saya nak 5 minit je dari 24 jam awak..boleh tak??


semalam..

kamu mengatakan aku cinta padamu..

lalu..

hati menjadi berbunga-bunga…

bagai terawan-awan di langit biru..

bagai berlari-lari di pepasir pantai..

hari ini..

kamu masih mengatakan aku cinta padamu..

namun..

iramanya x semerdu semalam..

arusnya x segarang semalam..

alirannya semakin songsang..

rasa itu bagai hilang..

yang tinggal hanya ucapan…

semalam..

kamu sentiasa disisi bertanyakan khabar..berkongsi cerita..

lalu..

akulah si pendengar setia..

akulah si pencerita..

akulah pelakon utama..

hari ini..

kamu masih setia disisi..berkongsi cerita..

namun..

cerita itu tiada penghujung..

aku hanya pelakon pembantu..

drama itu penuh iklan picisan..

plot-plot cerita ibarat tiada kemuncak..

karakter-karakter juga seringkali berubah..

tone juga semakin negatif…

semalam..

riang ketawa,senyum bahagia,tangisan kerinduan kedengaran..

lalu..

bagai bermimpi di siang hari..

bagai banjir dalam kemarau…

bagai merasakan sejuknya salji di tgh padang pasir…

aku benar-benar kehanyutan..

hari ini..

masih kedengaran riang ketawa,senyum bahagia dan tangisan  kerinduan..

namun..

ianya seakan jauh pergi..

bagai x ingin kembali..

not-not bunyi itu semakin lari..

bagai tiada irama senada..

bagai ombak tidak lg memukul pntai…

aku hanya insan biasa…

tidak sekuat mana…tidak setabah mana…tidak sehebat mana..tidak sesetia mana..tidak sesabar mana…

sungguh cinta itu sentiasa dihati..namun ibarat menanam bunga..kalau tidak dijagai..akhirnya ia mati…

aku hanya insan biasa..

xperlu msg hari-hari..xperlu ucap i love u selalu..x perlu calling2 selalu..xperlu dipujuk saat merajuk..xperlu teady bear n bunga sebagai hadiah…xperlu candle light dinner…xperlu dating di hujung minggu…

cuma..

aku inginkan sedikit perhatian darimu…

rindu ini masih berlagu..

cinta ini masih berbunga..

setia ini masih berpadu..

jgn…

jgn biarkan ia pergi..

jgn biarkan ia berlalu..

kerana

aku terlalu syg untuk melepaskan semua ini..

terlalu sygkan dirimu..

awak…

saya nak 5 minit je dari 24jam awak…

boleh x??

awak…

sy takut hati ini semakin rapuh..

sy takut cnta ini semakin pudar..

sy takut rindu ini semakin tenggelam..

dan akhirnya..kau dan aku tidak lagi seiring….

2 Comments

Filed under -cerita dunia maya-, -coretan hati-, cinta is ♥

2 responses to “saya nak 5 minit je dari 24 jam awak..boleh tak??

  1. whiteknight

    pergghhh…jiwangnyer toru..
    tidak ku sgka, dalam hati ada kedai bunga
    hoho~

  2. ko apa taw….skang aku jadi tokey bunga…

    fresh flower dpt free…simpan sparuh dlm hati..yawn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s