~Bumi ‘sakit’ angkara manusia~



Aktivis alam sekitar berhimpun di pantai Kuta, Bali pada 9 Disember lalu menuntut para pemimpin dunia memelihara alam sekitar – Reuters


KONVENSYEN Rangka Kerja Mengenai Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 baru sahaja selesai. Ia meninggalkan satu titik perubahan yang cukup bersejarah. Diadakan di Bali, Indonesia, konvensyen ini dihadiri oleh 6,000 pakar, pegawai dan penyokong alam sekitar dari 189 buah negara.

Kerajaan mahupun golongan perniagaan mengambil pelbagai langkah yang termampu untuk mengurangkan gas rumah hijau Begitupun, masalah global ini memerlukan kerjasama dan persefahaman dari perspektif yang meluas iaitu merangkumi kolaborasi dari seluruh dunia.

Laporan keempat yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan, bahawa kenaikan suhu di muka bumi adalah ekoran daripada perbuatan manusia yang tidak menghindarkan tentang ‘kesihatan’ bumi.

Suhu global pada penghujung abad ini dipercayai akan meningkat dari lingkungan 1.8 kepada empat darjah Celsius. Perubahan ini tidak akan berlaku dalam keadaan ‘senyap’ tetapi kesannya telah mula dirasai dari segi bencana kemarau, banjir dan juga bencana alam lain.

Ini tidak termasuk aduan yang diterima berhubung dengan pencairan glasier dan peningkatan paras air di laut. Kenaikan air ini bukan sahaja memberi kesan di beberapa negara Barat tetapi juga di sebelah Bangladesh dan Maldives. Industri pertanian di India akan menyaksikan sektor pertaniannya terjejas teruk terutamanya tanaman gandum.

Kita perlu menggunakan sumber air dengan lebih efektif dan tanaman sekarang harus membiasakan diri dengan keadaan suhu yang semakin melonjak.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi pendapatnya bahawa satu penyelesaian tidak mungkin dapat diaplikasikan dalam semua aspek atau negara. Sebaliknya, setiap negara seharusnya mewujudkan strategi yang sesuai dengan keadaan masing-masing.

Washington enggan menerima cadangan sebuah draf dokumen supaya negara-negara perindustrian menimbangkan pengurangan gas rumah hijau sebanyak 25 hingga 40 peratus menjelang tahun 2020 semasa rundingan bagi menghasilkan perjanjian untuk menggantikan Protokol Kyoto.

Kesatuan Eropah dan negara lain berpendapat sasaran itu menggambarkan langkah yang dianggap oleh saintis sebagai perlu diambil bagi membendung pemanasan global.

Bagaimanapun Amerika Syarikat (AS), Jepun dan beberapa negara lain menyatakan, skop perbincangan nanti akan terbatas jika sasaran khusus dinyatakan dalam draf dokumen tersebut.


Pembersihan hutan melalui pembakaran seperti di Mantangai, Kalimantan, Indonesia menyebakam fauna hilang habitatnya. – AP

Leave a comment

Filed under article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s