arus perubahan sosial semakin mengganas..


salam all..

arini memandangkan aku puasa..tambahan plak badan rasa cam nk hancus kerana seharian bersukan semalam..aku pun lepak2 la dlm blk kuliah..n seperti biasa tgkla metro online..apa berita-berita menarik arini….apa berita yg membuatkan hatiku terdetik tntang masalah sosial yg semakin teruk dan juga perubahan sosial yg sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini…yang sebenarnya semakin parah…tapi seakan dipandang remeh oleh sesetengah orang…

seorang gadis melarikan diri dari rumah kerana dipercayai mengikut teman lelakinya…ermm singkatnya pemikiran kamu anak muda..ingin menyalahkan siapa???ibu ayah??gadis itu??teman lelakinya??masyarakat??guru??pemimpin??atau siapa ya??…sebelum kita menuding jari mencari siapakah yang bersalah…lebih baik kita mencari punca kenapa ini semua yang terjadi. kenapa begitu banyak sekarang..anak2 gadis melarikan diri mengikut teman lelaki lalu meninggalkan ibu ayah yang sebegitu banyak berkorban.lupakah mereka pada ibu ayah ini???hebatkah cinta sehingga mampu membuat manusia di awangan..hebatkah cinta sehingga mampu membuat manusia seakan hilang kewarasan fikiran lalu melakukan sesuatu diluar batasan.

wahai anak gadis,lupakah kamu pada didikan ibu ayah??tidak tersentuhkah hatimu melihat pengorbanan mereka??butakah matamu untuk menilai yang terbaik??bekukah hatimu untuk mengetahui yang mana harus kamu ikuti???hebatkah kekasihmu sehingga mampu membuatkan kamu terbuai dalam cinta syaitan ciptaannya…rayuan apa yg dia taburkan hinggakan buta mata hatimu…buta matamu untuk melihat dimana silapnya percaturanmu itu???

gadis hari ini

wahai anak muda,itukah sifat lelaki yang sepatutnya menjadi khalifah dimuka bumi ini???menaburi cinta palsu lalu mengikatmu dengan perangai iblis supaya melakukan tindakan sebegini???inikah lelaki yang tercipta dengan 9 akal..yang mana hebat dalam percaturan dan membuat keputusan???inikah lelaki yang akan membimbing wanita kejalan yg lurus…atau kamu sendiri kehilangan arah???

say no to couple

wahai guru..terapkah kamu dengan pendidikan dan juga nilai moral yang tinggi….atau sibuk menghabiskan silibus agar pelajar-pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan keputusan cemerlang….atau cikgu sibuk memberi tuisyen kerana peperiksaan spm semakin hampir sehingga lupa…pengisian rohani yang semakin kosong dalam jiwa pelajar itu sendiri…wahai guru…jadilah kamu pendidik dan bukannya hanya seorang penyampai ilmu dan pencari kejayaan…

wahai masyarakat,ubahlah minda,ubahlah ‘mind set’ kita semua..bahawa bukan sahaja anak gadis yang harus dijaga..harus dikawal,harus dipantau tapi juga anak lelaki kita..kerana mungkin mereka yang akan merosakkan anak gadis yang dijaga itu…sentiasa  alert dengan keadaan dan situasi anak-anak..sentiasa memerhati di sekeliling walau bukan anak sendiri…kerana bimbang  kerosakan seorang anak remaja akan mempengaruhi keseluruhan kehidupan sosial disekitar itu.

wahai ibu ayah tercinta..kamu semestinya adalah ibu bapa yang terbaik di dunia..sentiasa mengawasi,sentiasa menasihati,sentiasa memahami dan menjaga setiap inci anak tersayang…namun semua itu telah tertutup dengan nilai cinta yang dihidang si lelaki…wahai ayah dan ibu….mungkin teori2 pembesaran kanak-kanak tidak dipelajari…dimana ada tahap-tahapnya…tapi tidak salah andai aplikasikan teori yang diajar rasulullah s.a.w…

saat anak-anakmu kecil(1-7thn)

-kasihi mereka,sayangi mereka dengan kasih sayang yang tidak bertepi..

saat anak-anakmu sudah mula membesar(7- 14tahun)

-tanamkan disiplin dalam diri mereka..ajarkan mereka solat..ini kerana mengikut kajian di dalam linkungan umur ini, sangat sesuai untuk membentuk sahsiah dalam diri anak-anak itu..

saat anak-anakmu sudah remaja(15-21thn).

..jadikan mereka kawan.tukarkan disiplin kepada rasional..ajak mereka berbincang,memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dalam masalah keluarga dan memberikan mereka ruang untuk bercerita serta berkngsi..jadilah ibu bapa dan kawan.

saat anak-anakmu sudah dewasa(21thn keatas).

-lepaskanlah anakmu untuk biarkan dia menempuh kehidupan ini..namun sesekali lihatlah perkembangannya agar dia tidak hanyut dalam arus duniawi ini..

insan acuan al-quran

pada usia 15-21 tahun itu gelora nafsu mereka seakan mula mengganas..malah mereka mula ingin melakukan sesuatu yg dirasakan luar dari biasa. ingin mencuba sesuatu yang baru.perubahan tingkah laku dan penyesuaian identiti berlaku dengan hebat pada usia ini…ibu dan ayah haruslah menggunakan pendekatan yang sesuai dalam pendidikan anak-anak…anak-anak akan mula jauh dari ibu dan ayahnya apabila dia mula merasakan tidak selesa untuk membicarakan apa sahaja tentangnya kepada ibu ayahnya..lalu mencari seseorang untuk berbicara….dan disitulah bermulanya jurang pemisah….

wahai ibu…wahai ayah…tidak salah andai kamu menjadi sahabat tempat anak-anakmu berbicarakan soal cinta..kerana itu adalah fitrah yang dilaluinya…jangan dimarahinya tapi didiklah dia..bimbinglah dia..nasihatilah dia agar tidak terus hanyut dalam fantasi cinta ciptaannya..jadilah sahabat terbaik buat dirinya….

sedarkah kita sebenarnya arus perubahan sosial yang berlaku dalam remaja hari ini semakin mengganas..malas seakan tidak terkawal..lupakah kita pada tanggungjawab kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini….atau ada diantara kita yang berkata arghh lantakla buat apa aku nak amik tahu..bukan ada kena mengena dengan aku pun…ermm andai ada yang berfikiran begitu…tunggu entry khas buat anda nanti….

p/s:::wahai anak-anak muda..jgn kamu tenggelam dalam gelombang sosial yang semakin menggila..jgn biarkan kamu kelemasan tanpa pegangan..

Leave a comment

Filed under cerita dari berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s