MEDIA hentikan DISKRIMINASI kepada KELANTAN


salam n hye all..

semalam berlalu sudah seharian aku berada di selatan tanah air menghadiri sebuah majlis perkahwinan….dipagi yang hening dan penuh bersemangat…kami menjamu selera di sebuah rumah milik seorang saudara temanku…sedang aku asyik menikmati karipap..makcik itu bertanya..semua ini asal mana???lalu aku dengan penuh bersemangat jawab saya asal klate…dengan penuh bangganya…namun aku sangat terpukul apabila makcik itu berkata…

“org klate main bola je selalu gaduh2…tiap2 tahun…tiada semangat kesukanan…semangat kenegerian dorang kuat”

aku pun berkata a’a org klate mmg semangat kenegerian kuat..smbil menelan karipap yg rasanya sudah tidak sesedap tadi…air teh juga rasanya sudah seakan tawar…ermmm..bagi aku tiada hak untuk makcik itu menghina negeri aku…didepan aku…adakah dia sudah terlalu sempurna…atau negeri dia sudah terlalu bagus????adakah negeri yang sebegitu bersemangat sukan sehingga tidak pergi ke stadium tapi hanya berada di rumah..dan hanya membaca keputusan esok hari di dalam akhbar???itukah yang dinamakan semangat kesukanan yg ada???

adakah kerana kami orang kelantan memenuhi stadium untuk menyokong pasukan kami lalu kami dituduh kenegerian???wahai media pencetus sentimen kenegerian pada kelantan…kami sendiri tidak pasti…apakah dosa kami pada media sehingga didiskriminasi sehebat ini???adakah kerana kelantan bukan penyokong kerajaan???atau kerana bumi kelantan ini terlalu hebat sehingga perlu dijatuhkan sedemikian rupa….

aku disini..diselatan tanah air ini…rasanya sudah lali mendengar pelbagai cemuhan tentang bumi kelahiran aku…kadang-kadang hati ini seakan terluka…apa dosa kami menjadi anak kelantan sehingga perlu dibenci,dikutuk,dicaci kerana sikap kenegerian kami???apa dosa kami sehingga media hanya tahu mencanang berita negatif tentang kelantan???apa tiada positifkah tentang kelantan???Sehinggakan perlantikan raja kami pun dikaitkan dengan politik….semua yang berlaku di kelantan di kaitkan dengan politik…inikah yang dikatakan 1 malaysia???

media 1 malaysia pendokong kerajaan mendahulukan rakyat???dan kami rakyat kelantan seringkali didahulukan dengan berita-berita negatif…hanya kerana politik???apa sukan juga sudah dipolitikkan???media sudah dipolitikkan???media semakin hari semakin hipokrit menyebar cerita..bias kepada beberapa pihak???Seringkali tertanya dalam hati….media ini milik siapakah????sehingga begitu bias kepada kami pembangkang ini….begitu bias menyampaikan berita tentang kami???

apabila penyokong perlis membaling batu malam tadi…media berkata..itu hanya gurauan ..itu bukan budaya mereka…sungguh manis media menyampaikan berita walaupun berita yang ingin disampaikan itu buruk tapi nampak baiknya apabila media pandai menyusun ayat…tapi seandainya penyokong kelantan yg berbuat sedemikian…media dgn lantang bersuara…keghairahan penyokong kelantan menyebabkan keganasan sehinggakan keselamatan penyokong lawan terancam…berpuluh mercun dibaling sehingga mencederakan penonton…pergaduhan dimulakan oleh penyokong kelantan yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan mereka….beberapa penyokong pihak lawan dipukul oleh penyokong kelantan sehingga meyebabkan kecederaan…wah begitu panjang lebar ulasan dari media…sampaikan 3-4 page cerita pasal itu je…hebat betul..benda yang x ada pun jadi ada….

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s