nilai seketul darah-hati


 

salam all..

 

ermmm segala persiapan n persediaan utk pergi bercuti mmg da ready…sume da beres..ok2 saje..tp tiba2 mood utk bercuti hilang…hilang sekelip mata…tiba2 rasa xmo pergi..xmo pergi mana2..nk duk diam2 je kat bumi skudai….susah untuk kita fahamkan orang keadaan kita..berbanding nk paham keadaan orang…ermmm..

sungguh aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati aku…walaupun berjuta kali disakiti atau dilukai…aku tetap ingin luka itu bagai terus sembuh…sembuh dan tidak meninggalkan parut…biar di wajah tercalit parut2 tidak mengapa..tetapi tidak ingin di hati tercalit parut kesan luka…bimbang hati ini tidak mampu bertahan lama untuk terus disakiti dan dilukai….bimbang juga andai ati yg terluka ini akan hilang halusnya..akan hilang nilainya..akan hilang  pertimbangan…walau aku tahu aku mampu bertahan tapi sampai bila ya???

ingin cuba menggembirakan hati tapi tidak tahu  bagaimana…ingin cuba untuk tidak menangis..ingin cuba utk tidak terus sakit..ingin cuba untuk terus melupakan setiap kali disakiti..ingin cuba untuk tidak pernah menyimpan apa sahaja yg pernah menusuk masuk kedalam hati….

 

ada satu tulisan dari siapa ya…aku terlupa…tentang sekeping hati…tertarik aku dgn cerita ini…lalu ingin dikongsi kan bersama..

 

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata k ita ,” nasihat

seorang ibu kepada anaknya.

 

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu

kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

 

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu

lagi.

 

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya

langsai, bu.”

 

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat

buruk ini?

 

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud

ibu nanti.”

 

Tanpa membantah anak itu setuju.

 

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah

paku ke dinding ini. Kemu dian , setelah kamu meminta maaf, kamu cabut

semula paku yang kamu ketuk itu!”

 

“Baik, ibu.”

 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

 

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,

tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

 

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah

kamu…?”

 

“Maksud ibu?”

 

“ Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan

‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah

dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka.

Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

 

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi

seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

 

::::Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar k ita

tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada

menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.

 

ye ramai orang memikirkan xpe nnti boleh minta maaf…dan andai salah itu tidak mampu dimaafkan lalu kita berkata nabi pun ampunkan ummatnya….ALLAH pun ampunkan hamba-Nya…sedikit pun tidak sebenarnya menyesali silap kita cuma mengharapkan kemaafan dari org yg kita sakiti…kita terlupa bahawasanya maaf bukan satu-satunya tanda org itu sudah melupakan semua silap kita…maaf dan melupakan adalah suatu benda yg berbeza..ye mgkin sudah memaafkan tapi untuk melupakan itu seumur hidup diperlukan……

aku bukan manusia yg begitu baik…yang begitu mudah memaafkan andai diri disakiti..aku tidak sebaik itu….tidak sesempurna itu….walau seringkali aku menyedapkan hati sendiri walaupun hati sendiri disakiti lagi dan lagi..kerana aku hanya yakin kepada suatu perkara…apa yg berlaku ada hikmahnya..mgkin kesakitan hari ini akan membuahkan kegembiraan suatu masa nanti….kerana tuhan itu maha adil…

belajarlah memaafkan semua salah manusia…belajarlah memaafkan walau ianya sangat sakit….jangan pernah memohon maaf dan mengharapkan kemaafan dari orang lain..andai kita sendiri tidak mampu memaafkan…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s