~Mangkuk haid~


MEMANG terasa sangat janggal. Berbicara tentang barang keperluan wanita dengan hampir majoriti penulis kesihatan yang datang pada majlis itu adalah wanita. Tetapi apabila satu demi satu keunikan, kebaikan dan yang lebih penting kebebasan dalam erti kata sebenar untuk wanita ketika haid, maka rasa janggal itu bertukar kepada ingin tahu.

Ia diuar-uar lebih baik, lebih bersih dan lebih hebat daripada tampon dan tuala wanita. Instead Softcup merupakan generasi terbaru produk perlindungan ketika haid.

Tatkala rupa Instead Softcup dipertontonkan kepada hadirin semasa pelancaran produk terbaru daripada Innovative Healthcare Product Sdn. Bhd. bukan sedikit wajah yang yang menunjukkan rasa terkejut atau mungkin juga gerun.


DENGAN Instead Softcup wanita bebas melakukan pelbagai aktiviti termasuk berenang.


Cuba memahami situasi itu, Instead Softcup yang diedarkan di kalangan wartawan dipegang dan diamati dari dekat. Leher alat seperti mangkuk ini memang agak keras. “Bagaimana ia digunakan? Tidak sakitkah ketika mengenakan alat ini? Tidakkah wanita muda akan kehilangan dara apabila alat ini dimasukkan melalui faraj?” itu antara persoalan yang terlintas.

Tiga panel dijemput untuk berkongsi pengetahuan tentang inovasi produk itu terdiri daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Abdul Aziz dan pelakon antarabangsa merangkap penari, model serta pelukis, Angela Shelton.

Sebelum semua persoalan tersebut dijawab, Whipple menjelaskan mengapa Instead Softcup lebih selamat.

“Instead Softcup telah terjual sebanyak 100 juta unit sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu. Penyerapan tuala wanita dan tampon yang tinggi tidak semestinya lebih baik untuk wanita.”

“Tuala wanita diperbuat daripada kapas atau rayon. Ia mempunyai dioksin yang dipercayai menjadi punca kepada penyakit tertentu. Sementara tampon pula yang diletakkan dalam faraj dan menyerap haid berisiko untuk menyebabkan masalah kesihatan seperti simdrom kejutan tosik,” ujar Whipple yang juga Prof. Emeritus di Rutgers University, AS.

Leave a comment

Filed under kesihatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s