Daily Archives: October 8, 2010

esok itu untuk siapa


esok itu untuk siapa???

detik-detik waktu terus berlalu

tanpa ada ruang untuk kembali semula

semalam terus pergi

meninggal sejuta kenangan..

yang pasti aku masih disini..

meneruskan sebuah perjalanan..

aku terluka kerana dia..

namun aku bahagia kerana dia..

masih adakah esok untuk aku..

melihat senyumnya??

mendengar tawanya??

masih adakah esok buat aku..

untuk terus mengukir kenangan

dijadikan hiburan saat aku berduka

menjadi memori saat aku sudah tiada..

masih adakah esok untukku..

untuk memohon maaf..

atas kesilapan masa lalu..

pastikah esok itu untukku???

kawan…aku ingin katakan..aku sayangkan kamu..

walau kamu berkata kamu bukan seorang yang sempurna..

tetapi tahukah kamu??

insan yang tidak sempurna sepertimu

adalah sahabat yang paling sempurna

pernah aku miliki…

terima kasih…

maafkan aku atas segala kekhilafan saat lalu..

kerana aku bimbang esok bukan lagi buatku…

Leave a comment

Filed under -coretan hati-, -match and mix-, -nukilan seminit-