cinta


Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun;
Cuma cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.

Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu.
Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan
seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-
tiba cinta itu memilih untuk pergi, tiada siapa yang
harus dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu
pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud
yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya
apabila masa silih berganti.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu…….

Leave a comment

Filed under cinta is ♥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s