wanita dan kerjaya..tuntutan impian atau syariat???


assalamualaikum n salam sejahtera buat insan yg sudi membaca entri ini…

ermm..semalam aku sedang bertelagah tentang isu bekerja,kerjaya dan juga pendidikan dengan seorang “lelaki”…apabila dia bertanya…abis blaja nnt nk minta posting kat ne??aku dengan bahagianya menjawab SABAH…n then kalau ade rezeki aku nk smbung master kat UMS…teringin nk ade Phd b4 omo 30…namun dia berkata::::eh orang pompuan nk wat pe belajar tinggi-tinggi…saya boleh tnggung sume…x payah la nk keje…duk umah jaga anak lagi bagus daripada duk keje tuh…buat penat je!!!!..

so now how????antara kerjaya???impian??cita-cita???atau tuntutan syariat???mana satu yg harus aku pilih….

lalu aku teringat nasihat dr seorang akak…erm aku sangat merindukan pengisian dari dia…betulla kalau akhir zaman ni..org-org baik sume tuhan amik awal…bukan bermaksud org yg jahat thn xamik…hoho….

Wanita bekerja di luar rumah.

Assalamualaikum warahmatullah..

Pertamanya dan terutamanya marilah sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi Rabbi kerana masih lagi mengurniakan nikmat teragung iaitu hidup dalam keimanan kepada-Nya. Tidak dilupakan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya buat insan termulia nabi Muhammad S.A.W, moga diberi syafaat oleh baginda di akhirat kelak. Begitu juga salam buat sahabat-sahabat baginda dan semua pengikutnya yang lurus.
“Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan dari hasil tangannya sendiri.” (Hadith Riwayat: Al-Bukhari).

Sesungguhnya, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya. Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga, bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam.
Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman nabi atau sahabat-sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut. (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim).

Islam membenarkan wanita bekerja tetapi semua kebenaran itu haruslah berlandaskan konsep syariat yang mutlak. Perkara ini dijelaskan oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya (Nizam Al-Usrah; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
5) Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.
Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Ummu Taufiq & Ridhwan.

bila baca apa yg akak kongsikan….aku menjadi keliru….kerjaya??tuntutan impian atau syariat???hoho….leh bagi idea x??

2 Comments

Filed under -wanita-, islamic

2 responses to “wanita dan kerjaya..tuntutan impian atau syariat???

  1. Salam
    Aku jugak sorg wanita dan isteri yg bekerjaya. Punya impian dan cita2. tapi aku xstuju dgn ayat “eh orang pompuan nk wat pe belajar tinggi-tinggi” ilmu tu penting..sgt lah dituntut..walaupun suami mampu menanggung keluarga, bukan brmaksud suri rumah tu xperlu ada ilmu. kebanyakannya sgtlah berbeza anak seorang surirumah yg belajar setakat SPM brbanding anak surirumah yg ada degree,master atau phd. sesungguhnya anak2 yg bijak kebanyakannya dtg dr baka yg bijak n berilmu. jika xboleh gunakan ilmu yg diperoleh dgn cara bekerja, aplikasikan ilmu itu dgn cara yg lain

    Suami aku ada menyuarakan pndapatnya supaya aku duduk di rumah sbg suri rumah disamping mengajar tusyen utk anak2 jiran. tapi setelah dihitung pendapatannya + pendapatan mengajar tusyen..ternyata tidak mampu utk menanggung kami berdua (tu blom masuk anak) jadi dia membatalkan saja niatnya dan memberi keizinan kepadaku utk meneruskan kerjaya. ye..aku bekerja utk meringankan bebannya. tapi jika dia benar2 mampu menanggung kami sekeluarga (masuk ank2 kelak) apa salahnya aku berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian kpd rumah tgga. selagi belum punya tanggungjawab..kejarlah impian itu sejauh mungkin.kecapilah cita2 itu setinggi mungkin tapi setelah status bertukar menjadi isteri..di situlah memerlukan pengorbanan yg besar. merujuk pd blog Ummu Taufiq & Ridhwan, tanpa nombor yg ke 5, automatik nombor yg ke 2-9 akan terbatal.🙂

  2. huhu thanks jann..i will do the best…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s