kenapa karbohidrat menjadi pemusnah bagi diet


uikss apa plak karbohidrat vs diet nih…apa kebenda nih..xpaham la..ahahahha…okies mari kita sama2 memahami..apa itu kaitan karbohidrat dan diet ye kawan2…hehehehhe….

sape dak bio nih pasti terer gile la kut psl benda2 nih kan….papepun kami budak kimia ini turut sama belajar karbohidrat,kolestrol,lipid dan sebagainya dalam biomolecule…hehehhe…so mari kita melihat..

sebelum tu….untuk pengetahuan anda ye…

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:
1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida

apakah itu monosakarida,oligosakarida dan polisakarida…..

  • Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

  • Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida.(cam penah dengar je oligo kan..hehehe…oligococo…sape penah minum oligococo..adakah itu tergolong dlm karbohidrat)..

  • Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida…

okies so skang da kenal kan apa itu karbohidrat…da berkenalan tuh..nama da taw..jenis2 da taw..so skang kite kenal dengan lebih dekat lagi…..

Peranan Karbohidrat dalam Pemakanan yang Baik

Perkataan ‘karbohidrat’ bermakna ‘karbon campur air.” Tumbuhan menggunakan cahaya matahari (fotosintesis) untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada karbohidrat dan oksigen.

Fungsi Utama

  • Apabila badan anda memerlukan tenaga, ia akan mencari karbohidrat terlebih dahulu.

  • Sekiranya anda tidak mengambil karbohidrat dengan mencukupi, badan anda akan mencari sumber-sumber tenaga yang lain, seperti protein yang terdapat dalam tisu otot. Walau bagaimananpun, protein bukanlah sumber tenaga yang berkesan untuk badan anda.

  • Karbohidrat juga melindungi otot dan membantu mengawal jumlah gula yang beredar dalam darah supaya semua sel akan mendapat tenaga yang diperlukan.

Sumber Makanan

Karbohidrat terdapat dalam dua bentuk: mudah dan kompleks. Kedua-duanya terdiri daripada unit-unit gula. Perbezaannya adalah jumlah unit gula yang dikandungi, dan bagaimana mereka terikat bersama.

  • Karbohidrat mudah adalah gula yang memberi anda tenaga secara segera dan lazimnya tidak mempunyai apa-apa zat pemakanan. Ini termasuk gula-gula, kandi dan air berkarbonat.

  • Karbohidrat kompleks mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan dan selalu mengandungi serat. Bentuk karbohidrat yang lebih “sihat” ini termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, bijirin dan kekacang.

Penggunaan

Karbohidrat lazimnya terdiri daripada 45 – 60% pengambilan kalori anda keseluruhannya.

  • Penyelidikan mengesyorkan supaya individu dewasa mengambil sekurang-kurangya 120 – 125 gram karbohidrat setiap hari untuk memenuhi keperluan asas.

Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian karbohidrat yang disyorkan.

Bukti Keselamatan

Sekiranya anda mengambil karbohidrat yang berlebihan dan terlibat dengan hanya sedikit aktiviti fizikal atau tiada langsung, karbohidrat yang berlebihan ini akan ditukar dan disimpan di dalam badan sebagai lemak — yang akan mengakibatkan bertambahnya berat badan dan risiko kesihatan yang lain.

okies kawan-kawan so anda da jelas???apa kaitan karbohidrat dan diet???maka marilah kita sama2 berdiet..kui3x…bukan untuk cantik/comel/hensem tapi untuk sihat….

4 Comments

Filed under kesihatan

4 responses to “kenapa karbohidrat menjadi pemusnah bagi diet

  1. mcm pakar pemakanan nah saing aku..hihi..jom sehatkan diri!

  2. saya ingin sihat..tp xmo la sihat sorang2…nak sihat ngn kawan2 skali…benda elok kita sebar2kan….

  3. salam ziarah,flaini

    yup, low carbs diet, only 20g per day

    chaiyok! chaiyok! selamat berdiet yerr!

  4. wa’alaikumussalam…rasa teruja kerana jumpa cara diet yang betul…terima kasih pada semua….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s