Daily Archives: October 17, 2010

03@29-itulah kami anak kelantan


 

kelantan bumi bertuah

 

dulu aku hanya budak hingusan..

tidak ingin bicara ttg politik

tidak ingin bicara tentang org dewasa

tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..

ttg prasarana dan juga kemajuan..

hari ini aku sudah terdidik

sudah menjadi minda kelas pertama

bukan lg golongan bawahan

yang hanya mengikut kata

mendengar cerita dusta dr kaca tv

membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media…

dari dulu aku sering mendengarkan..

persoalan demi persoalan..

hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka

kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri

bumi sendiri yang terlalu mundur

kerajaan kelantan yang jauh terkebelakang..

atau kerajaan kelantan yang miskin

minda ini seakan sudah teracun

dengan berita-berita dari media

begitu hebat media mencanang berita

sehingga mampu membuatkan

kelantan terus hina

dimata masyarakat malaysia

mencari ilmu dinegeri orang

dikata negeri sendiri tiada universiti

mencari rezeki di negeri orang

dikata negeri sendiri mundur

malah aku berbangga dimana-mana

ada saja org dari negeriku..

dimana-mana ipta

penuh terisi rakyat kelantan

di syarikat-syarikat terisi juga

rakyat kelantan…

arghhh begitu ramaikah kami???

sehingga media menindas kami sebegini??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana mengisi setiap inci

ruang stadium??

kami kah yang tiada semangat kesukanan??

kerana sentiasa bersemangat menyokong??

kami kah negeri mundur??

yang seringkali direbut saat pilihanraya??

kami kah rakyat pemikiran kelas ke-3??

kerana memilih pemerintahan islam??

kami kah negeri yang bersifat kenegerian??

hanya kerana kami bersatu??

 

 

kelantan

 

apa yang ingin dimaksudkan dengan 1malaysia??

bukankah inginkan bersatu padu??

tidak malukah melaungkan 1malaysia??

andai tidak mampu menyatukan rakyat??

media jalanan..

mengatur wacana berita santapan rakyat

namun kini semakin meracuni

dengan fitnah duniawi

kerana untung atau korapsi

hingga hilang nilai-nilai

manusia itu sendiri…

inikah revolusi??

pengubah paradigma arus duniawi??

pencetus kebencian dalam diri??

atau sebuah diskriminasi??

atau sebuah suara majoriti??

kami tetap kami..

anak-anak kelantan yg teguh berdiri!!!!

kami akan tetap pertahankan..

bumi kelantan pendokong pemerintahan islam..

walau kami dibenci dan dicaci

xkan kami berganjak walau seinci!!!!

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

MEDIA hentikan DISKRIMINASI kepada KELANTAN


salam n hye all..

semalam berlalu sudah seharian aku berada di selatan tanah air menghadiri sebuah majlis perkahwinan….dipagi yang hening dan penuh bersemangat…kami menjamu selera di sebuah rumah milik seorang saudara temanku…sedang aku asyik menikmati karipap..makcik itu bertanya..semua ini asal mana???lalu aku dengan penuh bersemangat jawab saya asal klate…dengan penuh bangganya…namun aku sangat terpukul apabila makcik itu berkata…

“org klate main bola je selalu gaduh2…tiap2 tahun…tiada semangat kesukanan…semangat kenegerian dorang kuat”

aku pun berkata a’a org klate mmg semangat kenegerian kuat..smbil menelan karipap yg rasanya sudah tidak sesedap tadi…air teh juga rasanya sudah seakan tawar…ermmm..bagi aku tiada hak untuk makcik itu menghina negeri aku…didepan aku…adakah dia sudah terlalu sempurna…atau negeri dia sudah terlalu bagus????adakah negeri yang sebegitu bersemangat sukan sehingga tidak pergi ke stadium tapi hanya berada di rumah..dan hanya membaca keputusan esok hari di dalam akhbar???itukah yang dinamakan semangat kesukanan yg ada???

adakah kerana kami orang kelantan memenuhi stadium untuk menyokong pasukan kami lalu kami dituduh kenegerian???wahai media pencetus sentimen kenegerian pada kelantan…kami sendiri tidak pasti…apakah dosa kami pada media sehingga didiskriminasi sehebat ini???adakah kerana kelantan bukan penyokong kerajaan???atau kerana bumi kelantan ini terlalu hebat sehingga perlu dijatuhkan sedemikian rupa….

aku disini..diselatan tanah air ini…rasanya sudah lali mendengar pelbagai cemuhan tentang bumi kelahiran aku…kadang-kadang hati ini seakan terluka…apa dosa kami menjadi anak kelantan sehingga perlu dibenci,dikutuk,dicaci kerana sikap kenegerian kami???apa dosa kami sehingga media hanya tahu mencanang berita negatif tentang kelantan???apa tiada positifkah tentang kelantan???Sehinggakan perlantikan raja kami pun dikaitkan dengan politik….semua yang berlaku di kelantan di kaitkan dengan politik…inikah yang dikatakan 1 malaysia???

media 1 malaysia pendokong kerajaan mendahulukan rakyat???dan kami rakyat kelantan seringkali didahulukan dengan berita-berita negatif…hanya kerana politik???apa sukan juga sudah dipolitikkan???media sudah dipolitikkan???media semakin hari semakin hipokrit menyebar cerita..bias kepada beberapa pihak???Seringkali tertanya dalam hati….media ini milik siapakah????sehingga begitu bias kepada kami pembangkang ini….begitu bias menyampaikan berita tentang kami???

apabila penyokong perlis membaling batu malam tadi…media berkata..itu hanya gurauan ..itu bukan budaya mereka…sungguh manis media menyampaikan berita walaupun berita yang ingin disampaikan itu buruk tapi nampak baiknya apabila media pandai menyusun ayat…tapi seandainya penyokong kelantan yg berbuat sedemikian…media dgn lantang bersuara…keghairahan penyokong kelantan menyebabkan keganasan sehinggakan keselamatan penyokong lawan terancam…berpuluh mercun dibaling sehingga mencederakan penonton…pergaduhan dimulakan oleh penyokong kelantan yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan mereka….beberapa penyokong pihak lawan dipukul oleh penyokong kelantan sehingga meyebabkan kecederaan…wah begitu panjang lebar ulasan dari media…sampaikan 3-4 page cerita pasal itu je…hebat betul..benda yang x ada pun jadi ada….

Leave a comment

Filed under -cerita bumi klate-

minggu lalu dan aku…


salam n hye all..

minggu lepas rasanya aku agak sibuk dengan tugasan yang memerlukan penglibatan yang optimum dari kami…sebagai seorang bakal guru kami perlu mengambil subjek sosiologi pendidikan. Dimana kami perlu menjalankan pembelajaran sosial dimana membuat satu program yang dapat membantu masyarakat dengan perkhidmatan sosial dan mendapatkan keuntungan kepada kami dari segi kewangan dan juga perkhidmatan..

so mnggu lepas kitorang wat program derma darah…kamilah pengarah program…kamilah bendahari..kamilah setiausaha..haha…bermula dari menampal poster..mengedar flyers dan semuanya…

poster kami dlm english sbb utk international students skali..

ajk perlaksana

thanks to petugas kpj..

peserta terawal..

 

check darah..sy jenis AB+

check blood pressure

menderma...

thanks kepada penderma..

international students

gift for donater...

penderma terlewat...haha

 

thanks kepada semua yang terlibat….dari ajk,petugas,penderma dan semua-semua yang terlibat…yang sudi menjayakan program social service learning kitorang….time to finish the report..

7 Comments

Filed under -cerita kampus skudai-, -match and mix-, kesihatan