kacamata aku seorang guru


Ermm..usia semakin bertambah..setahun demi setahun…tahun ini aku berusia 23 tahun…rasanya masih terlalu muda…ahaks..prasan la plak….tapi seakan sudah banyak benda yang aku lalui…jatuh bangun dalam bergelar seorang manusia…

Arini aku tertarik untuk mengupas isu pada tak faham???banyak sangat nih org yg x paham nih…apabila seorang anak berkata pada ibu+ayah mereka..::::ma n abah x faham apa yang orang inginkan…::::…..atau seorang murid berkata kepadanya gurunya::::cikgu x faham apa yang saya rasa::::….

Ermmm siapa sebenarnya yang tidak faham???adakah si ayah+ibu,guru,pelajar atau anak itu????aku pernah cuba menyelami hati seorang pelajar yang sangat suka ponteng sekolah serta seorang anak yang sangat bosan idup dikongkong ibu dan ayahnya….pada pelajar itu aku bertanya????awak pernah menjadi guru???awak faham x apa yg guru rasakan,awk pernah x fikir apa yang seorang guru fikirkan???pernah x awak selami apa yang ada dalam hati seorang guru itu??guru yang bertanyakan awak ini pernah menjadi pelajar seperti awak…pernah ponteng sekolah seperti awak..pernah malas belajar seperti awak..memahami apa yang awak rasa…memahami keadaan awak sebagai seorang pelajar..kerana seorang guru itu juga pernah menjadi pelajar seperti awak…tetapi seorang pelajar tidak pernah menjadi seorang guru di waktu dahulu…

Diwaktu yang lain…aku bertanya kepada sang anak itu…pernah x awak menjadi seorang ayah??pernahkah awk melalui pengalaman membesarkan anak???pernahkah awk merasai perasaan seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya???tahukah awak..ayah awk yg memberi pesan kepada awk itu…ayah awk yg mengongkong awak itu…ayah awk yg marah awk itu…pernah menjadi seorang anak???pernah merasai perasaan dikongkong???pernah merasai dimarah seorang ayah???tahukah awk seorang ayah itu saat dia menjadi anak dahulu..die pernah bertekad…tidak ingin membiarkan anaknya nanti menjadi seperti dia dahulu….tahukah awak bahawa ayah yang awk ada ini sering mengatakan didalam hatinya ingin menjadi ayah terbaik untuk anak-anaknya???kerana seorang ayah itu juga pernah menjadi seorang anak…tetapi seorang anak itu tidak pernah menjadi seorang ayah di waktu dahulu….

Mama aku sering kali berkata…kamu akan faham bagaimana rasanya menjadi ibubapa apabila kamu menjadi ibu bapa kelak….tapi adakah ingin tahu atau sedar setelah selewat itu???

Setiap ibu bapa itu sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka…ye mungkin ada yang terkecuali…seperti bapa rogol anak,mak dera anak dan sebagainya…kerana mereka hanyalah manusia biasa..yang bisa melakukan kekhilafan…tetapi kenapa ingin dilihat kepada yang sedikit itu…sedangkan ramai lagi ibubapa terbaik yang harus dijadikan contoh…

Setiap guru itu sentiasa inginkan yang terbaik buat pelajar-pelajar mereka..ye mungkin ada yang terkecuali..seperti guru cabul murid,ckgu rogol murid,ckgu tampar murid…aku bercakap dari sudut seorang guru…saat aku menjadi pelajar dulu..aku sering juga berkata..kenapa cikgu nak susah-susah..yang fail tu saya..bukannye cikgu…sungguh aku x taw..apa yang perlu dilalui seorang guru….kerana waktu itu aku adalah seorang pelajar…yang mana aku juga malas..aku tidak suka dipaksa..mungkin sebab itu aku x pernah wat karangan bi..sampaikan teacher btaw aku nih mmg fail la spm dgn perangai pemalas nih…aku x suka bangu pagi..so boleh dikatakan selalu jugak la aku ponteng sekolah…selalu berperang la ngn my dad pagi2 sebab nak kena gi sekolah…

Suka wat hal sendiri kat sekolah…kadang2 aku da siapkan latihan tu lebih banyak dr yang guru suruh..so bila time cikgu cakap wat muka surat 34 smpai 36..sedangkan aku da siap semua 1 bab…aku duk borak2 dlm kelas smpai cikgu suruh aku duk kat depan kelas….time bm plak aku ingt lagi…asyik tido je…ermm time seni lah yg paling best..sebab enjoy..smbil melukis smpai dengar muzik…mane ade kelas camtu…ahaks…so budak2 seni jgn tension2 ye…kelas kimia,fizik xde nye dlm kelas leh dgr radio…kenapa aku amik pendidikan seni visual???kerana cita-cita aku ingin menjadi pereka grafik…so orang kata lagi senang kalo kita amik seni…aku pun however blaja kimia,bio,addmath,fizik tetap belajar pendidikan seni…

Dulu aku x taw sgt..maklumlah budak kampung…x cukup terbuka mindanya..cikgu kata mtrik bagus…so semua orang berusaha untuk masuk matrik..aku pun sama…masuk matrik jugak…abis je matrik nk mintak graphic design..again abah n ma cakap what for ko blaja matrik kalo stakat nk amik graphic design…amik la bidang sains…so aku amik kimia….sumer sains kimia di seluruh ipta di malaysia…n then mak abah aku ckp lg..amik la pendidikan…isi la 2 pun xpe..so aku isilah…n then rezeki aku dpt pendidikan…maka belajar lah aku menjadi seorang guru…sebuah pekerjaan yg x pernah aku terfikir pun..siyes aku x pernah teringin pun nak jadi seorang guru…

N now aku merupakan seorang bakal guru…n then aritu aku dah gi praktikal kat skolah di johor…akhirnya aku pun dapat memahami apa yg seorang guru fikirkan…aku plak yang sibuk2 duk fikir..awak faham x cikgu ajar nih???kenapa awak xleh jawab exam…soalan susah ke???cikgu ajar awk x faham ke???x cukup latihan ke??awk ade masalah ke???kenapa???kenapa awk ponteng sekolah???ada masalah ke???kenapa awk gagal dalam matapelajaran sains???awk x faham cikgu ajar ke??x faham istilah??xleh bagi penerangan???

Owh inike yang cikgu aku dulu fikirkan???sebab tu lah die marah aku suka ponteng sekolah…sebab tu lah cikgu bimbang kalau aku gagal….sebab tu lah ckgu selalu marah aku x belajar betul2….dulu cikgu selalu marah kalau aku berborak-borak waktu dia mengajar…dan kini apabila pelajar aku berborak-borak dalam kelas…aku sesekali tersenyum mengenangkan kisah semalam…arghhh sakit hati tul la kalo aku nih kat depan perit tekak2 nk terangkan kat dorang…alih2 dorang duk berborak kat blakang pastu x faham apa yang aku terangkan…patutlah cikgu aku dulu marah kat aku….hoho..padan muka aku…tambahan plak aku praktikal time bulan puasa…faham-faham la camne…ahakss…sakit tekak2 …

Aku mengajar subjek kimia…sungguh senang bagiku tapi susah bagi pelajar-pelajar…aku dulu pun susah gak belajar kimia nih…ingat senang ke dulu…nak terangkan kat budak2 sampai dorang faham…ingt senang ke nak terangkan kat orang suruh die faham cam kita faham nih???ahaks…kita plak dulu senang-senang je cakap cikgu x pandai ngajar la…cikgu x bagi penjelasan yang bagus la..padahal cikgu tuh dah mcm2 penerangan bagi..kawkakwkakaka….mcm2 latihan aku bagi kat dorang..nak suruh jugak dorang faham…tapi ade je yang x faham…so camne nak buat??

Bila aku ditugaskan untuk ngajar budak-budak form 3 yang gagal sains supaya lulus nih…lagilah tekanan beb…kitorang pun kenalah potostat latihan-latihan…pastu aku nih baca balik apa yang nak diajarkan kat dorang…faham betul2…takut salah konsep n so on….ingat senang ke???pastu da ajar bimbang plak takut dorang x lulus lagi…nanti aku plak kata x pandai ajar…ermmm…

Kalau ada pelajar yang tak lulus atau prestasi menurun org akan cakap cikgu x pandai ajar…budak x faham…org xkan cakap budak malas belajar…ahakss…..baru kini ku faham…nilai seorang guru…apabila aku menjadi seorang guru….tapi aku juga terlebih faham perasaan seorang pelajar..kerana aku juga seorang pelajar..

So secara kesimpulan aku leh kata…dari sudut seorang guru n then seorang pelajar….pelajar tuh mmg da camtu malas,x faham ckgu ajar,x suka belajar,suka bercakap…n cikgu mmg da camtu..akan sentiasa beri nasihat,akan sentiasa berusaha untuk melihat pelajarnya berjaya…apabila si pemalas,si kaki ponteng,si banyak cakap menjadi cikgu….dia pun akan mendidik pelajar dia menjadi yang terbaik…bukannya kaki ponteng atau pemalas macam dia…ahaks…(tujukan untuk diri sendiri)…

Bila aku ajar orang…kawan aku cakap..eh ko nih ngajar orang mcm2 contoh bagi nak suruh orang faham..ko mmg bleh jadi cikgu…ermm…ntah la…nak jadi cikgu nih bukannya mudah..tanggungjawab yang terpikul di bahu sangat berat..apatah lagi bagi orang yg xsukakan kerja rutin mcm aku nih…aku lagi suka life/kerja yg enjoy…ahaks…actually aku semakin berminat dengan dunia perniagaan…Cuma waktu je yg tak berapa nak mengizinkan..tunggu la dulu…ahaks…akan tiba waktunya…

Leave a comment

Filed under -c.i.k.g.u.-, -life story-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s