Cubaan bunuh diri dari gadis kelantan


Salam n hye all…

Arini penuh dengan kekalutan apabila kerja yang berlambak seakan semakin menekan…tetapi semalam aku dikejutkan dengan penyebaran video cubaan seorang gadis untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga supermarket terkenal iaitu KB mall,Kelantan.

Boleh dikatakan x sampai sejam..video tu da tersebar dengan begitu pantas dan cepat…malah arini juga di dada-dada akhbar tersiar cerita dan berita dengan pelbagai jalan cerita…malah sehingga saat ini pelbagai cerita sudah tercipta…cubaan bunuh diri kerana masalah keluarga, kerana cinta, kerana gagal exam dan pelbagai lagi..begitu cepat ia tersebar..

Lalu aku termenung seketika…bila melihat video itu…tiada yang lain terlintas di fikiran aku…siapa gadis ini??mengapa dia melakukan sebegitu??hebatkah masalah yang melanda dirinya…sehingga sesingkat itu jalan yang dipilih olehnya??? Apa yang ada di fikirannya saat itu…kenapa sebegini?? Dimana insan2 bergelar ibu dan ayah??? Dimana dia kawan-kawan??? Dimana dia masyarakat sekeliling??

Tidak terlintas untuk mengatakan bodoh, bengap, xde iman, xde pelajaran atau sewaktu dengannya…hinaan, kutukan, cacian tidak akan memberikan apa-apa impak pada dia….apa yang perlu dilakukan..sejauh mana KITA perlu bertindak agar semua ini tidak terjadi lagi…ye KITA..bukan MEREKA…atau KAMU..atau AKU…tapi KITA….apa yang KITA telah lakukan untuk berjihad atau lebih tepat membantu sahabat-sahabat atau saudara seislam kita yang memerlukan….sejauh mana kita menghadapi setiap masalah itu dengan sebuah penyelesaian berbanding dengan hinaan dan kutukan…sejauh mana kesediaan kita untuk memberikan insan-insan yang pernah melakukan kesalahan ini peluang kedua untuk meneruskan kehidupan???

Dimana KITA saat insan-insan disisi memerlukan bantuan kerana sudah terlanjur perbuatan dan tersalah laku….adakah kita akan datang dengan nasihat atau hinaan???

MUNGKIN saat dia memerlukan tiada insan disisi yang sudi memberikan bantuan…MUNGKIN saat kegagalan menimpa dirinya, tiada siapa sudi meminjamkan bahu untuk melepaskan kesedihan…atau tiada siapa yang sudi menghulurkan tangan untuk terus bangkit dari tersungkur…atau MUNGKIN tiada siapa yang sudi mendengar keluh kesah yang dihadapi…ya MUNGKIN hanya cinta…MUNGKIN hanya masalah keluarga…atau MUNGKIN hanya gagal peperiksaan…tapi cara bagaimana masalah itu dilihat dan diselesaikan…berbeza….MUNGKIN kita bertuah….saat sedih putus cinta..ada teman-teman disisi menemani…saat gagal peperiksaan..ada sang ibu menasihati…dibesarkan dengan penuh kasih sayang…kekuatan yang ada pada kita mungkin berbeza…pemikiran kita mungkin berbeza…

Wahai gadis….maafkan aku kerana tidak menjadi temanmu…kerana aku tidak mengenalimu…mungkin aku juga terlepas pandang ada saudara seislamku yang sedang dihempas badai…yang nyaris-nyaris kelemasan..namun aku disini terus melangkah menuju kejayaan tanpa sempat memandang kamu di belakang…mungkin aku terlupa bahawa masih ada insan yang memerlukan…

Wahai gadis…ambillah peluang ini..peluang kedua untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang…tanamkan keteguhan iman di hatimu…mantapkan nilai islam dalam hidup..belajar menerima takdir tuhan…dan belajar bagaimana mahu meneruskan perjalanan dalam hidup penuh cabaran,dugaan dan tipu daya ini..

 

Leave a comment

Filed under -life story-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s