adakah kita sedar?


adakah kita sedar???
waktu kecil kita lg hebat kekuatan jiwa berbanding saat kita dewasa..
saat berumur setahun,waktu kita blajar untuk langkah pertama…
jatuh,bangun lagi,jatuh,bangun lagi..dan seterusnya..
hingga saat ini kita sudah pandai berjalan…
tidak pernah kenal erti lelah..

adakah kita sedar???
kita adalah manusia yg naif??
kita seringkali terlupa..seringkali alpa..
seringkali menghargai setelah ianya pergi..
seringkali melupakan saat ia ada..
seringkali mengabaikan saat ia perlukan..
seringkali menyesali setelah semuanya terjadi..

adakah kita sedar???
seringkali inginkan kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna..
seringkali inginkan yg terbaik walaupun kita bukan yg terbaik..
seringkali ingin menyalahkan walaupun kita banyak salah..
seringkali ingin menyayangi walaupun diri tidak disayangi…

adakah kita sedar??
kita hanyalah ibarat seekor semut yg dilihat dr puncak klcc??
nampak ke??xnampak kan..
betapa kerdilnya kita…
namun seringkali kita merasakan kita kuat,hebat..

adakah kita sedar??
lebih baik kita kehilangan ego kerana yg tersayang..
drpd hilang yg tersayang kerana ego..

adakah kita sedar??
lebih baik menyayangi dan menghargai saat dia ada
drpd menyesali setelah ia pergi…

adakah kamu sedar wahai lelaki??
hati wanita ini sekeras kerak nasi..
andai diletak air lama2 lembut jua…

namun..

sememangnya kamu tidak sedar…
hati yg lembut ini mgkin bisa jadi sekeras kerikil2 di sungai..
tidak akan haus diterjah arus..
tidak akan hancur dipijak..
saat ianya dilukakan..

adakah kamu sedar??
cinta itu sentiasa ada buatmu..
maaf itu sentiasa ada buatmu..
sayang itu sentiasa ada buatmu..
rindu itu sentiasa ada buatmu..
tangisan itu sentiasa ada buatmu..
derita itu sentiasa ada keranamu..

namun..

sememangnya kamu tidak sedar
akan tiba waktu..cinta,rindu,sayang,tangisan,derita,maaf itu tiada lagi buatmu..
saat itu usah bertanya kenapa,mengapa,bagaimana,siapa dan apa..
kerana semua itu telah lenyap di telan waktu..
kerana semua itu sudah hilang dr jiwa..

saat itu usah merayu..usah ditangisi sebuah kehilangan…
cukuplah kau jadikan ia kenangan terindah..
kerana kau pernah melepaskannya saat ia perlukan kamu…

jgn jadi insan yg terlwt utk menyedari cinta itu..
jgn jadi insan yg terlwt utk menyelamatkan cinta..
jgn jadi insan yg terlwt utk bertindak..
jgn jadi insan yg terlwt utk memohon maaf..

kerana dalam hidup ..peluang kedua itu jarang sekali ada…

nukilan buat my sis yg sedang berduka..i love u my sis

1 Comment

Filed under -nukilan seminit-

One response to “adakah kita sedar?

  1. whiteknight

    Segelintir org sahaja diberikan kesempatan mendapat peluang kedua dalam hidup.
    Peluang kedua untuk membetulkan segalanya.
    Hargainya sebaik mungkin.=)

    toru,aku suka “jgn jadi insan yg terlwt utk bertindak.” so meaningful for me..
    tq mypren.=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s