~Kentang dan keledek~


KALAU bercakap tentang risiko obesiti dan diabetes akibat kentang goreng dan kerepek berperisa seperti yang banyak ditemui di para-para jualan snek dan restoran makanan segera, itu tidak termasuk dalam penerangan ini. Kentang dan keledek yang bukan diubah sifat semula jadinya adalah kaya dengan nutrien dan baik untuk manusia.

Kentang dan keledek mempunyai nilai khasiat yang tersendiri. Misalnya, keledek mempunyai lebih serat dan vitamin A, manakala kentang pula mengandungi lebih banyak mineral penting seperti zat besi, magnesium dan potasium.

Keledek yang bersaiz sederhana sudah mengandungi banyak zat vitamin A, sepertiga zat vitamin C, 15 peratus serat dan 10 peratus potasium yang diperlukan sehari. Bagi kentang pula, bagi setiap 100 gram kentang yang direbus, ia hanya menyumbangkan sebanyak 66 kalori.

Dua jenis ubi ini sememangnya tidak menjejaskan kesihatan selagi tidak sering dimakan dengan keju, krim masam, atau mentega. Kesemua bahan tersebut mengandungi lemak yang merendahkan indeks glisemik dalam hidangan.

Kesimpulannya, kaedah penyediaan kentang atau keledek yang sihat adalah apabila ia dimakan secara rebus atau panggang. Ia jauh lebih baik daripada ubi yang telah diproses untuk dijadikan kentang goreng atau kerepek bergaram.

Leave a comment

Filed under kesihatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s