pesta makan kek membantah megatower


salam n hye all..

beberapa hari lalu di dalam facebook…group NO mega tower telah menganjurkan satu program makan kek beramai-ramai di tempat terbuka seperti di kuching,penang dan beberapa tempat di malaysia..namun begitu parti ini mendapat tentangan dari beberapa pihak…ye mgkin penganjur pesta ini mengambil inisiatif yang lebih santai untuk menunjukkan bantahan kepada kerajaan betapa beribu2 rakyat malaysia membantah pembinaan mega tower…ye hanya sekadar pesta makan kek…

ada polis katanya...

bukan perhimpunan haram..yang berhimpun membuat bantahan sambil membawa banner dan mengancam keselamatan awam…sekadar satu pesta makan kek beramai-ramai sebagai tanda bantahan kepada pembinaan mega tower…tetapi itupun masih kelihatan beberapa orang pegawai keselamatan  yg mengawal keselamatan…apa yang bahayanya pesta makan kek aku pun  xtaw….

bawa kek dan makan beramai-ramai di tempat awam…adakah itu satu kesalahan???adakah ia boleh mengancam keselamatan negara dan orang awam???rasanya pati-pati yg berkeliaran itu lagi bahaya berbanding rakyat malaysia yg berkumpul untuk makan kek….ermmm…negara demokrasi….ye inilah demokrasinya negara kita…sehingga pesta seperti ini pun dianggap mengancam keselamatan….aduhaiii sayang…

ini suara kami...kami tak mau mega tower

tidak bolehkah mereka melihat ini dari satu sudut positif…ye rakyat sedang berkata,rakyat sedang bersuara….dengarlah suara rakyat….kami membantah pembinaan mega tower…

disini ada  gmbar yang diambil dr page no mega tower ….sempena hari pesta makan kek….

 

abang2 "guard" nak kek juga ke???

 

berkumpul untuk makan kek sambil santai....

rasanya belambak je ujung2 minggu pekerja2 asing penuh berkumpul kat klcc..sogo..masjid jamek ke apa benda..berlambak ngn dorang je…xde plak kerajaan nk amik inisiatif…mereka mgkin membahayakan….tapi rakyat sendiri berkumpul untuk makan kek pun xkan nk suruh polis jaga….alahaiiii….kerajaan malaysiaku sayang…

2 Comments

Filed under -match and mix-

2 responses to “pesta makan kek membantah megatower

  1. Ronnie

    Kepada CIk adik,

    Saya taulah anda ni termasuk dalam golongan pembangkang kerajaan. Tetapi cubalah kaji dahulu. Jangan terus menonong je nk tuduh yang bukan2. Adik ni biasa ke pergi ke KLCC? kalau adik tak biasa apa kata adik pergi sana sendiri ya. Untuk pengetahuan adik, saya ada 2 jawapan. Adik kata perlu ke negara demokrasi ni ada polis yang menjaga perhimpunan makan kek? Jawapannya perlu. Mengapa? Kerana Polis datang bukan untuk cari gaduh. Tetapi mengawal keadaan dimana jika berlaku perkara tak diingini. Cth: ada lah mamat tak suka dengan pembangkan tiba-tiba mengamuk ke. Kalau takde polis agak2 kumpulan2 ni bleh tolong ke?. Yang keduanya, adik tengok gambar tu betul2..untuk pengetahuan adik. Ini bukan mamat polis. Ini adalah PENGAWAL KESELAMATAN KLCC. Harap adik janganlah teruskan post benda yang tak pasti kesahihannya lagi. Wallahua’lam..

  2. terima kasih atas komen saudara…nanti saya betul kan tag itu ya….mgkin itu kesilapan di pihak saya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s