benda yg paling dekat ngn kita adalah mati


itu kata-kata ustaz aku masa skolah..benda yg paling dekat ngn kita adalah mati…benda paling jauh adalah masa lalu…

23.08.2010..aku kehilangan seorang adik..yg aku kenali melalui dunia chat…dunia ym..dnia maya..tp kitorang mmg rapat….dia xcident..aku terkedu…hilang segalanya..

27.08.2010..aku hilang lagi seorang kawan….ermm..

kuatkah aku menghadapi dugaan ini….esok lusa ntah2 aku plak yg pergi kan…

alfatihah buat kedua2 sahabatku…

 

 

persinggahan seorang manusia

 

di setiap waktu saat sebelum kehilangan…kita jarang sekali ingin menghargai…malah kadang-kadang kita merasakan tidak apa..untuk menyakiti arini kerana masih ada esok untuk memohon kemaafan..lupakah kita..masih adakah esok untuk kita???untuk memohon maaf atas kesilapan semalam…

sungguh aku terkedu…ye aku terlewat sebenarnya untuk memberitahu aku sayangkan kamu…sehari sebelum pemergian alya..die “pm” aku melalui ym…die bertanya…

alya: salam akak

alya:nak tanya benda nih..

alya: akak beci sngt ke kat alya nih???

idle 10minute…

buzz!!!!!

 

ye itulah msg terakhir alya buat aku…dan msg itu terus disitu tnpa balasan…kerana aku sibuk dgn kerja-kerja duniawi..time tu aku pergi bilik kawan nk makan kuih raya…tinggal laptop mengharapkan xde pape…namun aku sebenarnya sudah meninggalkan satu persoalan buat alya…ye esoknya aku ingin membalas msg dia..aku ingin memberitahu dia…aku sayangkan dia..aku x pernah benci dia…tapi seakan ada saja yang menghalang..itu dan ini..sehingga aku mendapat msg berita kematian dia…sungguh aku terkedu..saat itu air mata ini seakan laju mengalir..aku rasa sangat terkilan..kerana aku x sempat nk bgtaw dia..aku sayangkan dia…aku ingin laungkan pada dunia..aku sayangkan dia…akak sayangkan alya…akak x pernah bencikan alya….tapi itu semua sudah terlambat..alya da pergi…jauh..jauh dr duniawi ini….

mmg betul idup mesti diteruskan….namun ada sesuatu yg hilang…tuhan lebih menyayanginya…kerana dia baik..tuhan amik dia dulu…semoga rohnya tenang disana..aku akan sentiasa merinduimu adikku alya…kenangan bersama di dunia maya ini akan sentiasa di hati ini…kenangan yg tiada gantinya….miss u so much…

 

nick…maafkan aku kerana aku tidak punya waktu untuk bersama ko minggu nih..aku seakan xde waktu nk mendgr cite ko..malah saat terakhir ko menceritakan ttg kimo,ttg tension aku tdk memberikan respon yg baik buat ko…aku sndiri sebenarnya masih lagi tidak stabil apabila emosi wanita ini tergoncang hebat dgn kehilangan alya…nick aku taw..ko sntiasa beritahu ko tension dgn hidup ini nick..menghidapi leukimia dan tiada peluang sembuh cukup banyak menduga mu…namun xpernah aku terfikir ini jalannya yg kau pilih nick..aku ttp anggap mu kawan nick..aku ttp akan sedekahkan yassin buatmu…aku ttp akan sentiasa mendoakan mu walau org berkata…pergi dengan cara itu xkan bau syurga…tp tuhan maha mengampun…tuhan maha mengasihi….sungguh aku terkilan nick..kerana x menjadi sahabt yg baik..menasihatimu, menemani mu saat kau memerlukan manusia bernama kawan nick…maafkan aku nick…semoga rohmu akan tenang disana nick…

semalam aku mendengar kematian..seorang demi seorang pergi meninggalkan aku….aku tangisi pemergian itu kerana lumrah seorang manusia akan menangis untuk sebuah kehilangan….akan tiba waktunya aku sndiri akan pergi…saat itu adakah insan yg akan menangisi kehilanganku???adakah insan yg akan sntiasa mengingatiku???menghargai setelah aku pergi???atau menyesali setelah semuanya tiada lagi???

aku tidak ingin mnjadi manusia yg terlewat utk semua itu…sahabat,kawan,teman,kenalan,ma n abah,adik2,kekasih,guru-guru,lecturer dan semua yg aku kenali..dikesempatan ini selagi lagi aku ingin memohon sejuta kemaafan..atas kesilapan dan kesalahan yg aku lakukan…

perjalanan ini masih panjang…tiada ku tahu dimana penghujungnya..

 

 

perjalanan panjang yg berpenghujung

 

Leave a comment

Filed under -cerita dunia maya-, -nukilan seminit-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s