~Diagnostik~


RUANGAN Diagnostik pada minggu ini membawakan kepada anda peranan ‘gen baik’ menentukan jangka hayat manusia, kaitan Alzheimer dengan obesiti di kalangan wanita, keburukan lemak tepu dan khasiat bawang putih merawat diabetes.

Warisi umur panjang

MENURUT satu kajian terbaru, mereka yang hidup sehingga usia 100 tahun mungkin mempunyai ‘gen baik’ yang diturunkan kepada anak-anak mereka.

Kajian yang melibatkan lebih 600 golongan warga emas di Amerika Syarikat (AS) mendapati individu yang hidup sehingga mencecah usia 100 tahun, anak-anak mereka juga berpotensi untuk mempunyai jangka hayat yang sama atau lebih panjang.

Tetapi mereka lebih berkecenderungan untuk menghidap diabetes atau serangan jantung mahupun strok dalam masa lebih empat tahun.

Sumber: Reuters Health

Gemuk cenderung Alzheimer

LAPORAN para penyelidik dalam American Journal of Epidemiology menyatakan wanita yang mempunyai berat badan yang tinggi semasa pertengahan usia mereka berada pada risiko yang lebih besar menghidap penyakit Alzheimer.

Keadaan itu lebih tinggi sekiranya jika mereka mempunyai ukur lilit pinggang yang besar.

Sungguhpun demikian, bagi lelaki kurang berat semasa usia yang sama sebenarnya meningkatkan lagi kemungkinan pembentukan penyakit degeneratif otak.

Selain itu, perubahan dalam berat badan turut mempunyai kesan yang berbeza terhadap risiko pembentukan penyakit Alzheimer di kalangan wanita dan lelaki.

Sumber: American Journal of Epidemiology

Keburukan lemak tepu

SATU kajian baru-baru ini menunjukkan diet yang kaya dengan lemak tepu meningkatkan risiko kanser dalam usus kecil.

Usus kecil terdiri daripada 75 peratus sistem pencernaan manusia, namun amat jarang penyakit kanser ditemui di situ.

Kanser usus biasanya berlaku di usus besar atau kolon.

Sumber: Reuters Health

Bawang putih rawat diabetes

UBAT yang berasaskan bawang putih boleh merawat penyakit diabetes jenis 1 dan 2 apabila ia diambil sebagai tablet.

BAWANG putih mengandungi sejenis bahan allaxin yang baik untuk merawat diabetes.


Mengandungi allaxin, sejenis campuran yang ditemui dalam bawang putih, dengan vanadium iaitu kesan mineral, dadah jenis itu dikembangkan oleh sekumpulan penyelidik di Jepun. Kedua-dua bahan itu telah digunakan sebagai ubat pelengkap untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Dalam penyelidikan sebelum ini, Hiromu Sakurai dari Universiti Sains Perubatan di Jepun dan rakan-rakannya telah menemui bahawa allaxin-vanadium amalgam merendahkan paras glukosa dalam darah apabila ia disuntik di dalam tubuh tikus yang mempunyai penyakit diabetes jenis 1 dan 2.

Manakala kajian terbaru yang disiarkan dalam Jurnal Royal Society of Chemistry ‘Metallomics’ menunjukkan bahawa tablet juga turut berkesan dalam mengurangkan paras gula dalam darah untuk kedua-dua jenis penyakit diabetes tersebut.

Sumber: Jurnal Royal Society of Chemistry

Leave a comment

Filed under kesihatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s