kelas tapi kami jarang bertegur sapa..kadang-kadang takdir itu lebih dahulu datang berbanding perancangan.kerana ada sesuatu di antara waktu yang tak terjangka oleh fikiran.bila dan mengapa ianya terjadi.lalu kerana takdir jualah kita rapat dan terus akrab menjadi sahabat seperjuangan di bumi bertuah ini..lalui segala dugaan dengan ketabahan yang ada.segalanya terungkai disini.segala kenangan tersemat disini.moga dapat diceritakan suatu ketika nanti..andai dapat dinovelkan kisah kita disini.semoga segala kenangan ini tak akan dilupakan sampai bila-bila.walaupun aku tahu aku hanya kisah cerita sementara di bumi skudai.

semua orang inginkan yang terbaik dan mahu lakukan yang terbaik namun ada sesuatu yang membuatkan kita bertindak di luar jangkaan atau tanpa sengaja melukakan orang yang dikatakan kawan.namun masih ada sisa kemaafan yang diberi untuk meneruskan nilai persahabatan ini.walaupun aku terluka namun aku tahu aku juga tidak sempurna..biar saja waktu berjalan mengikut pusingannya.kadang-kadang kita terhanyut di arus dunia.kadang-kadang kita tersadur langkah di akar pancaroba namun langkah yang ada harus diteruskan.

masa mengajar kita erti persahabatan.kerana masa kita semakin jauh..kerana terbiasa kita sudah tidak lagi seperti dulu..kerana ego memaksa kita terus tidak lagi bersama…jauh di sudut hati aku inginkan semuanya seperti dulu.namun aku sudah lelah untuk mengalah.menjadi yang pertama memulakan..aku juga lelah apabila dilukakan sebegitu..malah rasanya masih terpatri di hati ini…luka itu masih berdarah..ku gagahi jua untuk senyum…kalau sibuk menjadi alasan,kalau belajar menjadi penyebab kepada kita menjadi renggang ..maafkan aku…maafkan aku kerana tidak pernah menjadi yang terbaik.

aku menunggu sesuatu dari ucapan bibirmu…sungguh aku tunggu ungkapan maaf atas keterlupaanmu namun sampai kini rasanya belum ada tanda-tanda kemaafan itu..tak apalah benda lama…cuma aku yang sangat terluka sehingga meninggalkan kesan yang mendalam..ingat x kita pernah joging naik balai cerap sama-sama..ingat x hari pertama puasa tahun 2007 kita berbuka puasa di gerai bibik dan sama-sama berterawih di msi..rasanya semua itu masih utuh di fikiran aku sebagai kenangan terindah..walaupun semua itu terlalu jauh untuk digapai ari ini…rasanya terlalu rindu kenangan dan saat itu….

semoga bumi utm terus menyimpan kenangan itu…semoga kenangan ini terus terpatri kukuh dalam sanubari setiap di antara kita..terima kasih kerana sudi menjadi teman..peneman di kala mencari ilmu….

Leave a comment

Filed under ~♥persahabatan♥~

sorry seem to be the hardest word


ada seorang shbt bertanya..

cmne nk maafkan org dengan hati trbuka….

right..the good question..kik3x..

cmne erk???aku pun  xtaw cmne…

yg aku taw maafkan saja supaya ati lebih tenang…

supaya pkran x semak nk pk kenapa org tu wat kite cmni???

knp kawan kite smpai ati sakitkn ati kite…

daa x pyh pk lagi kenapa n mengapa???

hoho…senang kan aku ckp…nk buat tu x mcm kite cakap..tp make it try..kik3x..

try la dulu…try ye kawanku..

2 Comments

Filed under ~♥persahabatan♥~

kawan aku rindukan kamu seperti dahulu


kawan…mungkin aku xpandai meluahkan apa yang kurasa melalui perbuatan dan kata2..mungkin aku masih lg kuno dalam bab meluahkan perasaan..hanya tulisan dan bait2 ayat yang mampu aku karang untuk menggambarkan perasaanku…aku tidak tahu kenapa…

dulu…katamu..andai apa pun yang terjadi..kite akan ttp jadi sahabat selamanya…saat aku menjadi kekasih kpd sepupumu..kamu sgt marah smpai kamu lngsung xhubungi aku…lau aku msg x balas..kalo call x angkat…smpai camtu skali layanannya….ermmm..aku ttp berkeras bukan…sehingga hatimu lembut kembali dan kita kembali rapat…namun  hubungan kami x lama…ramai org x suka kan….bila da putus…luka kat hati aku nih masih lagi berdarah…kamu pula,seakan menjauhi dariku…sememangnya aku mengatakan aku tidak terusik dengan perpisahan ini….tp tahukah kamu,betapa hatiku benar2 remuk dengan apa yang terjadi…tahukah kamu fikiran nih benar2 kacau…dan tahukah kamu perasaan ini bercelaru…aku mengharapkan kau memahamiku…tapi…….sikit pun x pernah kau fahami..x pernah kau mengerti di sebalik senyuman ini ade kelukaan..di sebalik gelak tawaku ada tangisan….aku hanya mengharapkanmu sbg sahabatku memberikan aku secebis semangat…tp kau juga seakan menjauh dariku….walau apa pun yang berlaku….aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kau sudi menjadi sahabatku selama ini…..kenangan yang ada akan ku simpan kejap dlm memori ingatanku…

kawan…….aku betul2 merindukan kenangan dulu…saat susah senang denganmu…waktu sudah berlalu kan..manusia boleh berubah….dulu kita rapat sekarang kita jauh…dulu kita sntiasa bersama…sekarang kita x pernah jumpa….tahu kah kamu..bila aku dlm kesusahan,aku sntiasa mengharapkan mu membantuku…walaupun setiap kali itu kamu memberi alasan…tp aku tahu sebenarnya kamu sudah berusaha tp kamu sndiri tidak mampu….shbtku…hati ini mudah betul terguris atas dasar persahabatan…..kalau dapat ku lihat senyuman diwajahmu…itu sudah cukup buatku….aku bersyukur kerana bertemu kamu sebagai sahabatku…

selagi aku mampu berfikir positif…selagi hati aku masih ade sisa2 untuk dilukai…selagi jiwa aku masih utuh menerima kesakitan…selagi minda aku masih ade ruang untuk mengisi kenangan…selagi itu aku masih disini bergelar sahabatmu….walau kamu sudah jauh pergi meninggalkan aku…kerana aku terlalu menghargai nilai persahabatan….

3 Comments

Filed under ~♥persahabatan♥~

adakah materialistik menjamin kebahagiaan


aku kenal kamu….kenal sgt2 atau kalau ada yg aku tidah tahu pun mungkin hanya skit sgt….tp aku tidak tahu kenapa disaat ini aku seseolah tidak mengenali kamu….siapa kamu sahabatku…nape begitu jauh kamo berubah…

shbtku,,harta&wang tidak pernah menjamin kebahgiaan cuma mgkin sbgai pengukuh sebuah ikatan..kerna dizaman teknologi dan moden ini duit seseolah benda utama yg harus kita fikirkan…apa2 duit..xde duit nk msk toilet pun x bleh….xde duit x de org bagi kita naik bas free,makan free…semua zaman duit…zaman skang nih nilai duit seakan semakin mengecil…rm100 bgaikan seminit sudah abis…duit duit..

tp shbtku….tahukah kamu walaupun duit&harta berlmpahan dlm hidupmu belum tntu kamu akan punya kebahagiaan dr semua itu…mgkin duit&harta yg banyak itu lah membuatkan hidup mu sengsara siapa tahu bukan???aku tidak ingin menyalahkanmu membuat keputusan ini tp bagiku ia amat menyakitkan shbtku,,aku trasa seseolah hatiku dicarik….

shbatku prjalan ini masih lg panjang…msih byk lg liku2 dan onak duri di hadapan yg bakal kita temui….cukup kuatkan untuk terus melangkah andai terus dirempuh badai….tp perjalanan kehidupan harus diteruskan…

shbtku aku mendoakan keputusan yg kamu ambil ini adalh keputusan terbaik penah kamu buat dlm hidupmu…kerana aku x ingin melihat air mata berlinangan di pipi mu….kalau boleh aku hanya ingin melihat senyuman terukir d wajahmu walaupun ia adalah mustahil….senyumanmu senyumanku jua…kebahagiaanmu kebahagiaanku jua…

shbtku apa pun yang berlaku di depan hari..ku harap kamu tabah menghadapinye…jgn mudah mengalah…kerana kamu bakal ibu dan isteri bukan…ibu kena tabah…hehe…semoga kslapan hari ini tidak berlaku lagi di masa hadapan…smoga ini yg terakhir kalinya….namun kalau ditakdir ia berulang aku masih dipihakmu shbtku…msih disisimu untuk memberimu secebis semangat..

.:::segalanya adalah duit namun duit bukan segalanya:::.

Leave a comment

Filed under ~♥persahabatan♥~