Monthly Archives: November 2010

sebar video memalukan-bagaimana anda ingin minta maaf???


assalamualaikum n hye all…

 

owh rasa bahagianya apabila killer paper sudah selamat diselesaikan…hoho..cuma tinggal 1 lagi paper tntang sosiologi pendidikan…hoho…sekolah sebagai sebuah sistem sosial…sebagai seorang guru kita haruslah pandai bersosial…sekolah sebagai satu agen perubahan sosial…

namun kini kita semakin sering mendengar tentang keruntuhan sosial di kalangan remaja….macam-macam cerita…kena tngkap basah,buang bayi, projek haram,berdua-duaan,merempit,bosia,bohjan,anak ikan,gigolo,pelacur atau apa lg…macam-macam istilah ada dan macam-macam cerita ada….

dulu-dulu xde fb kan…skang fb mempercepatkan lagi penyebaran-penyebaran video-video malah sebenarnya fitnah juga turut sama tersebar hanya dengan 1 klik(share)…dosa itu mengalir 24 jam tanpa henti..malah saat sedang tidur pun dosa sedang mengalir masuk ibarat air sungai yg sentiasa mengalir…ermmm…

aku selalu berpesan pada diri…jgn kata pape kat orang walaupun dia salah…kalau x mampu untuk menegur kesilapan dia..cukuplah aku menidakkan dalam ati…walaupun itu selemah-lemah iman…mengatakan yg dia lakukan itu salah..ye itu salah…tapi x perlulah nak cakap bodoh punya perempuan pakai tudung tp baju ketat….pompuan sial, duk peluk2 ngn laki..xde malu ke..nih la kalau xde iman…malah pelbagai lagi kutukan n hinaan kepada si pelaku itu….berbakul-bakul sumpah seranah dari org yg merasakan dia jauh lg baik dari si pelaku itu….walaupun hakikatnya tiada beza sangat pun….si pelaku itu x menutup aurat/melakukan kesalahan….tp si pengutuk-pengutuk ini pula x lakukan kesalahan ke???itu ke caranya???

ermmm..kenapa video-video mengaibkan itu disebarkan???untuk dijadikan pengajaran??pengajaran itu boleh dilakukan…ye mmg bagus untuk dijadikan pengajaran…tetapi tidak perlu ditunjukkan rupa..tidak perlu disebut nama…tidak perlu diberitahu siapa…itulah baru dikatakan pengajaran…

sebagai contoh pengajaran sewaktu nabi muhammad s.a.w. naik ke langit waktu  israk mikrah….dia bercerita pasal manusia-manusia yg diazab di neraka…wanita digantung rambutnya,manusia yg memakan dagingnya sendiri..malah banyak lagi…namun tidak disebut siapa…siapa namanya..bagaimana dia…cuma disebut kesalahan +hukuman supaya dapat dijadikan pengajaran…..

aku selalu brpesan pada kawan…ish jgn kata kat orang..cakap je nauzubillah jauhkan kita,saudara-saudara dan sahabat kita dari semua itu andai terlihat sesuatu yg salah…andai kata terlihat video org kena tngkap basah…kita cakap nauzubillah…semoga kita terlindung dr melakukan benda-benda sebegitu…bukannya mengatakan bodoh perempuan tu,,,lelaki tu cam sial…kerana takut…tuhan nk tunjuk kat kita…tuhan uji kita camtu….

sbb itu lah…aku selalu cakap…jgn cakap kat orang..ntah2 tahun depan tuhan duga kita..kita plak yg buat….

ok now..andai kata org yg dlm video tu taubat nasuha…bagaimana korang yg mengata-ngata berapi nih nak minta maaf dengan dia???bagaimana ????tahukah korang mana alamat dia???kenalkah korang siapa nama dia???bagaimana korang ingin memohon maaf dari dia bahawa korang pernah mengata dia,mengutuk dia….

dosa ngn ALLAH S.W.T korang bleh mnta maaf dengan ALLAH S.W.T…..dosa dengan manusia korang kena minta maaf dengan manusia itu sendiri….

 

p/s:::andai apa yg aku sampaikan ini salah…aku mohon diperbetulkan…mgkin aku memahami sesuatu itu berbeza dari konsep…atau melihat sesuatu itu berbeza dari apa yg sebenarnya…

6 Comments

Filed under -coretan hati-, islamic

wanita dan kerjaya..tuntutan impian atau syariat???


assalamualaikum n salam sejahtera buat insan yg sudi membaca entri ini…

ermm..semalam aku sedang bertelagah tentang isu bekerja,kerjaya dan juga pendidikan dengan seorang “lelaki”…apabila dia bertanya…abis blaja nnt nk minta posting kat ne??aku dengan bahagianya menjawab SABAH…n then kalau ade rezeki aku nk smbung master kat UMS…teringin nk ade Phd b4 omo 30…namun dia berkata::::eh orang pompuan nk wat pe belajar tinggi-tinggi…saya boleh tnggung sume…x payah la nk keje…duk umah jaga anak lagi bagus daripada duk keje tuh…buat penat je!!!!..

so now how????antara kerjaya???impian??cita-cita???atau tuntutan syariat???mana satu yg harus aku pilih….

lalu aku teringat nasihat dr seorang akak…erm aku sangat merindukan pengisian dari dia…betulla kalau akhir zaman ni..org-org baik sume tuhan amik awal…bukan bermaksud org yg jahat thn xamik…hoho….

Wanita bekerja di luar rumah.

Assalamualaikum warahmatullah..

Pertamanya dan terutamanya marilah sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi Rabbi kerana masih lagi mengurniakan nikmat teragung iaitu hidup dalam keimanan kepada-Nya. Tidak dilupakan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya buat insan termulia nabi Muhammad S.A.W, moga diberi syafaat oleh baginda di akhirat kelak. Begitu juga salam buat sahabat-sahabat baginda dan semua pengikutnya yang lurus.
“Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan dari hasil tangannya sendiri.” (Hadith Riwayat: Al-Bukhari).

Sesungguhnya, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya. Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga, bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam.
Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman nabi atau sahabat-sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut. (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim).

Islam membenarkan wanita bekerja tetapi semua kebenaran itu haruslah berlandaskan konsep syariat yang mutlak. Perkara ini dijelaskan oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya (Nizam Al-Usrah; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
5) Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.
Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Ummu Taufiq & Ridhwan.

bila baca apa yg akak kongsikan….aku menjadi keliru….kerjaya??tuntutan impian atau syariat???hoho….leh bagi idea x??

2 Comments

Filed under -wanita-, islamic

isu sejadah gmbr babi-sensitif atau prejudis???


salam n hye all…

ermm actually aku da lama perhati lepas satu-satu isu timbul…malah semuanya menyebabkan kita sesama islam yang berantakan…ntah la…ini dugaan atau aturan…atau ini adalah satu ujian supaya kita lebih berhati-hati….atau sebenarnya ini semua adalah sebuah perancangan…siapa kita untuk membaca hati dan minda orang..apa yang ada di dalam fikiran orang…sesiapa boleh berkata itu dan ini…tetapi yang sebetulnya hanya mereka dan tuhan yang tahu…

tetapi haruskah kita terus tertipu atau terpedaya….apa yang perlu kita lakukan…prejudis atau sensitif??bergantung pada niatkah???betul ke orang selalu kata??bagaimana org islam di malaysia ingin membela islam seandainya mereka sendiri tidak nampak seperti islam????bagaimana org bukan islam ingin memandang islam itu tinggi sekiranya org islam itu sendiri  menjatuhkan islam….

teringat waktu aku naik kereta api…duduk tepi seorang chinese dari kelate…berborak2 la ngn dia…sekali dia cerita..dia cakap first time dia masuk u,orang ingt dia melayu….sebab bdk2 cina kalau jmpa dia..cakap melayu..dia pelikla…so dia bgtau la…”hei,saya cina lah”…okieslah not bad la cite tu…sbb cina kelate mmg muka ala2 melayu…tp yg bestnye..bila si kawan cina tu cakap..”lew,ingt u melayu…skang xleh beza ma melayu ke cina..sbb dulu melayu ramai pakai tudung..skang ramai seksi ma..sama ngn kita je”…so????

dan..ada satu malam tu..aku lepak2 danga bay…pastu datang la beberapa lelaki…dorang mengedarkan buku psl islam…ye diorang bg buku tu free je..tp kalau kita nk bersedekah silakan…okies la…x perlu nk berkira sangat bab2 sedekah nih…tapi tiba2 lalu lah 2-3 orang gadis comel..pastu bila lelaki tu tanya…”assalamualaikum,awk org islam ke?”…gadis2 yg berskirt,rambut perang,baju bb t tu dengan selamba menjawab..of course la kitorang org islam…..lelaki tu pun bagi buku tuh…ermmm..

pastu..psl sape lg..artis???x payah la cite psl artis…da jemu…kat klate iklan2 dia mewajibkan semua model2 perempuan pakai tudung…maka dapat la dilihat fara fauzana,nurul, malah maya karin pun bertudung…kenapa boleh plak dorang shoot iklan pakai tudung???sbb kalau x wat cmtu xleh pasang papan iklan kat kelate????abis kenapa malaysia x wat???wat je terus utk satu malaysia???ada brani???

org malaysia mmg sensitif…sensitif sangat2…xleh nk cuit skit mula nak melatah…pong pang pong pang kuar hujah..xyah cakap bab hadis,kitab sume kuar…..kadang2 yg bercakap pasal ayt al-quran tu profile pic dlm fb pun tayang kepala togel…tapi xpelah..moga2 one day dapat hidayah…semua org nk tunggu hidayah…hidayah utk pakai tudung..utk tutup aurat…selamat menunggu…jgn smpai pergi dahulu….

mcm2 isu ada kan..xtaw isu dibuat2…sengaja???kebetulan???sensitif atau terlalu prejudis….kita kena sensitif???ye kita perlu sensitif….walaupun kadangkala kita terlalu prejudis….kalau kita x sensitif,sape lagi kita nak sensitif???

isu logo coca cola

 

isu fesyen di iff??

 

isu logo croc...

 

isu sejadah ada muka babi

 

malah byk lg isu2 lain….isu2 yg hangat seketika kemudian tenggelam…yg pong pang pong pang itu terus menjalani kehidupan biasa….tmbul isu baru…dtg balik…fuihhh berapi bercakap…tp tindakan???ada??xde…xmampu wat pape…kerana kamu sape???bukan sape2…

isu freemason rasanya bukan isu baru…tapi berapa ramai yg tahu..berapa ramai yg nak amik tahu???bukan nak kata….walaupun blaja tinggi2..smpai masuk universiti…sampai dapat degree dan Phd…tapi masih ramai yg buat tuli..tutup mata jalani hidup hari2…xde kaitan dengan dia katanya benda2 cmni..xmo amik taw….

maruah kita dipijak2…tp kita masih  bersangka baik????rkyat malaysia mmg baik2…bukan semua org bukan islam itu jahat…aku berlambak kawan bukan islam…teacher aku seorang cina..kalau pergi umah dia..dia xpernah ajak kitorang naik…duk kat tmn depan umah dia je…smpailah  satu  hari tu dia cakap..maafla ye..dlm rumah sy ada anjing..tkut nanti awk semua terkena ke…org islam x boleh kan???kalau org cina pun menjaga sensitiviti kita???kenapa kita sendiri xpernah nak sensitif???kenapa nk snsitif kan….sbb arak da jadi minuman..anjing da jadi binatang peliharaan…cium peluk da jadi mainan…disko da jadi tmpat lepak…so???

6 Comments

Filed under islamic

pernah terfikir ke??


salam n hye all..

pernah x korang terfikir???

1-kita mampu berpura-pura mencintai orang…tetapi kita tidak mampu berpura-pura TIDAK mencintai orang..

2-kita lagi mudah menangis saat gembira berbanding tersenyum saat sedih..

3-kita hanya ingat ALLAH S.W.T. saat susah,sedih,derita sengsara berbanding saat senang,bahagia…

4-kalau kita jahat…kita nak kawan ngn org baik…tetapi kalau kita baik…kita xnak kawan ngn org jahat….

5-kalau kita blaja smpai dgree,kita xnak org blaja smpai spm je….TETAPI kalau kita blaja smpai spm je..kita nk org blaja smpai degree..

6-kalau kita wat salah..kita nak org maafkan kita…TETAPI  kalau org wat salah kat kita..kita sentiasa keliru nak maafkan ke x???

7-kalau kawan kita abaikan kita..kita sedih..walaupun die buat tnpa sengaja TETAPI kalau kita abaikan kawan kita tnpa sengaja..kita wat xtaw je…

8-kalau kawan tgh sedih,kita boleh bagi nasihat banyak2 kat dia TETAPI kalau kita sedih kita xleh nk bg nsihat kat diri sndiri…

9-kalau org x hargai kita…kita sedih..TETAPI..kalau kita x hargai orang???

10-kalau apa yang kita nak kita xdapat…kita terluka TETAPI kalau apa yg kita nak kita dapat..kita lupa ucap terima kasih…

11-kalau kita cantik..ada lelaki x hensem nak…kita tolak  TETAPI  kalau kita x cantik…kita nak kat lelaki hensem….

12-kalau kita wat pape…kita nak suruh org paham kita TETAPI kalau org wat pape..kita pun xnak paham dia…

13-saat korang rasa korang da wat yg terbaik tapi si dia kata kamu x wat pape…SEBENARNYA dia juga sudah buat yang terbaik tapi kamu kata dia x wat apa-apa…

 

pernah x korang terfikir???kalau orang wat pape kat korang n korang rasa sedih,happy,terluka,bahagia sebenarnya begitulah org lain rasa saat korang lakukan pada dia….kerana kita adalah manusia….lelaki juga seorang manusia….:)

2 Comments

Filed under -nukilan seminit-

kimia sangat “fun”


salam n hye all..

harini tiba-tiba aku terimbau kembali kenangan-kenangan lama…kenangan zaman persekolahan…atau lebih fokus lg..kenangan zaman belajar kimia tingkatan 4 dan 5…cikgu memainkan peranan yg penting dalam membuatkan sesuatu subjek tu nampak mudah,menarik,senang untuk faham dan melibatkan pelajar secara aktif dalam kelas…

ada benda yg nampak mudah tapi agak sukar untuk direalisasikan,sebagai guru kita nak beritahu::

  • kimia itu senang.
  • kimia itu menarik.
  • kimia itu mudah difahami.
  • kimia itu sesuatu imaginasi yg abstrak..
  • kimia itu sangat unik untuk dipelajari.
  • kimia itu sangat berkait rapat dengan kehidupan..

memerlukan daya usaha yg agak kuat untuk membolehkan pelajar itu sendiri memahami apa yg cuba kita sampaikan…tahukah korang???pelajar akan mudah faham apa yg dorang pelajar kalau cikgu tuh dorang suka…jadi cikgu kena ikhlas kan…supaya apa yg kita ingin ajar tuh sampai kepada pelajar…

pelbagai teaching aids kita guna::

  • video.
  • power point slide.
  • interactive exercises.
  • exercises n games.
  • activity.
  • experiments.

tapi kadang-kadang pelajar tgk sebelah mata je sebab dorang da belajar kat tuisyen…ermm…jadi cikgu dulu x macam cikgu sekarang..cikgu dulu xpayah pakai powerpoint slide,xde nye main games2 dlm kelas…just talk n chalk je…tapi pelajar tumpukan perhatian….pelajar skang…nk kena guna pelbagai teknik pengajaran…tu pun belum tntu dorang nk dgr…sibuk duk cite pasal pakwe…sibuk duk cite pasal facebook….ermmm…dunia da berubah..dan isi dunia juga sudah berubah…

tapi seriously aku mnt kimia pun sbb ms sekolah cikgu kimia aku mmg best…n ms masuk matrik pun lecturer kimia aku sgt best…hoho…walaupun arini aku xleh jawab final kimia fizik II…aku ttp minat kimia…huhu

3 Comments

Filed under -life story-

ALLAH S.W.T. tahu derita itu


saat ku pohon kekuatan hati..
ALLAH S.W.T. berikan aku musibah

saat ku pohon kebijaksanaan
ALLAH S.W.T. berikan aku masalah

saat ku pohon kebahagiaan
ALLAH S.W.T. berikan aku kesusahan..

ALLAH S.W.T. x mmberi apa yg aku inginkan tetapi memberi apa yg aku perlukan..kerana DIA maha mengetahui..

DIA menduga hamba-Nya dengan kekuatan yang ada pada kita…kerana DIA maha mengetahui….

mgkin derita inilah kita akan lebih bahagia di waktu depan..ada hikmah yg belum tersingkap nilainya….

derita yg secebis ini apalah sangat untuk ditangisi berbanding dosa saat bahagia…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-, cinta is ♥

aidiladha di bumi skudai..


salam n hye all…

selamat hari raya aidiladha….maafkan aku andai ada salah dan silap selama kita  kenal nih..n aku da maafkan semua salah silap orang…ahaks…

semalam aku begitu excited nak gi semayang raya kat msjid..pastu tetiba teman baik aku mengunjungi aku…lalu terbaringla aku di katil…ingatkan nak g jamuan raya rupa-rupanya tidak dijemput….ahakss berganda sedih aku di hari raya yang mulia nih…dah la x balik kampung…bajet nak raya kat perantauan…hoho..sadis tul…ahakss….

arini aku menjamu selera kat jusco…ye dihari raya yg mulia ini…makan kat rasamas kat jusco…hoho…order ayam pepper knon pedas tp x pedas pun….ermmm…tp xpe lah da lapar gile dr pagi x makan pape…so makan je lah sampai licin…ahaks….malam plak baru la leh rasa makan daging korban apabila ada kawan bawa utk kitorang nih skit..bestnye…hoho….

so tgh hari tu aku lebih menumpukan perhatian kepada kimia fizik yg bakal dihadapi 23.11.2010 nih….melihat-lihat formula-formula yang berlambak itu..lalu cuba dikaitkan dalam kehidupan seharian aku sendiri…arghhh betapa complicated nye nk derive satu formula…dari  a sampai ke b…kemudian gantikan…masukkan formula sebelum itu..kemudian susun…kemudian itu dan ini…ermmm…panjang aturan dia…untuk dptkan formula itu…..mcm idup kita…ada duka..ada suka..ada aturan dia sendiri…kalau terlari dari jalannya pasti kita da sesat…jauh dr landasan yg sepatutnya..maka jalan akhir itu pasti tidak ditemui…atau kita sebenarnya sudah tersilap percaturan….

 

kolej kesayanganku...

petang tu aku menghabiskan waktu..bersenang lenang dengan membaca novel hadirmu takdirku by alina haizar…quite best….namun x lari dr teman novel2 lain..lelaki kaya syarikat besar…hensem,cantik kacak menjadi pujaan….haha…novel masih lagi sebuah novel…ia ttp sebual cerita yg boleh ditetapkan penghujungnya..hidup kita bukan mcm novel…kerana ada takdir yg akan mendahului perancangan….

 

novel hari ini....

sambil2 baca novel tu aku menikmati sushi kegemaran aku iaitu salmon salad n chuka idako…

 

chuka idako...

salmon salad

malam plak aku mengadap laptop sambil berchatting….ahakss…nih aku duk bilik kawan aku….

 

my baby..

1 Comment

Filed under -cerita kampus skudai-