gula punca penyakit…


sambil berjalan-jalan menjelajah dunia blog..aku terjumpa satu fakta ttg gula..katanya dengan membaca buku ttg gula..wah x sangka betul gula nih sgt hebat ye…sehingga boleh membunuh dalam diam..sehingga boleh menyebabkan yg sihat semakin sakit…bagus gula nih..so jom minum gula ramai2……minum air manis2…air coke,pepsi,air buah,teh tarik,bagi orang kelantan plak lg best kan…lg hebat makanan manis2….malas la nak sebut nanti penat sebab terlampau byk makanan/kuih muih yg sgt2 manis di bumi klate nih…tau nak makan sedap je..air kurang manis skit da bising…ish kedekut gula ke wat air kurang manis nih..okies bg mereka yg suka manis2 tu meh sini baca jap..

gula pembunuh

kesan-kesan pengambilan gula berlebihan:::::

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos

kek buah-buahan

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

tercabut biji mata nak baca 78 kesan/effect pengambilan gula berlebihan..itupun masih lg masa gula kena sorok aritu..siap2 mogok2 masuk paper…masuk tv erk…aku x heran pun gula ade ke x de ker….xmemberi kesan kepadaku…hoho…

bagi penggemar2 minuman manis..jom usyar brape banyak gula yg diletakkan dlm minuman/makanan korang?

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh (teh tarik sedapnyer,teh ais apatah lagi)…

susu pekat manis f&n

hoho..nasi lemak+teh tarik pagi2 mmg syok untuk dimakan kan…tgh hari plak air sirap+nasi dengan gulai masak lemak cili api(santan)…malam plak nasi+ikan goreng+air kopi…hebat betul makanan…mmg sangat sedap…namun memberi kesan hebat yg sgt2 hebat kepada kesihatan yer….

aku nih gemuk…selalu kena kata kat org..tp korang percaya x kalau aku nih kena penyakit darah rendah???sbb x ckup gula dlm darah???ermm…dulu aku  x pernah makan kek..tp sejak 2 mnjak nih aku bleh mkn kek tp tanpa krim/icing..aku x pernah minum air bergas seumo hidup aku…aku mnum milo ais,teh o ais…tp kalau makan di kedai..kalau kat umah/bilik aku x pernah buat air manis…aku hanya minum air kosong saja…

mari kita kurangkan gula dlm kehidupan..kenapa pesakit yg kena kencing manis x leh makan nasi???nasi kan karbohidrat…bukan gula…pelik la…sedarkah korang karbohidrat dalam nasi  itu apabila diuraikan oleh enzim dalam badan akan menghasilkan gula…mari kita kurangkan memakan manis2,punca gula dan sebagainya..

3 Comments

Filed under kesihatan

3 responses to “gula punca penyakit…

  1. cik cute

    sy xperlukan gula cz sy mmg sudah manis… wakakkaa

  2. tambahkan manis dlm senyuman…ahaks..kalau da ckup manis xyah makan gula doh..haha

  3. goh

    ada info lain tentang gula tak? Saya perlu info terkini~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s